CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Belasah, Campak Bayi 13 Bulan Dalam Mesin Pengering

12-12-2018 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2788| Komen: 16

Description: Tidak berperikemanusiaan! Seorang lelaki didakwa memasukkan bayi perempuan berusia 13 bulan ke dalam mesin pengering pakaian sebelum menghidupkannya.
Tidak berperikemanusiaan! Seorang lelaki didakwa memasukkan bayi perempuan berusia 13 bulan ke dalam mesin pengering pakaian sebelum menghidupkan mesin itu menyebabkan mangsa cedera.



Kredit foto: Mirror/Getty

Memetik Mirror, Thomas Dunn, 25, dari Comrie Crescent, Hamilton, dituduh membahayakan nyawa bayi itu dua kali dalam tempoh tiga minggu pada musim sejuk lalu.

Lelaki itu berdepan empat pertuduhan ketika dibicarakan di Mahkamah Dundee Sheriff di Scotland pada Selasa.

Sebelum itu, seorang bayi lelaki turut menjadi mangsa 'kegilaan' Dunn yang menekup mulut dan memicit hidung mangsa untuk menyekat pernafasannya.

Difahamkan, Dunn menyerang bayi lelaki itu sejak lahir hingga berusia 33 bulan dengan memicit hidungnya untuk menyekat pernafasan mangsa antara April 2015 dan Januari 2018.

Kemudian, antara Disember 2017 dan 9 Januari tahun ini, tertuduh didakwa bertindak kejam terhadap bayi perempuan terbabit.

Dia didakwa memasukkan mangsa ke dalam mesin pengering dan menutup pintunya, sekali gus mengaktifkan mesin berkenaan dan mencederakan mangsa.

Selain memasukkannya ke dalam mesin pengering, Dunn juga pernah menyekat pernafasan bayi berkenaan dengan menekup mulutnya.

Malah, pada 8 Januari, tertuduh menyerang bayi perempuan itu dengan memukulnya di kepala dan tubuhnya, menghempas serta menggigit lengan mangsa. 

Menurut laporan, Dunn tidak mengemukakan rayuan ke atas semua pertuduhan itu. - CARI
8

Bagus
25

Marah
14

Terkejut
13

Sedih
15

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jue10 12-12-2018 12:34 PM
menakutkan betul la manusia skg ni
Quote reeny 12-12-2018 12:38 PM
Mental disorder ker?
Quote judicata 12-12-2018 01:02 PM
Anak anak tu sapa dengan dia? Anak sendiri ka?? Cilaka punya lelaki. Pukul budak berani la ko nak seksa cenggitu. Semoga kenak rodok besi dalam penjara nanti. Cisss
Quote buapakperut 12-12-2018 01:08 PM
APA hubungan dia dengan mangsa2?
Quote gaara_X 12-12-2018 01:30 PM
orang kat scotland pun ada juga yang sakit...
Quote wahlava 12-12-2018 01:37 PM
benda camni la yg memburukkan kristian

Quote moonbug 12-12-2018 02:33 PM
Anak sendiri ke anak jagaan ke? Senang-senang dia dera budak-budak tu berkali-kali
Quote miemiecha 12-12-2018 03:55 PM
laki blh meroyan jgk ke??
nk rayu apehal, budak tu nges sayu msa ko buat camtu xde plak ko pk...
Quote besarkecik 12-12-2018 04:05 PM
ada dua bayi ke? kau seksa dua dua serentak ke apa?
harap kau digerudi torpedo bersaiz besar dalam penjara nanti!!!!
Quote shernazz 12-12-2018 09:06 PM
Terlalu geram bebudak tu comel sgt kot.
Jadi terdorong buat begitu
Quote shernazz 12-12-2018 09:07 PM
Patut kasi hampuk je kokesen neh
Xbg membiak..
Sian bebudak tu kalau jadi anak dia atau anak org lain skali pung
Quote Choc-chip 12-12-2018 09:39 PM
Ingatkan kat Malaysia...
Quote r_innalif 12-12-2018 09:50 PM
Macamana dh pnh seksa msih boleh dkat dgn bby tu. X de restrictions order ke. Brita x jelas. Apa hub bayi tu dgn laki setan tu
Quote EvieWanKenobi 12-12-2018 10:38 PM
apa masalah dia??
Quote VirginLady 13-12-2018 10:17 AM
apa masalah news ni ayat berulang2???
Quote pai.kacang 13-12-2018 10:20 AM
ada masalah mental ni. org normal takkan sanggup buat macam ni dekat baby

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.050845 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top