CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Zizi Zulkifli Bakal Bergelar Doktor

18-9-2013 03:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23208| Komen: 94

Description: Penulis Mengenali Norzizi Zulkifli Semenjak Usia Kami Masih Dalam Alam Persekolahan. Dia Yang Sedari Kecil Banyak Muncul Di Kaca Tv Menjadi 'Idola' Kami Apabila Bercakap Tentang Dunia Seni. Kebetul ...


PENULIS mengenali Norzizi Zulkifli semenjak usia kami masih dalam alam persekolahan. Dia yang sedari kecil banyak muncul di kaca TV menjadi 'idola' kami apabila bercakap tentang dunia seni.

Kebetulan, dunia puisi mendekatkan kami, sama memasuki pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan, Zizi adalah nama penting di dalam dunia seni tempatan pada masa itu. Sementelah dibesar dalam dunia seni, Zizi 'dicemburi' banyak bakat-bakat baru dalam dunia seni pada ketika itu.

Dia boleh menjadi artis ternama dan tersohor, memiliki wang ringgit berbondong-bondong, tetapi dia memilih untuk lari daripada kebiasaan dunia artis. Zizi memilih mendalami ilmu. Terasa bidang seni ini perlu diterokai dalam makrifat kehidupan yang jauh lebih dalam, ilmu seni itu sendiri.

September ini genaplah setahun dia menyambung pengajian di University of Wollongong, New South Wales, Australia bagi mengejar impian ke peringkat tertinggi. Anak sulung kepada pasangan pelakon handalan, Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar ini keluar daripada 'kepompong' biasa pemikiran seorang artis.

"Saya cuba panjat satu lagi anak tangga akademik iaitu di peringkat Doktor Falsafah dan ini sangat penting dalam perjalanan kehidupan saya," katanya, dalam nada cukup bersemangat.

Ini kerana, menurut wanita berusia 37 tahun ini, cita-cita itu telah ada dan tersemat dalam diri semenjak usia kecil lagi. Ia tidak hanya untuk kepuasan peribadi, tetapi memberi makna yang lebih jauh lagi.

"Impian sejak kecil, saya teruskan juga, walaupun dalam perjalanan hidup saya, banyak perkara-perkara lain yang barangkali boleh menjauhkan saya menggenggam cita-cita besar ini. Tapi saya kira, manusia yang mati apabila tidak mempunyai impian. Bagi saya bila ada impian, ia haruslah direalisasikan. Maka, saya kuatkan juga semangat untuk menggapainya," kata Zizi yang sebelum ini menyambung pengajian peringkat sarjana di kota London.

Dalam mengejar impian kali ini di Australia ini, Zizi mengaku ia lebih berat kerana melibatkan banyak jiwa yang harus berkorban demi dirinya. Pengorbanan itu bukan sahaja memerlukan dia meninggalkan segala-gala yang dia punya di tanah air, tetapi juga melibatkan insan keliling.

Suami tercinta Bayu Utomo Radjikin, 44 serta tiga anak tersayang Muhammad Armada Jiwa, 6, Tulus Jiwa Ramadan, 4 dan Indah Hening Kasih, 3 juga memberi dokongan dan sokongan tidak berbelah bagi kepada wanita ini. Mereka dalam satu ikatan kekeluargaan erat, sama-sama memilih menetap di Australia demi merealisasikan impian Zizi.

"Atas sokongan mereka, insan-insan terpenting dalam kehidupan saya, maka terbanglah jua kami ke bumi kanggaru ini. Ia adalah satu perjalanan yang agak panjang kerana saya perlu berada di sini sekitar tiga tahun," katanya.

Ramadan pertama Armada

Bercakap soal Ramadan yang lalu, banyak kenangan manis berjaya di kutip oleh Zizi dan keluarga. Menurutnya, menikmati kehadiran bulan mulia di negara orang, ia adalah pengalaman indah yang diluar dari kebiasaan.

"Kami bersyukur kerana masih mampu bertemu dan menikmatinya. Apa yang menarik Ramadan kali ini adalah puasa pertama anak sulung saya Muhammad Armada Jiwa, 6 tahun. Baru tadika. baru nak diajar berpuasa," katanya.

Lebih menggembirakan Zizi dan suaminya, Armada sendiri yang punya semangat kuat untuk berpuasa penuh walaupun baru diajar berpuasa separuh hari.

"Syukur... Pergi sekolah dia tetap berpuasa. Berpuasalah anak saya yang baru berusia enam tahun itu di kalangan "orang-orang putih" yang lain yang makan dan minum di sekolah," ceritanya lagi.

Menurut Zizi, pengalaman pertama Armada bersahur amat menyentuh rasa keibuan. Pertama kali anak kecil itu bangun bersahur, ada nikmat yang indah mengalir dalam dirinya sebagai ibu yang melahirkan.

"Sebagai ibu, apa lagi yang patut saya rasa? Bila pertama kali Armada bangun bersahur menitis air mata saya kerana sudah sembilan tahun, saya sunyi untuk bersahur beramai-ramai begitu.

"Selepas mendirikan rumah tangga, bersahur hanya berdua bersama suami, saya kira amat sunyi. Saya suka suasana bising dan beramai-ramai bersahur. Kerana adik- beradik saya lima orang. Campur papa dan mama, tujuh orang semuanya.

"Jadi bersahur itu, sentiasa menyeronokkan untuk saya. Lagipun saya "Minah Sahur!". Jadi bila Armada telah bangun bersahur, saya nampak empayar keluarga saya yang sedang kami bina. Saya tak sabar untuk menanti semua anak-anak bangun dan bersahur meraikan Ramadan. Pastinya meriah nanti," katanya lagi.

Seperkara lagi yang menarik kali ini berpuasa di perantauan, mereka sekeluarga mencipta pengalaman baru, berbuka puasa di masjid.

Omar Mosque di Wollongong hanya 5 minit dari rumah yang mereka duduki, maka suaminya dapat setiap malam bertarawih di masjid bersama Armada.

Zizi sendiri bertarawih di rumah kerana ada dua lagi anak yang masih kecil. Pun sesekali dia bergilir dengan suami ke masjid, apabila berkesempatan.

"Berbuka di sini sangat menarik kerana menunya pasti nasi-nasi dari Asia Barat.

"Dengan kambing yang lembut, ada roti dan salad. Sedap sangat. Saya suka kerana segala juadah nasi dan lauk telah diletakkan di dalam pinggan yang besar (macam dulang asrama, nasi dan lauk semuanya ada). Setiap orang dapat setiap satu. Jadi tidaklah susah nak beratur buffet dan sebagainya," beritahu Zizi.

Sesuatu yang dikira manisnya di perantauan ini, Zizi seolah-olah meninggalkan dunia sebenar buat seketika. Dia dan keluarga seperti berada di sebuah dunia lain, baharu dan terasing.

"Kami berada di dunia yang sementara tetapi sempurna. Dunia saya di Kuala Lumpur, sentiasa sibuk. Terkejar ke sana, berkejar ke sini. Di sini, segalanya lebih teratur, siang ke universiti dan malamnya boleh menikmati Ramadan dengan baik.

"Tidak seperti di Kuala Lumpur, sibuk dengan urusan kerja, majlis jemputan berbuka di sana sini, nak menyiapkan persiapan hari raya untuk rumah dan keluarga sehingga perkara-perkara ini terpaksa saya kompromi dengan bertarawih di masjid," beritahu Zizi sekaligus mengakui jiwanya lebih tenang di sini.

Makna Ramadan lebih dinikmati, tiada segala kesibukan dan hidup sederhana tapi sempurna.





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... gaman#ixzz2eYr78w6r
© Utusan Melayu (M) Bhd


sumber utusan

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 11-9-2013 02:03 PM
nama anak kau...
Quote Mizlyn 11-9-2013 02:05 PM
Tahniah Zizi
Quote cikzue 11-9-2013 02:06 PM
awat nama anak dia lagu tuh -,-
die ni dulu pengacara cite joe jambo kan ? hahaa
Quote pinkaddict 11-9-2013 02:08 PM
Bagusnya dia. Belajar bidang apa ye ni?
Quote mitnick 11-9-2013 02:08 PM
doktor phd rupenyee
Quote resah 11-9-2013 02:09 PM
bestnye.. keluarga memahaminya
Quote aqissa 11-9-2013 02:09 PM
tahniah kepada anda yang tetap dengan cita2 anda walaupun banyak halangannya...
Quote maskha 11-9-2013 02:09 PM
Dah mcm maknya......
Quote aseela 11-9-2013 02:10 PM
tahniah zizi....contoh artis yang ada cita2 dan merealisasikan cita2 beliau...moga selamat hingga selesai pengajian...
Quote whadda 11-9-2013 02:11 PM
amboi nama anak.... puitis betol...
Quote nurfariezza 11-9-2013 02:15 PM
cikzue posted on 11-9-2013 02:06 PM
awat nama anak dia lagu tuh -,-
die ni dulu pengacara cite joe jambo kan ? hahaa

a'a...ble sebut je nme dia, trus t'igt joe jambul..

Last edited by nurfariezza on 11-9-2013 02:18 PM

Quote beatgirlX 11-9-2013 02:17 PM
ha'ah..aku pun sebut nama dia tingat joe jambul...
Quote chekshu 11-9-2013 02:25 PM
semangat yg tinggi
bagus lah buat sheols
moga terus berjaya
Quote ogata 11-9-2013 02:28 PM
  1. Suami tercinta Bayu Utomo Radjikin, 44 serta tiga anak tersayang Muhammad Armada Jiwa, 6, Tulus Jiwa Ramadan, 4 dan Indah Hening Kasih, 3
Copy the Code
tengok je nama laki dia udah cukup untuk megetahui nama anak mereka bagaimana..

Quote caprut 11-9-2013 02:30 PM
pinkaddict posted on 11-9-2013 02:08 PM
Bagusnya dia. Belajar bidang apa ye ni?

seni halus rsanye
Quote twins 11-9-2013 02:31 PM
Isteri nak buat Phd..suami kena bagi full support.. bukan senang weyyyy... semoga Zizi berjaya bergelar Dr..
Quote iluma 11-9-2013 02:36 PM
kalau nak pgl anak2 serentak.
tulus jiwa kasih.
mai makan nak
Quote haisanor 11-9-2013 02:45 PM
respeknya. iols pun rasa tak sanggup lagi nak sambung phd, cukup la sampai ada master, tu pun rasa semput nak habiskan, dengan komitmen kerja, nak buat assignment lagi tp alhamdullilah habis jugak.
Quote chetaton 11-9-2013 02:46 PM
Nama anak2 dia klasik.
Klasik dan ada makna.
Bukan sesetengah artis nama nak moden tapi xde makna.

Tak kisah pun nama tu nama orang putih ke ape ke, janji ada maksud yg baik2.

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.064260 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top