CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Sherry Ibrahim Nafi Berlagak Diva

18-9-2013 03:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8816| Komen: 13

Description: Sebaik Namanya Melonjak Semula Menerusi Drama Bersiri Teduhan Kasih, Syarizad Ibrahim Atau Sherry, 30, Dikatakan Mula Menimbulkan Masalah Kepada Beberapa Pihak Yang Mahu Menjalin Kerjasama. Malah,
Sebaik namanya melonjak semula menerusi drama bersiri Teduhan Kasih, Syarizad Ibrahim atau Sherry, 30, dikatakan mula menimbulkan masalah kepada beberapa pihak yang mahu menjalin kerjasama. Malah, perkara itu turut dilaporkan media, baru-baru ini.
Sebagai selebriti, Sherry dikatakan mula bersikap memilih dan enggan terbabit dengan aktiviti promosi walaupun sebelum itu pihak pengurusannya memberi pengesahan. Perkara seperti itu menjadi rungutan mereka yang menjangkakan kehadirannya.

Sherry turut didakwa sering memperlekehkan setiap aktiviti yang harus dilaksanakan dan menyoal mengapa dia harus mengetengahkan diri kerana pada pandangannya, sebagai pelakon, dirinya dikenali apabila Teduhan Kasih yang pernah disiarkan di slot Akasia, TV3, muncul drama rantaian popular ditonton hampir enam juta orang.   Sebagai pelakon yang mahu aktif semula dan cuba menempa nama selepas lama mendiamkan diri dalam dunia penyiaran, pastinya berita kurang enak mengenai dirinya sedikit sebanyak memberi kesan dan meninggalkan tanggapan buruk.
Ditemui baru-baru ini di majlis rumah terbuka anjuran syarikat pengurusannya, Laugh Out Loud Entertainment (LOLE), Sherry akui terkejut sebaik saja membaca berita disiarkan.

Apatah lagi, itulah kali pertama dia menerima maklum balas buruk mengenai dirinya.

“Segala laporan atau kejadian membabitkan diri saya itu timbul akibat salah faham. Ia datang dari sebelah pihak dan pada saya, apabila ia disiarkan sebegitu rupa, sangat tidak adil. Sedangkan daripada pihak saya sendiri ada sebab mengapa  saya mengambil keputusan sebegitu.

  “Saya enggan memanjangkan isu ini kerana pada saya, ia sangat remeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan. Perkara yang berlaku itu pun sudah lama, hampir sebulan.

  “Kalau benar ia perkara besar dan serius, mengapa ia  tidak dilaporkan sehari dua selepas kejadian. Ini tidak, Syawal pun dah habis, tetapi ia baru hendak diketengahkan,” katanya.

Sherry juga tidak rasa isu yang cuba dibangkitkan dan dilaporkan itu akan menggugat reputasinya. Tambah pula dalam kalangan peminat mereka tahu dan kenal dirinya.

“Tidak perlu saya memberi penjelasan panjang lebar mengenai perkara ini kerana ia tidak penting. Malah, saya tidak tahu pun ada pihak berasa tersinggung sebab ia bukan isu besar dan boleh memberi kesan buruk kepada pihak lain.

  “Bagi saya, pihak yang tersinggung juga tidak profesional dalam menangani perkara ini. Sepatutnya mereka datang kepada pengurusan saya atau saya sendiri bagi meluahkan rasa tidak puas hati dan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul,” katanya.

  Kata Sherry, buat masa ini dia memberi tumpuan kepada kerja rakaman single terbarunya dan lagu duet bersama penyanyi baru sedang mencipta nama dari Indonesia, Gusty Arya.

“Perancangan menghasilkan lagu duet bersama Gusty sudah lama dirancang iaitu sebelum penggambaran Teduhan Kasih lagi. Bagaimanapun, kerana sibuk di lokasi, projek itu terpaksa dihentikan buat seketika.

“Sebaik penggambaran selesai, saya terus memberi tumpuan kepada kerja rakaman yang mahu dijalankan dan Gusty memberi tiga lagu yang mahu kami rakam dan satu daripadanya untuk single solo saya,” katanya.

Kata Sherry, dia minat menyanyi sejak dulu, cuma peluang untuk melaksanakannya tidak pernah diperoleh hinggalah dia bernaung di bawah syarikat pengurusan LOLE, di mana mereka merancang supaya impiannya dapat dilaksanakan.    “Peluang menghasilkan lagu duet bersama Gusty datang selepas LOLE mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan penyanyi Indonesia itu. Mengikut perancangan awal, saya harus ke Bali untuk menjalani sesi rakaman.    “Bagaimanapun, kerana terikat dengan penggambaran Teduhan Kasih, perancangan itu terpaksa dihentikan dan kini selepas perbincangan, Gusty bersetuju sesi rakaman dijalankan di Kuala Lumpur.

“Saya difahamkan, Gusty adalah bekas model dan penyanyi rap. Dia turut mempunyai syarikat penganjuran majlis dan perhubungan awam beribu pejabat di Bali. Kebetulan dia kenal pengurusan LOLE, sebab itu kerjasama ini dapat dilakukan,” katanya.    Ditanya antara lakonan dan nyanyian mana satu yang lebih disukai, Sherry mengakui nyanyian paling disukai tetapi peluang berlakon yang sampai dulu di tangannya menyebabkan orang lebih mengenalinya sebagai pelakon.    “Saya tidak pernah berpeluang menunjukkan bakat saya sebagai penyanyi. Jadi peluang yang datang ini akan saya gunakan sebaik mungkin.

  “Bagi memastikan kerja rakaman berjalan lancar, saya turut diberi latihan vokal oleh abang Gusty, Bayu yang juga ada pengalaman sebagai deejay.

  “Ini bagi memastikan penyampaian saya sesuai untuk lagu dihasilkan,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkaddict 15-9-2013 11:58 AM
Tak pernah minat dgn dia. Maybe sebab cara dia ccakap pelik kot
Quote yayah8989 16-9-2013 02:52 PM
x minat dia.
Quote mitnick 16-9-2013 03:08 PM
nak nyanyi pula
Quote malaywood.NET 16-9-2013 03:18 PM
dia ni cantik gak..
Quote bobok_berhabok 16-9-2013 03:43 PM
comel je dia ni kalo tgk dpn2
Quote tomet05 16-9-2013 04:00 PM
teduhan kasih berhantu woooo
Quote HUHA 16-9-2013 04:05 PM
sapa shery ibrahim????

dah tgk gambar pun aku tak kenal... sah sgt dia ni artis tong sampah
Quote jargon 16-9-2013 04:18 PM
iols jmpe dia kat klcc mak aihh igtkan patung berjalan...gojes dia ni...nak nyayi jgn sendu sudehhh
Quote cocolava 17-9-2013 03:09 AM
Dah pandai kekwat yer skarang nih sejak jadi pramugarik?.

Cara dia mekap pun macam vapok tau..xsuker.
Quote munchkin 17-9-2013 03:38 AM
Dalam teduhan kasih nampak cam kaku. Tapi dalam drama renjis tu nampak ok. Pembawakan watak kot.
Quote RatuDunia94 17-9-2013 04:24 AM
kenapa dgn minah dagu senget ni?
Quote azilamie2 17-9-2013 05:20 AM
muka die jenis sombong kot, i mean muka bukan character
Quote maxim 17-9-2013 06:53 AM
dagu die panjang.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.082536 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top