CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Amran Gigil Jumpa ‘Along’

25-9-2013 09:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7182| Komen: 36

Description: Pada Mulanya Penyanyi Dan Pelakon, Amran Ismail Diberitahu Pengurusnya, Mable Hiew Dia Akan Membuat Persembahan Di Istana Negara. Namun Ketika Dalam Perjalanan, Pemandu Yang Ditugaskan Menjemput Memba ...
Pada mulanya penyanyi dan pelakon, Amran Ismail diberitahu pengurusnya, Mable Hiew dia akan membuat persembahan di Istana Negara. Namun ketika dalam perjalanan, pemandu yang ditugaskan menjemput membawanya ke satu lokasi dan diugut along, sekali gus membuatkan Amran terbabit sama.

Namun Amran lega apabila semua itu lakonan semata-mata yang dirancang Mable sebagai kejutan untuk sambutan ulang tahun kelahiran ke-28 penyanyi itu, baru-baru ini.


Amran berkata, dia tidak menyangka dikenakan begitu sekali kerana Mable memberitahunya supaya bersedia untuk membuat persembahan di Istana Negara.

“Saya dimaklumkan kena menyanyi dua lagu, jadi saya buat persiapan sebaiknya termasuk belajar mengenai protokol. Maklumlah bukan senang nak dapat peluang menyanyi dalam Istana Negara.

“Saya juga banyak berdoa dan mengaji selepas solat Maghrib kerana perasaan gemuruh untuk buat persembahan. Dalam perjalanan ke Istana Negara, pemandu ini dapat panggilan daripada rakannya dan tak sangka dari situ segala-galanya bermula.



“Saya mengaku panik kerana belum pernah alami situasi berdepan along. Mulanya ingat nak lawan juga, tapi badan mereka lebih sasa dan saya kena mengalah.

“Saya menggigil ketika nak dibawa berjumpa ketua along itu dan sebaik sedar saya ini menjadi mangsa ‘prank’, saya rasa nak menangis kerana ia bukan betul-betul. Rasa takut dan menggigil masih ada walaupun saya tahu ia hanya main-main,” katanya.

Menurutnya, dia juga terpedaya dengan lakonan ibu bapanya yang bersekongkol dengan Mable untuk mengenakannya. Ketika menghubungi mereka untuk meminta restu, mereka memberitahunya berada di kampung.

Dalam kejadian itu, selepas dijemput untuk mengadakan persembahan di Istana Negara, pemandu terbabit membawa Amran berjumpa seseorang dan ketika itu baru dia mengetahui pemandu itu berhutang dengan along.

Situasi makin cemas apabila along terbabit membawa mereka berjumpa ketuanya. Namun sebaik tiba di bilik ketua along yang dimaksudkan, Amran terkejut apabila melihat ramai orang termasuk peminat dan pihak media sudah menanti termasuk anggota keluarganya.

Amran seakan-akan tidak percaya dengan apa yang disaksikan dan hampir-hampir menangis di depan mereka.

Majlis itu berlangsung meriah dengan kehadiran 100 tetamu terdiri daripada ahli Kelab Peminat Amran Ismail (AIFC) dan tetamu khas iaitu pengacara, Maria Tengku Sabri dan keluarganya.

Berkonsepkan safari, pelbagai acara menarik seperti tarian, permainan api dan permainan antara peminat turut diadakan. Amran turut menerima hadiah berupa sebuah basikal bukit daripada Mable.

“Saya sangat berterima kasih kepada Mable dan krunya serta peminat yang menjayakan majlis ini. Ia hadiah paling bernilai sempena ulang tahun kelahiran saya. Alhamdulillah rezeki saya juga masih ada dalam industri.

“Selain berlakon, nyanyian saya juga diterima termasuk di Singapura. Stesen radio mereka banyak menyokong dengan memainkan lagu saya. Boleh dikatakan setiap minggu saya dijemput ke sana untuk buat persembahan,” katanya yang kini muncul dalam drama Diandra dan Dewi Lasak di TV3.

Sementara itu Mable berkata, sambutan hari jadi Amran terpaksa dilewatkan pada 20 September kerana pada 8 September iaitu tarikh lahirnya, Amran berada di luar negara.

“Perancangan untuk majlis ini dibuat tiga hingga empat hari. Saya mendapatkan bantuan rakan, Nicky Sandra untuk menjayakannya. Konsep safari pula dipilih kerana Amran sukakan alam semula jadi dan binatang. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan Amran dengan peminat dan media yang setia menyokong karier seninya,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrsLucky 24-9-2013 08:18 AM
Sapa ni? Tak fames pon.....
Quote carlis 24-9-2013 08:30 AM
Meran ni suka senyum sebelah mulut jer.
Quote tomet05 24-9-2013 08:55 AM
jumpa along gigil .. jumpa adik adik gigil lutut kot ?
Quote blackred99 24-9-2013 09:12 AM
penyanyi dan pelakon? motip aku tak berapa nak kenal..
Quote rosasa 24-9-2013 09:20 AM
aku ingat2 lupa dia ni... yang dia kekonon ada cinta songsang tu kn?

http://beautifulnara.com/anding- ... lit-cinta-songsang/
Quote musangcomel 24-9-2013 09:36 AM
kenapa aku tak kenal mamat ni?
adakah aku jarang menonton tivi atau beliau yg jarang kuar tivi?
Quote ice98 24-9-2013 09:39 AM
Senyum senget, bercakap pon senget2 mulut. Bajet comel hot ke?? Plisss laa...
Quote leenaz 24-9-2013 05:13 PM
mrsLucky posted on 24-9-2013 08:18 AM
Sapa ni? Tak fames pon.....

ya ya
sapa dia ni


Quote mitnick 24-9-2013 05:33 PM
serius muka jawa amran neh....
Quote mrsLucky 24-9-2013 05:39 PM
Jangan marah nooo...dengan kita tak kenal pasal tak femes..
dia ada 100 peminat n sedara yang datang sambut bday tau....
kita ada?
Quote jarikuku 24-9-2013 05:39 PM
Elakkan balik nak drive pun xboleh sebab gigil..
@mrsrezza @syue86
Quote mrsrezza 24-9-2013 05:45 PM
jarikuku posted on 24-9-2013 05:39 PM
Elakkan balik nak drive pun xboleh sebab gigil..
@mrsrezza @syue86

owh pls meran mail...pls dun drive if ur shakin...

kang x pasal2 eksiden x dpt nk wat show..
Quote jarikuku 24-9-2013 05:50 PM
mrsrezza posted on 24-9-2013 05:45 PM
owh pls meran mail...pls dun drive if ur shakin...

kang x pasal2 eksiden x dpt nk wat  ...

Tahu xpe.. Agak2 kalau gigil rehat kan diri kat dlm porum..
mesti dah x shaking ..
Quote syue86 24-9-2013 05:50 PM
jarikuku posted on 24-9-2013 05:39 PM
Elakkan balik nak drive pun xboleh sebab gigil..
@mrsrezza @syue86

dah kenapa abam meran?
kuat tol fans die
bagus la..
zaman skang mana ade fans club dah

naseb dia ade pemandu
kalau tak, masa drive gigil
kena hon, terus terbabas
Quote jarikuku 24-9-2013 05:53 PM
syue86 posted on 24-9-2013 05:50 PM
dah kenapa abam meran?
kuat tol fans die
bagus la..

Tu la pasal..
xmo gigil aa lain Kali.. Nnt susah..
Nak buat apa pun xboleh
Quote fatehana 24-9-2013 05:59 PM
X igt dia berlakon citer apa tp selalu gak kuar tv si meran ni
Mohtepppp nk gegel2 meran rilex ler
Quote syue86 24-9-2013 06:28 PM
jarikuku posted on 24-9-2013 05:53 PM
Tu la pasal..
xmo gigil aa lain Kali.. Nnt susah..
Nak buat apa pun xboleh

Ini kali gigil boleh?haha
Quote hyie 24-9-2013 07:23 PM
perlu ke korang x kenal? nak bagitau yang korang tak layan citer melayu tapi layan citer omputih je lettew FYI, heols ni bff kepada syed ali, anding, ryzal jaafar, dan yang sewaktu dengannya...yes, iols penah tengok dia menyanyi duet dengan Ana Syuhada protege kak melah kat Mentor tv3, kat usm kira2 2 tahun lepas...ya rabbi, vokal hazab tak hengat, high note memang hancur. Tak payah la kau jadi penyanyi nyahh...baik kau berlakon je...lakonan pon oklah, boleh diasah kannn...

banyak la jugak lakonan heols, antaranya dengan si Faezah Elai kat tv9, ala2 citer naruto tuu...tajuk aku tak ingat la...kowserrr
Quote azilamie2 24-9-2013 07:30 PM
maw x takut walaupun prank

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.058774 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top