CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Pokok Kembali Ke Hospital

14-2-2019 09:50 AM| Diterbitkan: safriehalim| Dilihat: 3652| Komen: 7|Original author: Oleh: Safrie Halim

Description: Baru-Baru Ini CNN melaporkan Lelaki Pokok Telah Kembali Ke Hospital Selepas Keadaannya Semakin Buruk. Dia Mengakui Telah Membuat Keputusan Yang Silap Meninggalkan Hospital Dan Telah Gagal Menemui Rawa ...
Pada tahun 2008 dahulu, akhbar tempatan pernah melaporkan kisah seorang lelaki pokok di Indonesia. Pesakit malang yang bernama Dede Koswara ketika itu berumur 36 tahun telah menderita penyakit pertumbuhan ketuat yang tumbuh di kaki dan tangannya sejak berusia 15 tahun. 


Sumber Foto : ecofrenhealth

Itu cerita 11 tahun lepas, namun baru-baru ini cerita lelaki pokok muncul lagi tetapi bukan kisah lelaki pokok di Indonesia. Ini kisah lelaki pokok bernama Abul Bajandar di Bangladesh yang melarikan diri daripada hospital. 

Menurut AFP, Abul Bajandar 28 tahun merupakan seorang daripada empat individu di dunia yang disahkan menghidap penyakit epidermodysplasia  verruciformis, sejenis penyakit genetik yang menyebabkan pertumbuhan ketuat seperti akar dan kulit pokok.


Sumber Foto : CNN

Pada awal 2017, selepas berjaya melakukan 16 pembedahan membuang ketumbuhan pada kaki dan tangannya, Abul dijangkakan bakal meneruskan kehidupan seperti lelaki normal namun sebaliknya berlaku bila Abul tidak mahu meneruskan rawatan lanjutan di hospital dan mengambil keputusan untuk membuat rawatan alternatif di rumahnya. Ini telah mengundang padah kepadanya apabila penyakit ketumbuhan ketuat itu kembali tumbuh dan menjadi bertambah buruk.

Abul sepatutnya perlu menjalani beberapa pembedahan kecil lain dalam tempoh masa tertentu bagi menyempurnakan bentuk tangannya. Namun pada Mei tahun lepas Abul membuat keputusan drastik melarikan diri daripada hospital setelah melihat kesukaran untuk pulih sepenuhnya.

Baru-baru ini CNN melaporkan Abul telah kembali ke hospital selepas keadaannya semakin buruk. Abul mengakui telah membuat keputusan yang silap meninggalkan hospital dan telah gagal menemui rawatan alternatif. Abul faham yang dia kini terpaksa tinggal di hospital semula untuk meneruskan rawatan yang tertangguh.

Doktor yang bertanggungjawab mengendalikan pembedahan Abul ialah  Dr. Samanta Lal Sen, seorang pakar pembedahan plastik. Dalam temu bual yang dibuat oleh CNN, beliau memaklumkan yang mereka akan menyambung semula rawatan dengan kadar segera kerana ketumbuhan ketuat itu sudah merebak ke bahagian lain tubuh Abul. Mereka kini perlu bermula dari awal semula dan terpaksa melakukan lebih banyak pembedahan.

Sumber Foto : CNN

Doktor itu menjelaskan bahawa penyakit yang dialami Abul ini adalah disebabkan oleh kecacatan dalam sistem imun yang meningkatkan kecenderungan seseorang terhadap HPV, atau virus papilloma manusia dan ianya akan menyebabkan jangkitan HPV kronik, lesi kulit dan peningkatan risiko kanser kulit melanoma. Penyakit ini jarang berlaku dan hanya segelintir kes yang dilaporkan di seluruh dunia.

Menurut doktor itu lagi, Abul pertama kali menyedari dia mengalami penyakit itu ketika dia berumur 10 tahun, kemudian ianya berkembang pada keadaan yang sangat buruk sehingga memaksa Abul bersara dari pekerjaannya sebagai penarik beca. Dilaporkan sejak 2016, Abul telah menjalani lebih 25 pembedahan. - CARI
15

Bagus
16

Marah
11

Terkejut
13

Sedih
14

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 14-2-2019 09:56 AM
seperti penyakit ketumbit..sejenis aktif
aku dulu cabut je dari akar pastu berdarah terus mati
tapi kecik je kat jari
Quote miznora 14-2-2019 10:16 AM
meremang baca. sampai ke kepala ke akar rambut walaupun tak tenung gambar scroll laju2..
Quote coolie83 14-2-2019 10:42 AM
tree man indon tu penah masuk discovery channel ke national geographic tak silap aku...siap ada documentary pasal penyakit rare ni...wa doakan beliau cepat sembuh n dapat menjalani kehidupan yang normal dan happy
Quote lee_sakura 14-2-2019 10:46 AM
kesiannya...virus apa yg kalo penyakit mcm tu
Quote lonso 14-2-2019 10:48 AM
Ketuat kan..meols penah kene..maybe kuman kot..
Quote seri_mawr 14-2-2019 11:16 AM
skeri la penyakit ni....
Quote lkick2113 14-2-2019 11:24 AM
lee_sakura replied at 14-2-2019 10:46 AM
kesiannya...virus apa yg kalo penyakit mcm tu

bukan virus, tapi penyakit genetik.....baca lah kat atas tu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.047892 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top