CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pintu Van Jenazah Terbuka

23-9-2013 09:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15874| Komen: 121

Description: Pokok Sena - Kerjaya Sebagai Pemandu Van Jenazah Tidaklah Sehebat Seperti Bidang Pekerjaan Lain Kerana Tugasnya Hanya Membawa Dan Menghantar Jenazah Sahaja.
POKOK SENA - Kerjaya sebagai pemandu van jenazah tidaklah sehebat seperti bidang pekerjaan lain kerana tugasnya hanya membawa dan menghantar jenazah sahaja.
       
Bagaimanapun, pekerjaan ini sebenarnya tersirat pelbagai dugaan yang perlu ditempuh hingga kadang kalanya sukar diterima akal.
       
Sebagai pemandu van jenazah, seseorang itu memerlukan kesabaran dan keberanian kerana ia adalah antara kriteria yang perlu ada bagi menjawat pekerjaan itu.
Ismail (kiri) bersama rakannya, Fazilal Omar memeriksa kenderaan sebelum memulakan tugas di Hospital Sultanah Bahiyah.
                                                               
       
Ini diakui sendiri Ismail Hashim, 49, dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar yang mengalami pelbagai suka duka sebagai pemandu van jenazah sepanjang 25 tahun berkhidmat di bahagian itu sejak 1991 di Hospital Besar Pulau Pinang.
       
Pada mulanya semasa mula bekerja, dia menganggap pekerjaan itu adalah mudah, iaitu hanya menurut arahan majikan sahaja bagi menghantar jenazah, tetapi selepas mula berkhidmat barulah tahu pelbagai dugaan dan tragedi yang dialaminya.
       
        Waris lari
       
Peristiwa pertama yang tidak dapat dilupakan sehingga sekarang ialah pada 1997, iaitu ketika menerima arahan menghantar jenazah lelaki berumur 90 tahun ke   Padang Sanai, Padang Terap pada jam 3 pagi sambil diiringi dua waris jenazah.
       
Dalam perjalanan, kedua waris itu duduk di bahagian belakang bagi menemani jenazah itu sambil membaca al-Quran dan sehinggalah sampai di pertengahan jalan di Kampung Rambutan, Kuala Nerang, tiba-tiba van itu berhenti secara tiba-tiba.
       
Ismail berkata, dia cuba menghidupkan enjin beberapa kali sambil menghubungi ibu pejabat untuk mendapat bantuan, tetapi gagal sehinggalah dia turun dan pergi ke belakang serta mendapati pintu van belakang terbuka dan waris kedua itu juga turut menghilangkan diri.
       
        “Pada masa itu, suasana begitu sunyi dan tidak ada kenderaan yang melalui jalan itu. Saya masuk semula ke dalam van dan beberapa minit kemudian hadapan cermin van dipenuhi dengan belalang serta beberapa kala jengking.
       
        “Oleh kerana bimbang dengan keselamatan, saya menutup pintu dan hanya membaca ayat Kursi sahaja sehinggalah kedengaran azan barulah haiwan itu hilang secara tiba-tiba. Kemudian barulah waris jenazah itu turut datang melihat jenazah itu,” katanya.
       
        Selepas dimaklumkan kejadian itu, barulah waris itu menceritakan arwah bapa mereka mempunyai saka hingga mereka juga tidak sanggup menunggu di belakang kerana diganggu dan terpaksa meninggal van itu dan beredar ke sebuah rumah berhampiran jalan itu.
       
        Wanita misteri
       
        Peristiwa kedua yang dialaminya ialah ketika mendapat arahan menghantar jenazah seorang perempuan tua ke sebuah feldapada jam 2 pagi.
       
        Selepas menghantar jenazah itu, dia singgah di tepi jalan untuk membuang air kecil dan selepas masuk ke dalam van, dia mendapati seorang perempuan berambut panjang duduk di sebelahnya sambil muka menghala ke arah luar.
       
        "Saya cuba tegur dan bertanya wanita itu hendak ke mana, tetapi dia hanya mendiamkan diri sehingga saya mula merasa seram dan membaca pelbagai ayat al-Quran, tetapi wanita itu masih tidak hilang.
       
        "Kenderaan juga tidak dapat bergerak laju sehinggalah sampai di pekan Pendang dekat tanah perkuburan Cina, barulah wanita misteri itu hilang. Selepas hilang, barulah saya lega," katanya yang kini bertugas sebagai pemandu ambulan di Bahagian Kecemasan HSB.

Ismail menceritakan pengalamannya sebagai seorang pemandu van jenazah, di samping isterinya, Norma yang turut memberi semangat kepada suaminya.
                                                               

       
        Bau wangi, menyenangkan
       
        Selain pengalaman menakutkan, dia juga turut mengalami peristiwa manis ketika membawa seorang jenazah lelaki tua ke Baling, Kedah.
        Selepas diarahkan mengangkat jenazah yang beratnya kira-kira 60kg pada jam 4 pagi, jenazah itu sangat ringan dan senang dibawa masuk ke dalam van.
       
        Kira-kira 10 minit perjalanan, terbau sesuatu yang sangat wangi dan begitu menyenangkan hinggalah sampai di rumahnya.
       
        Di sana sudah ramai yang menunggu jenazah itu dan dimaklumkan dia adalah seorang kuat melakukan ibadat dan disenangi masyarakat sekitarnya.
       
        Ismail berkata, segala peristiwa yang berlaku kepadanya banyak memberi iktibar dan dia percaya semuanya itu adalah kehendak ALLAH yang Maha Berkuasa.
       
        Menurut Ismail, isterinya, Norma Awang Kechik, 53, juga turut memberi semangat sepanjang menjalani tugas sebagai pemandu van jenazah.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_rambutan 22-9-2013 01:39 PM
mcm tengah baca variasari jah...
Quote zvicmorrow 22-9-2013 01:41 PM
bukan sembarangan org boleh buat benda ni....
Quote sigila 22-9-2013 01:48 PM
Seram gak........
Quote DeMax 22-9-2013 01:55 PM
cmf_rambutan posted on 22-9-2013 01:39 PM
mcm tengah baca variasari jah...

Cerita tipu n rekaan semata-mata
Quote gogo2 22-9-2013 01:59 PM
DeMax posted on 22-9-2013 01:55 PM
Cerita tipu n rekaan semata-mata

Kenapa mereka ini suka sgt reka cerita?
Quote rosasa 22-9-2013 01:59 PM
terasa macam kad bod mps
Quote DeMax 22-9-2013 02:01 PM
gogo2 posted on 22-9-2013 01:59 PM
Kenapa mereka ini suka sgt reka cerita?

Patut la oghe kito tak boleh maju dlm sains n teknologi sb dah terer sgt ceta seram
Quote redz85 22-9-2013 02:02 PM
lagi lah.. best lak baca...
Quote cmf_rambutan 22-9-2013 02:08 PM
pagi2 buta tiba2 ada pompuan rambut panjang dok seblah boleh pulak tanya nak kemana... boleh bawak lagi jalan tuh sampai pendang
Quote AdamBillionaire 22-9-2013 02:09 PM
urm. seram ke tak? kalau kena batang hidung trauma.. siapa tak pernah kena? cuba escort kerja polis. baru tau seram tak seram ke apa?
Quote dilaOHdila 22-9-2013 02:09 PM
leh percaya
mmg perkara sebegini ada berlaku
Mudah2an dua pakcik ni diberikan kesempurnaan melaksanakan tugastugasnya dengan sempurna
Quote benzo33 22-9-2013 02:11 PM
org yg ada pengalaman je boleh ceritakan ape yg dia lalui.
Quote caprut 22-9-2013 02:12 PM
aku prcya je crite pkcik ni. da brthun2 kjer msti ade pnglaman kna kcau. lbih2 lg bwak jenazah lg sng hntu kacau
Quote setia00 22-9-2013 02:13 PM
Suka baca kisah2 mcm ni.kerja mcm ni bkn smue org mampu buat. Bawak van jenazah, kerja dekat bilik forensik,bomba yg selalu uruskan kes2 yg ngeri..tabik org2 yg buat kerja mcm ni.
Quote AdamBillionaire 22-9-2013 02:19 PM
urm.. kalau kau org ada pengalaman mohon sharekan ye..

kalau boleh pengalaman sebenar bukan cerita variasari atau mastika..

aku? hurm. trauma jeklah.. pengalaman hantu tak banyak..

hantu ni mahluk jin. tp jelma dalam berbagai rupa sebab tu ada nickname dia.. bomoh2 yang mula bg nickname hantu..

ustaz2 panggil jin.. ifrit, dan mcm2 jenis jin lagi.. bomoh panggil toyol, langsuir, langsir, pontianak, balan2 dan mcm2 lg..

kalau yang ada kotoran dan rumah ada benda pelik2 silalah buang. sebab ilmu2 sihir dan benda pelik2 ni ada pantang larang. suka benda kotor suka makan darah.. dan mcm2 lg..
Quote jengkoil 22-9-2013 02:24 PM
AdamBillionaire posted on 22-9-2013 02:09 PM
urm. seram ke tak? kalau kena batang hidung trauma.. siapa tak pernah kena? cuba escort kerja polis. ...

geng2 skeptic = seeing is beleiving...tu yg dalam hati ada ragu2 tuhan ni wujud ke golongan atheist yang betul.... Mulia keja bawak van jenazah,mandi jenazah,gali kubur ni

Quote AdamBillionaire 22-9-2013 02:28 PM
jengkoil posted on 22-9-2013 02:24 PM
geng2 skeptic = seeing is beleiving...tu yg dalam hati ada ragu2 tuhan ni wujud ke golongan atheis ...

kalau mereka rasa tuhan tak wujud tak pelah.. tp kesannye akidah mereka.. jgn lah gadai akidah sebab hidup melarat atau sebab hidup senang..

hidup ni org senang pun ujian, org susah pun ujian, kesimpulannya kaya susah sihat sakit semua ujian.. biasanye banyak lalai ni golongan kaya senang sihat..
Quote jengkoil 22-9-2013 02:33 PM
btol tu UAB ......istidraj..istidraj..bukan istinjak.....

orang2 atheist ni xkena gangguan sebab dah sesat barat,kalo kena ganggu nanti cari tuhan balik..fail laa misi..xpun diaorg akan relate nga penjelasan sains for denial
Quote FanTasyCreaTioN 22-9-2013 02:35 PM
Selepas dimaklumkan kejadian itu, barulah waris itu menceritakan arwah bapa mereka mempunyai saka hingga mereka juga tidak sanggup menunggu di belakang kerana diganggu dan terpaksa meninggal van itu dan beredar ke sebuah rumah berhampiran jalan itu.

jahat nya waris .. menyelamat kan diri mereka ja
awat tak habaq kat pemandu tu sekali


Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.337389 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top