CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Manusia Tertua Di Dunia Disyaki Tipu Umur Guna Identiti Ibu

1-3-2019 12:30 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 2942| Komen: 4|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Hanya satu cara yang sahih untuk menyelesaikan masalah ini iaitu menggali kubur kedua-dua Jeanne dan Yvonne untuk menentukan usia mereka berdasarkan ujian saintifik. Sekiranya dakwaan penipuan ini ben ...

Wanita yang selama ini memegang rekod manusia paling tua disyaki menipu umurnya dengan beza 23 tahun berbanding umur sebenar. Wanita itu, Jeanne Calment, meninggal dunia pada bulan Ogos 1977 di Perancis ketika berumur 122 tahun 164 hari menurut Guinness World Records.


Kredit foto: Carian Google


Bagaimanapun sepasukan penyelidik Rusia yang menerbitkan penyelidikan mereka di Research Gate mendakwa Jeanne telah lama mati pada tahun 1934 dan anaknya Yvonne Calment telah menyamar dan menggunakan identiti ibunya sehingga tahun 1977. Yvonne dikatakan dikatakan berbuat demikian kerana keluarga mereka mahu mengelak daripada membayar cukai warisan yang tinggi menurut In side Edition. 


Kredit foto: Carian Google

Antara bukti yang dikemukakan oleh pasukan penyelidik itu termasuklah data lama pengenalan Jeanne keluaran 1930an yang merekodkan warna rambut dan ketinggian yang jauh berbeza dengan data dan gambarnya sebelum meninggal. Menurut mereka lagi, suami Jeanne juga tidak pernah berkahwin semula walaupun masih berumur 42 tahun ketika kematiannya. Percanggahan umur orang gaji yang kononnya membawa Jeanne juga ditemukan dan menambahkan kecurigaan.

 

Kredit foto: Carian Google


Penyelidik tersebut menyatakan keraguan mereka kerana keluarga tersebut enggan bekerjasama untuk membuat semakan arkib dan mendakwa semua dokumen mereka ‘telah terbakar’ menyebabkan mereka mengesyaki keluarga itu menyembunyikan sesuatu.



Kredit foto: Carian Google


Dapatan penyelidik Rusia ini disangkal oleh Jean-Marie Robine, penyelidik Perancis terdahulu yang membantu mengesahkan umur Jeanne. Menurutnya beliau telah membuat kajian terperinci termasuk bertanya soalan peribadi yang hanya diketahui oleh Jeanne. ‘Agak mustahil seseorang bertukar identiti tidak menjadi buah mulut masyarakat dulu, lagipun tak mungkin si ayah tiba-tiba menjadikan si anak sebagai isteri barunya tanpa menjadi skandal’ kata Jean-Marie.


Hanya satu cara yang sahih untuk menyelesaikan masalah ini iaitu menggali kubur kedua-dua Jeanne dan Yvonne untuk menentukan usia mereka berdasarkan ujian saintifik. Sekiranya dakwaan penipuan ini benar, gelaran Jeanne akan dilucutkan dan diganti oleh Sarah Knauss, rakyat Amerika Syarikat yang mati pada tahun 1999 ketika berumur 119 tahun. - CARI

7

Bagus
10

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote UbIkEnTaNg 1-3-2019 01:33 PM
Macam-macamlah{:smile
Quote matbad 1-3-2019 04:38 PM
Rekod punya pasal..cari la kja lain hihi
Quote mbhcsf 2-3-2019 09:00 PM
inheritance tax...i see interesting...
Quote FOTHER-MUCKER 2-3-2019 09:12 PM
mbhcsf replied at 2-3-2019 05:00 AM
inheritance tax...i see interesting...

Sebab itulah golongan gay boleh berkahwin. Semua kerana inheritance tax sebenarnya.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.059990 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top