CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Anuar Zain Fobia

20-9-2013 05:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6854| Komen: 24

Description: Kini,Ramai Artis Berlumba-Lumba Memuat Naik Status Terbaru Mereka Melalui Media Sosial Seperti Twitter, Instagram, Keek Atau Facebook, Tetapi Berbeza Dengan Penyanyi Lelaki Versatil, Anuar Zain Atau N ...
KINI,  ramai artis berlumba-lumba memuat naik status terbaru mereka melalui media sosial seperti Twitter, Instagram, Keek atau Facebook, tetapi berbeza dengan penyanyi lelaki versatil, Anuar Zain atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43.
Bagi Anuar, disebabkan banyak keburukan dari kebaikan, dia tidak berminat menjadikan media sosial sebagai medium untuk bersosial.

Mengakui dirinya sering dilihat di tempat awam, Anuar merasakan perkara itu sudah memadai kerana tiada perkara yang diselindung daripada peminat yang rata-ratanya sudah mengetahui rutin kehidupannya.

“Saya rasa, tidak perlulah mempunyai laman sosial kerana saya sudah terlebih berkongsi bersama peminat.

“Dari dulu, saya tidak menyembunyikan aktiviti saya. Malah, peminat juga tahu di mana saya selalu ada, di kedai mana saya selalu habiskan masa lapang saya dan bagi saya, semua aktiviti saya mereka dah tahu.


Anuar Zain - Foto Sinar Hraian oleh AZMI ARYANTO

“Saya rasa sudah terlalu menonjolkan rutin harian saya. Peminat sudah terlalu dekat dengan saya,” katanya yang juga bimbang aspek keselamatan sekiranya terlalu menonjolkan diri.

Dia yang popular dengan lagu Lelaki Ini, turut meluahkan rasa terkilan dengan perbuatan individu yang sengaja mencuri dan merakam gambarnya sewaktu keluar di tempat awam dan mengutuknya di Twitter.

“Memandangkan saya tiada laman sosial, saya mendapat tahu beberapa individu yang tidak puas hati (mengambil foto tanpa izin) dan mengutuk saya di Twitter.

“Kutukan itu sedikit sebanyak mengganggu emosi saya. Sedangkan saya tidak pernah melukai hati sesiapapun, mengapa ada saja pihak mempunyai persepsi negatif terhadap saya.

“Saya merasakan laman sosial itu tiada kepentingan dan kebaikan selain hanya menimbulkan perkara tidak baik,” katanya yang mengaku fobia dengan perkara sedemikian.

Malah disebabkan perkara itu, dia memutuskan tidak memiliki akaun laman sosial sendiri sebaliknya hanya memiliki  akaun Facebook Anuar Zain Network yang diselia pihak pengurusannya.


Bantu rumah kebajikan

Anuar yang hadir pada majlis sidang media Eksklusif sempena Malam Jalinan Mesra 2013 Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia di Restoran Rebung itu turut menjelaskan mengenai acara Malam Jalinan Mesra 2013.

Majlis berkenaan bakal berlangsung pada 19 Oktober depan di Dewan Kristal 1 & 2, Pusat Konvensyen TM (TMCC), Jalan Pantai Baru.
Katanya, majlis dengan kerjasama Sutera Qaseh Resources itu diadakan bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada beberapa rumah kebajikan melalui tabung Kelab Sukan dan Kebajikan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia (KESPERB).

“Hasil penjualan tiket akan disalurkan kepada rumah kebajikan.

“Pada hari itu nanti saya akan nyanyikan lima buah lagu dengan diselangi acara santai, ” katanya yang turut memaklumkan tiket bagi majlis itu dijual dari harga RM3,000 hingga RM 30,000 semeja.

Beralih mengenai albumnya, Anuar berkata, pemilihan lagu amat susah dibuat memandangkan ia dipilih mengikut ‘range’ suaranya yang sukar dipadankan dengan sebarang lagu.

“Setakat ini, saya telah merakamkan hampir tiga  dan masih buat pemilihan lagu yang sesuai dengan suara saya.

“Kemungkinan saya akan bekerjasama dengan pemuzik Indonesia dan setengah daripada lagu saya juga mungkin dirakam di negara seberang itu,” akhirinya.

3

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kak_jiebam 20-9-2013 09:21 AM
Tak sukanya tgk muka heshe skrg.....mcm pondan...opsssss
Quote kak_jiebam 20-9-2013 09:22 AM
Dulu hensem....skrg cantik....kembalikan bang nuar I yg doluuuu
Quote buzzin_urban 20-9-2013 09:25 AM
kak_jiebam posted on 20-9-2013 09:21 AM
Tak sukanya tgk muka heshe skrg.....mcm pondan...opsssss

kaannnnn.....takut tgk muka dia... lebam macam baru lepas suntik......



Quote kak_jiebam 20-9-2013 09:30 AM
buzzin_urban posted on 20-9-2013 09:25 AM
kaannnnn.....takut tgk muka dia... lebam macam baru lepas suntik......

Akak takut dia jd ketagih mcm MJ je dik....lagipun dia kan lelaki....perlu ke suntik2 bagai ni...

Kak melah xpelah...dia pompuan
Quote meteorspeed 20-9-2013 09:39 AM
mcm pelik muka abg jain. ngapa tulang pipi dia membengkak hehhee. cuuck time la.
Quote musangcomel 20-9-2013 09:42 AM
jangan la sentap sgt bang Nuar Jen
bior je la diorg yg mengutuk tu
janji sore u tetap sedap di telinga i..
Quote solstice 20-9-2013 10:08 AM
Aku perasan anuar dah pakai mekap eye shadow sekitar mata.. muka
Mebi nak balance mata/muka yg bengkak sbb botox etc
Quote ayu_malaya 20-9-2013 10:15 AM
peminat or haters pun jangan la post gambar-gambar yg huduh-huduh.
bukan kata kena post memanjang ... sebab yang posing pun kena hentam.
inikan gambar-gambar candid yang tak semenggah ... lagi ler kena hentam sampai pengsan
Quote mimi77 20-9-2013 10:26 AM
rambut dia mmg old skool gila
Quote solstice 20-9-2013 10:37 AM
kak_jiebam posted on 20-9-2013 09:30 AM
Akak takut dia jd ketagih mcm MJ je dik....lagipun dia kan lelaki....perlu ke suntik2 bagai ni...
...

Bab cucuk2 etc ni memang ketagihan
Ala2 berlumba lari ngan usia gitu
Sampai depa dah x boleh pikir ngan waras


Quote haryatie 20-9-2013 10:46 AM
kesian dia...
btul jugak knapa nak kutuk2 dia..
dia x kacau siapa2 pun..
mcam2 org ni..
Quote ragarotan 20-9-2013 10:48 AM
Muka dah mcm pompuan da aku tgk.

Apa sj abg nuar jeng ni
Quote nurfariezza 20-9-2013 11:28 AM
nk tgk gmbr ape yg dorg dok ktuk kt twitter 2...
Quote tomet05 20-9-2013 02:10 PM
muka heshe sangat hazabedah
Quote yayah8989 20-9-2013 02:15 PM
muka dia cam popondannn..

awatnyaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Knowlee 21-9-2013 11:19 PM
solstice: Bab cucuk2 etc ni memang ketagihanAla2 berlumba lari ngan usia gituSampai depa dah x boleh pikir ngan waras <a href="http://thechive.files.wordpress.com/2012/0" target="_blank">http://thechive.files.wordpress.com/2012/0</a> ...


arghhhh...mimpi ngeri daku ini malam...
Quote mitnick 22-9-2013 12:06 AM
bang nuar, xyahlaa nak berpobia dgn bnd2 camtu, buang masa je. baek cr bnd lain utk dipobiakan.
Quote September14 22-9-2013 12:10 AM
cucuk muka x phobia lak..
Quote miss_perfect 22-9-2013 12:19 AM
kenapa muka bang nuar jadi cenggitu???

saya pulak yg fobia tengok muka abang....

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.256367 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top