CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1712|Reply: 7

[Dunia] Lelaki Pokok Kembali Ke Hospital

[Copy link]
Post time 14-2-2019 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by noraidil_06 at 14-2-2019 10:18 AM

Pada tahun 2008 dahulu, akhbar tempatan pernah melaporkan kisah seorang lelaki pokok di Indonesia. Pesakit malang yang bernama Dede Koswara ketika itu berumur 36 tahun telah menderita penyakit pertumbuhan ketuat yang tumbuh di kaki dan tangannya sejak berusia 15 tahun.



Sumber Foto : ecofrenhealth





Itu cerita 11 tahun lepas, namun baru-baru ini cerita lelaki pokok muncul lagi tetapi bukan kisah lelaki pokok di Indonesia. Ini kisah lelaki pokok bernama Abul Bajandar di Bangladesh yang melarikan diri daripada hospital.


Menurut AFP, Abul Bajandar 28 tahun merupakan seorang daripada empat individu di dunia yang disahkan menghidap penyakit epidermodysplasia  verruciformis, sejenis penyakit genetik yang menyebabkan pertumbuhan ketuat seperti akar dan kulit pokok.



Sumber Foto : CNN



Pada awal 2017, selepas berjaya melakukan 16 pembedahan membuang ketumbuhan pada kaki dan tangannya, Abul dijangkakan bakal meneruskan kehidupan seperti lelaki normal namun sebaliknya berlaku bila Abul tidak mahu meneruskan rawatan lanjutan di hospital dan mengambil keputusan untuk membuat rawatan alternatif di rumahnya. Ini telah mengundang padah kepadanya apabila penyakit ketumbuhan ketuat itu kembali tumbuh dan menjadi bertambah buruk.


Abul sepatutnya perlu menjalani beberapa pembedahan kecil lain dalam tempoh masa tertentu bagi menyempurnakan bentuk tangannya. Namun pada Mei tahun lepas Abul membuat keputusan drastik melarikan diri daripada hospital setelah melihat kesukaran untuk pulih sepenuhnya.


Baru-baru ini CNN melaporkan Abul telah kembali ke hospital selepas keadaannya semakin buruk. Abul mengakui telah membuat keputusan yang silap meninggalkan hospital dan telah gagal menemui rawatan alternatif. Abul faham yang dia kini terpaksa tinggal di hospital semula untuk meneruskan rawatan yang tertangguh.


Doktor yang bertanggungjawab mengendalikan pembedahan Abul ialah  Dr. Samanta Lal Sen, seorang pakar pembedahan plastik. Dalam temu bual yang dibuat oleh CNN, beliau memaklumkan yang mereka akan menyambung semula rawatan dengan kadar segera kerana ketumbuhan ketuat itu sudah merebak ke bahagian lain tubuh Abul. Mereka kini perlu bermula dari awal semula dan terpaksa melakukan lebih banyak pembedahan.



Sumber Foto : CNN




Doktor itu menjelaskan bahawa penyakit yang dialami Abul ini adalah disebabkan oleh kecacatan dalam sistem imun yang meningkatkan kecenderungan seseorang terhadap HPV, atau virus papilloma manusia dan ianya akan menyebabkan jangkitan HPV kronik, lesi kulit dan peningkatan risiko kanser kulit melanoma. Penyakit ini jarang berlaku dan hanya segelintir kes yang dilaporkan di seluruh dunia.


Menurut doktor itu lagi, Abul pertama kali menyedari dia mengalami penyakit itu ketika dia berumur 10 tahun, kemudian ianya berkembang pada keadaan yang sangat buruk sehingga memaksa Abul bersara dari pekerjaannya sebagai penarik beca. Dilaporkan sejak 2016, Abul telah menjalani lebih 25 pembedahan. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2019 09:56 AM | Show all posts
seperti penyakit ketumbit..sejenis aktif
aku dulu cabut je dari akar pastu berdarah terus mati
tapi kecik je kat jari
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
meremang baca. sampai ke kepala ke akar rambut walaupun tak tenung gambar scroll laju2..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 10:42 AM | Show all posts
tree man indon tu penah masuk discovery channel ke national geographic tak silap aku...siap ada documentary pasal penyakit rare ni...wa doakan beliau cepat sembuh n dapat menjalani kehidupan yang normal dan happy
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 10:46 AM | Show all posts
kesiannya...virus apa yg kalo penyakit mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketuat kan..meols penah kene..maybe kuman kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2019 11:16 AM | Show all posts
skeri la penyakit ni....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 11:24 AM | Show all posts
lee_sakura replied at 14-2-2019 10:46 AM
kesiannya...virus apa yg kalo penyakit mcm tu

bukan virus, tapi penyakit genetik.....baca lah kat atas tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 1.062021 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list