CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jeritan British Short Hair Dan Persian, Tiga Lelaki Acu Parang Sebelum Curi Kucing

1-2-2019 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3693| Komen: 23|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai haiwan di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Rabu lebih kurang jam 7.05 malam.
Satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai haiwan di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Rabu lebih kurang jam 7.05 malam.

Tiga lelaki yang memakai topi keledar berjaya membawa lari dua ekor kucing 'British short hair’ yang harganya RM2,800 dan seekor Persian, RM400.


mStar Online melaporkan, ketika kejadian, salah seorang mangsa yang merupakan pekerja di Neko Catrus berkata,

“Masih terngiang-ngiang di kepala teringat jeritan kucing kesakitan yang disumbat dalam beg.” 


Seorang lagi pekerja yang dikenali sebagai adrah Aqilah Ahmad Nazim, 21, memberitahu ketika itu dia dan tiga lagi staf sedang berborak mengenai pelanggan mereka.

“Rakan sekerja saya, Zira seperti sudah rasa ada sesuatu yang tak kena apabila melihat beberapa remaja lelaki datang (pakai topi keledar) cuba masuk.

“Staf lelaki (Len) cuba halang pintu dan menyuruh kami lari selamatkan diri. Namun pintu ditolak agak kuat hingga dia terpaksa melarikan diri ke belakang.

“Dua lagi perompak terjah masuk dah siap bawa beg kucing.  Lelaki pertama terus ke kaunter tempat saya berdiri. Dia acukan parang ke arah saya menyuruh buka kotak duit.

“Saya memang ‘blur’ ketika itu. Langsung tak terfikir nak larikan diri.

“Saya terus beri kepadanya (bekas duit)dan lari ke belakang. Masa tu saya sempat tutup muka sebab tak bagi dia cam muka saya.

“Saya yakin mereka orang tempatan kerana dengar suaranya menyuruh ‘buka’ langsung tidak pelat."

Menurutnya lagi ketika memang sunyi dan tiada sesiapa berada berdekatan untuk diminta tolong.

“Kami buka pintu gril di belakang menjerit minta tolong. Kedai di sebelah premis saya kiri kanan memang kosong. Jadi kawasan itu agak sunyi sedikit.

“Saya cuba hubungi 999 tetapi terlupa alamat penuh kedai. Lepas kejadian barulah saya hubungi balik dan bagi alamat penuh."

Selain itu nilai wang tunai yang dirompak berjumlah RM2300.

2 ekor kucing yang dilarikan perompak, Kredit foto: mStar Online
Seorang lagi pekerja Nadrah memberitahu, 

“Sebelum ini Mei tahun lalu ada kejadian curi kucing, tetapi milik pekerja di sini dan kucing tempatan sahaja.

“Selepas itu, Disember lalu, saya yakin orang yang sama juga datang menyamar jadi pelanggan dan terus ke belakang nak ambil kucing. Tapi masa tu kami sempat melarangnya.

“Saya syak memang mereka sasar nak curi kucing. Mereka dah siap bawa beg kucing.

“Saya memang sedih fikirkan kucing itu kerana saya jaga, bagi makan kedua-duanya. Yang seekor tu (british short hair) memang penakut.

“Saya masih teringat kucing tu menjerit ketakutan ketika mereka sumbat dalam beg. Saya sangat marah, geram.

“Saya harap kucing-kucing itu selamat. Tak tahu nak fikir apa sebab mereka memang dijaga rapi di sini." -CARI
6

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 1-2-2019 11:15 AM
Hampir tak faham tajuk thread,

Confusing
Quote clarizsa 1-2-2019 11:19 AM
I sangat marah sampai taktau nak maki camna
Quote SuriNate 1-2-2019 11:20 AM
Kesian nyer kucing tu...kalau bab2 haiwan I mmg cepat tersentuh hati sebab tahu haiwan ni lemah...kesian kucing tu. Nanti kalau dh kantoi harap si pencuri tak lepaskan kucing tu mcm tu jer
Quote Malaysia.Doom 1-2-2019 11:28 AM
Edited by Malaysia.Doom at 1-2-2019 11:45 AM

dia nak buat masak goreng berempah la kucing tu...siap bawa parang bagai.
Quote sehirkedi 1-2-2019 11:45 AM
Meow pun kena culik..harap meow tu gigit dan cakar muka si penculik! Dedulu perompak gi menyamun di bank, kedai emas..sekarang ni kedai kucing pun boleh..haishhh ape nak jadi Malaysia..
Quote Artemesiaa 1-2-2019 11:47 AM
Curi nak buat jual ler tu. Kucing sebegitukan mahal harganya dipasaran.
Quote moonbug 1-2-2019 11:47 AM
Kesian kucing-kucing tu. Kat mana lah diorang
Quote cikrosienona 1-2-2019 11:54 AM
Sedihnya kesian kucing2 tu  boleh jatuh depress kalau tukar routine
Quote prettyuglybabe 1-2-2019 12:10 PM
pekerja pun satu hal juga..
kenapa la simpan cash banyak-banyak dalam register..
semoga perompak mampus digelek lori..
Quote olaoli 1-2-2019 12:54 PM
kejamnya...kucing tu akan depress , tak lalu makan and akan mengiau je. pls la jgn beli kalau ada yang jual ni
Quote shuk_one 1-2-2019 02:18 PM
kesiannya kucing2 tu.. harap depa sihat2
Quote cmf_premierleag 1-2-2019 02:20 PM
stray cats juga yg dipandang sepi
takde sapa nk bela nasib stray cats
Quote matseh 1-2-2019 10:46 PM
Kalau ada yg jual adult BSH dgn perisian murah. Terus report polis.
Nak pantau iklan2 dlm mudah.com
Quote cik_chili 1-2-2019 10:50 PM
Apa nk jadi skang ini....kucing pun x selamat?????
Quote ninja boy 2-2-2019 01:43 AM
Kesian kucing kurap jinak2 semua tak mau pegang2 apa lagi sembur ubat kurap
Quote batmana 2-2-2019 07:22 AM
Kedai kucing
Patutnya ltk anjing sekali
Nanti perompak konfuse nk merompak haram atau sentuh anjing haram
Quote akakmasihvogue 2-2-2019 09:30 PM
hari tuh kes bunuh kucing dalam mesin dobi dah kena penjara 2 tah7n ..harap kali ini polis dapat selesaikan kes penculik kucing bersiri ini
Quote moocoww 2-2-2019 09:58 PM
Kesian.. Kucing pun dh x selamat
Quote sharlenetexas 2-2-2019 10:23 PM
Check cctv hari2 sebelum tu. Mungkin ada yg dah usha dari awal.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.053587 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top