CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saman AES diturunkan kepada RM150 kuat kuasa hari ini

18-9-2013 06:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11139| Komen: 32

Description: Putrajaya 18 Sept. - Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Berkaitan Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (Aes) Hari Ini Memutuskan Kompaun Saman Sistem Tersebut Diturunkan Kepada Minimum Rm150 Berkua ...
Saman AES diturunkan kepada RM150 kuat kuasa hari ini, diskaun 50%-Hishammudin


Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH

PUTRAJAYA 18 Sept. - Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu berkaitan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hari ini memutuskan kompaun saman sistem tersebut diturunkan kepada minimum RM150 berkuat kuasa serta-merta.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penurunan tersebut selaras dengan kadar saman yang dikenakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Melalui inisiatif ini kadar kompaun saman AES diturunkan kepada minimum RM150 selaras dengan kadar oleh PDRM, namun kadar saman ini bergantung kepada tempoh pembayaran saman dan kesalahan had laju yang dilakukan oleh pengguna jalan raya yang mana saman maksimum adalah RM300," katanya dalam sidang akhbar Pengambilalihan Operasi Sistem AES di pejabatnya di sini.

Pada masa sama, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan juga memutuskan mengambil alih sepenuhnya operasi sistem AES daripada A.T.E.S dan Beta Tegap Sdn. Bhd. menerusi syarikat milik penuh di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) iaitu AES Solutions Sdn. Bhd. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... i-ini#ixzz2fEVcGamM
© Utusan Melayu (M) Bhd

13

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
16

Sedih
11

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 18-9-2013 05:36 PM
Aritu cakap dah takde diskaun diskaun dah.
Ler ni jilat balik...?


Aisyehh... aku lupa laa. Yang bercakap tu Abam Hisham rupanya.

Quote hanim007 18-9-2013 05:38 PM
oklah tue

Quote azharariff 18-9-2013 05:48 PM
syukorr dapat potongan, apa-apa pun, duit tu pun akan rolling balik buat pembangunan negara - macai.
Quote tungkai 18-9-2013 06:09 PM
Yang dah bayar awal tu boleh dpt refund tak?
Quote putr@polo 18-9-2013 08:13 PM
Bayar Kompaun AES Segera Atau Bayar Lebih Jika Tangguh Bayaran - Hishammuddin


Hishamuddin pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu berkaitan pelaksanaan AES di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya, Rabu.-fotoBERNAMA


PUTRAJAYA: Kompaun saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan bermula dari RM150 berkuatkuasa serta merta, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kadar itu akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga maksimum RM300.

"Ia sama dengan kaedah yang digunakan oleh polis.

"Semakin lama anda menangguhkan untuk membayar kompaun itu, lebih banyak yang perlu dibayar," katanya kepad pemberita di sini Rabu.

Bagi saman yang sudah dikeluarkan, Hishammuddin berkata lebih banyak perbincangan mengenai perkara itu perlu dilakukan.

"Tindakan undang-undang ke atas pesalah masih ditangguhkan," katanya.
Quote putr@polo 18-9-2013 08:16 PM
Operasi AES diambilalih sepenuhnya kerajaan

2013/09/18 - 16:05:16 PMCetakEmel Kawan



PEMANGKU Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempengerusikan Mesyuarat Task Force AES di Bilik Mesyuarat Tingkat 7, Kementerian Pengangkutan, Putrajaya, hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jawatankuasa PEMANDU berkaitan pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) sebentar tadi memutuskan operasi AES akan diambilalih sepenuhnya kerajaan melalui syarikat milik penuh kerajaan yang diperbadankan iaitu AES Solutions Sdn Bhd.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata AES Solution akan mengambil alih operasi sistem AES daripada ATES dan Beta Tegap Sdn Bhd kerana ia adalah langkah terbaik memastikan kesinambungan pelaksanaan AES.

Hishamuddin turut memutuskan kadar baru minimum kompaun AES ditetapkan sebanyak RM150 selaras dengan kadar ditetapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa serta merta.


Beliau berkata demikian pada sidang media, di sini, sebentar tadi.


Quote lizaliza 18-9-2013 08:40 PM
So boleh la polis trafik dikurangkan...dah tugas diambil alih oleh kamera statik...byk la anggota untuk tugasan jenayah....emmmm...bestnyer niaga dgn gomen...gerenti untung
Quote HUHA 18-9-2013 08:48 PM
pemandu... byk sungguh jasa pemandu untuk negara
Quote wafeenaulia 18-9-2013 08:49 PM
Rakyat ramai xnk byr sbb tu kena turun.. Haha
Quote benzo33 18-9-2013 09:16 PM
aku harap tolong pacak kamera ni di tempat yg lebih sesuai. contohnya di kaw yg dikenalpasti sebagai laluan maut.
Quote HUHA 18-9-2013 09:27 PM
wafeenaulia posted on 18-9-2013 08:49 PM
Rakyat ramai xnk byr sbb tu kena turun.. Haha

untung sapa yg bayar lambat...
Quote tebuanharimau 18-9-2013 09:43 PM
benzo33 posted on 18-9-2013 09:16 PM
aku harap tolong pacak kamera ni di tempat yg lebih sesuai. contohnya di kaw yg dikenalpasti sebagai ...

iyalah..bukan nya di laluan turun bukit atau jalan lebar & lurus utk capture speed atas 60km/j
Quote putr@polo 19-9-2013 10:34 AM
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT


ORANG ramai sudah tentu lega apabila kerajaan mengumumkan kadar kompaun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) RM300 diturunkan kepada RM150 berkuat kuasa serta-merta. Langkah itu amat wajar supaya ia diselaraskan dengan saman-saman yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Rasionalnya mudah, undang-undang yang sama perlu mengenakan kompaun yang seragam kepada pesalahnya, sekalipun mungkin dikesan oleh agensi penguat kuasa yang berlainan tetapi mempunyai kuasa.

Adalah janggal sekiranya berlaku dwi-standard dalam penguatkuasaan undang-undang lalu lintas seperti yang digambarkan sebelum ini ekoran pelaksanaan AES sejak September 2012 yang penguatkuasaan dan operasinya di bawah JPJ. Lebih praktikal lagi sekarang apabila kerajaan menyerahkan tanggungjawab itu kepada PDRM dengan dibantu oleh JPJ.

Kerajaan juga telah menyelesaikan satu lagi isu berbangkit ekoran pelaksanaan AES apabila akan mengambil alih sepenuhnya operasi sistem tersebut daripada A.T.E.S dan Beta Tegap Sdn. Bhd. menerusi syarikat milik penuh di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, AES Solutions Sdn. Bhd.

Apa sekalipun perubahan yang dilakukan itu, perkara pokok dalam hal ini iaitu penguatkuasaan peraturan had laju perlu dipertahankan memandangkan pelanggaran had laju dikenal pasti antara punca utama berlaku kemalangan jalan raya di negara kita.

Sebagai contoh, sejak AES diperkenalkan sehingga Jun lepas, 673,339 kes pelanggaran had laju dikesan oleh 14 alat AES yang dipasang. Ia menunjukkan ramai pemandu tidak memberi keutamaan kepada pematuhan had laju yang dibenarkan. Itu belum lagi kes-kes yang dikesan menerusi kaedah lain termasuk oleh PDRM.

Masyarakat kita perlu terus dididik mematuhi undang-undang lalu lintas.

AWANG - Lega.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... LAMAT#ixzz2fInOAj2Y
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote NIXAR 19-9-2013 10:36 AM
tunggu diskaun lagi 50% dr 150
Quote putr@polo 19-9-2013 11:49 AM
Quote 5229 19-9-2013 01:15 PM
NIXAR posted on 19-9-2013 10:36 AM
tunggu diskaun lagi 50% dr 150

Lemak betul..ok la rm150.xnk kena sama patuh undan2
Quote enchezam 19-9-2013 01:31 PM
kurajaan bayar berapa pulak pampasan kepada company kroni tu?
Quote putr@polo 19-9-2013 01:53 PM
Penggunaan Kamera AES Perlu Diperluas - Musa Hassan

Oleh SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM

KUALA LUMPUR: Skop penggunaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) perlu diperluaskan dan tidak hanya tertumpu merakam imej kesalahan pengguna jalan raya semata-mata.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kamera AES itu juga boleh digunakan untuk memerangi aktiviti jenayah jalanan di negara ini.

"Kita kena perluaskan penggunaannya seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini. Kalau tidak rugi jika hanya guna untuk rakam imej kesalahan trafik.

"Kamera itu mempunyai resolusi yang tinggi. Jadi ia boleh merakamkan dengan jelas imej penjenayah...jadi mereka tidak boleh melarikan diri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan mengurangkan kadar kompaun AES kepada RM150 berbanding kadar asalnya RM300 berkuatkuasa pada Rabu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Rabu berkata keputusan itu dibuat supaya dapat diselaraskan dengan saman-saman yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Saya meyambut baik cadangan kerajaan itu tetapi penggunaannya perlu diperluaskan dalam membantu membendung kegiatan jenayah," katanya.

Berita selanjutnya selepas ini.
Quote NIXAR 19-9-2013 02:07 PM
5229 posted on 19-9-2013 01:15 PM
Lemak betul..ok la rm150.xnk kena sama patuh undan2

ala.....nk masuk tahun baru dah pun. kira hutang lapuk je la.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.068638 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top