CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menjijikkan! Pekerja Hotel Guna Tuala Sama Untuk Cuci Tandas Dan Cawan

6-12-2018 10:57 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5130| Komen: 20|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Para pelancong yang ingin mengunjungi Taiyuan, China perlu lebih berhati-hati apabila memilih hotel yang ingin dijadikan tempat penginapan sepanjang percutian mereka.

Pemeriksaan pegawai kesihatan di China yang menemukan sisa makanan di dalam tempat menyimpan tuala bersih. 

Foto: South China Morning Post

Para pelancong yang ingin mengunjungi Taiyuan, China perlu lebih berhati-hati apabila memilih hotel yang ingin dijadikan tempat penginapan sepanjang percutian mereka.

Langkah itu sewajarnya diambil berikutan hasil pemeriksaan Jabatan Kesihatan China pada 4 Disember lalu yang mendapati beberapa hotel di bandar itu tidak mempedulikan aspek kebersihan.

Memetik laporan portal berita South China Morning Post pada 5 Disember, tuala yang diletakkan di dalam tandas hotel turut digunakan untuk membersihkan cawan.

Selain itu, pegawai jabatan kesihatan turut menemukan tuala-tuala bersih disimpan bersama kasut dan sisa makanan.


"Benda-benda tersebut mungkin tidak bersih dan tidak sepatutnya disimpan bersama barangan yang telah dibersihkan, kalau tidak ia akan menyebarkan kuman," kata seorang pegawai.


Salah sebuah hotel yang diperiksa Jabatan Kesihatan China. 
Foto: South China Morning Post

Bulan lalu, seorang selebriti media sosial di China, Huazong memuat naik rakaman video dalam Weibo untuk menunjukkan beberapa pekerja di hotel-hotel lima bintang menggunakan tuala yang sama untuk membersihkan cermin bilik mandi, sinki, tandas dan cawan.

Video itu seterusnya tular dan menimbulkan kemarahan netizen di China.

Nampaknya, pemilik-pemilik hotel di China perlu mendidik pekerja mereka tentang aspek kebersihan supaya reputasi mereka tidak dicemarkan dengan isu sebegini. - CARI
17

Bagus
17

Marah
19

Terkejut
16

Sedih
14

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 6-12-2018 11:16 AM
Pekerja malas macam tu le jadinya.  Sebab tu kalau betul2 nak guna barang2 yang disediakan macam glass atau tekonya tu elok lah dibasuh dulu.  Tak pun beli je air minuman dari luar.
Quote shernazz 6-12-2018 11:28 AM
Iols jenis suka minum air panas dlm bilik..
Tp basuh dolu lah semua. .
Igt yach..putih x semestinya bersih..huhu..
Makcik iols siap bawak glo dlm botol kecik utk basuh segala  ala cawan dlm bilik hotel..


Geli plak iols baca berita ni
Quote Nonones 6-12-2018 11:30 AM
Aku sebagai bekas pekerja housekeeping hotel mengaku memang terjadinya benda2 macam ni sbb nak cepat & jimat kos atas arahan pengurusan
Quote mizruncing 6-12-2018 11:51 AM
alaa baru tau ke? kat malaysia pn bukan ade ke kes mcm ni dulu. pekerja hotel yg pecah lobang kan bgtau pengalaman dorg memasing. kain lap kaki buat tuala mandi. ada yg tak basuh n lipat balik je kan. cadar ke tuala ke tgk blik la mase nk cek in hotel tu. ade baca artikel tu dlu. mcm kt dlm forum ni jgk.
Quote umbut 6-12-2018 12:12 PM
Semua hotel pun sama.. hotel jepun rasanya x
Aku kalau dok hotel bawak tuala sendiri... geli.. biasa diorang buat lap kaki,lap jamban..
Cawan pun aku geli.. biasa cawan tu diorang lap2 je.. bawak cawan dari rumah.. x pun beli air..
Quote hussaini4675 6-12-2018 01:37 PM
Selama ni main belasah je. Kembang pulak tekak bila tau ada kes camni.
Quote Burong_Hantuk 6-12-2018 02:26 PM
dasar pengotor!!!
Quote duri_durians 6-12-2018 02:54 PM
duduk hotel kat Dublin, hari2 dia bagi tuala baru . kita tak bukak pintu pun dia sangkut dekat tombol. memang baru basuh la sbb semerbak
Quote Elle_mujigae 6-12-2018 02:57 PM
Euwwwwww... kalau travel, so far mmg guna tuala sendiri..tuala beli kat Decathlon..yg nipis tu..
Quote Artemesiaa 6-12-2018 03:04 PM
Satu lagi cadar katil elok ler biar bersepah bergulong bagai.  Sebabnya ada sesetengah housekeeping people ni jadi malas nak tukar kalau dah kemas katil elok2.  Yang paling teruk dia orang biarkan je tak bertukar recycle bagi penginap seterusnya guna.  Jadi bila masuk bilik sebelum guna apa2 barang dalam bilik hotel tu elok periksa dulu cadarnya.  Misal nampak macam tak bertukar (selalunya agak berbau) elok inform housekeeping people mintak tukar atau pun mintak tukar bilik terus.
Quote Beautifulliar. 6-12-2018 03:07 PM
umbut replied at 6-12-2018 12:12 PM
Semua hotel pun sama.. hotel jepun rasanya x
Aku kalau dok hotel bawak tuala sendiri... geli.. bias ...

Kt Dorset subang pnh dpn mata meols yach tuala yg kita guna utk lap muka n mandi tu deme guna pijak2 utk lap lantai toilet.

Kbtulan meols msuk nk ambik brg,skali bangla tu tgh kemas toilet ternampak la gitu.Sume otel gitu meols rasa cadar pon ada xbtukar.Tp sbb putih gitu so kita ingatkn bersih ditukar.

Tgok kt youtube sinung dorg buh hidden cam n sembur something yg lutsinar.esok check in bilik otel yg sama n tgok cadar n sarung bntal yg sama.mmg dorg xtukar.n jd kt few hotel yg berstar2.

Geli meols klo duk otel lg satu xpnh guna heater or cawan2 segala dlm tu.Dlu ada kes deme guna heater tu utk rendam spender n kondom terpakai.uwekkkkkk
Quote miemiecha 6-12-2018 04:12 PM
mek baru ni ke penang..
hotel d rahsiakan./..
masuk hotel mmg kemain lawanya..
satu peel adik pmpn mek..
dia akan cek cadar..
selain dr dia basuh cawan2...
mek dah baring ok atas katil tu,.. di ulangi DAH BARING!!!

sekali adik mek selak kain ter..
darah piyed/dara/buntut sape xtau lahhhh./..
ade kat tilam...

ngamuk terus mek...
sobs sobs.. bkn takat mntk tuko bilik.. nk g hotel lain pun ader...
Quote pyropura 6-12-2018 04:17 PM
@boslava ko boss pada Laba yg kije lap jamban tu  kan? Tengok2 kan sikit Laba tuh, dia penah buat bende nih, sampai marah @atuklava  
Quote boslava 6-12-2018 04:18 PM
pyropura replied at 6-12-2018 04:17 PM
@boslava ko boss pada Laba yg kije lap jamban tu  kan? Tengok2 kan sikit Laba tuh, dia penah buat be ...


tak lawak




Quote armin 6-12-2018 04:40 PM
Selama ni tak bawak towel sendiri mmg guna hotel punya. Maybe kalau duduk lebih sehari blh mintak new towel hari2. Kalau duduk hotel bwh than 3 star ni better bwk towel sendiri tp beratla beg kalau nak backpacking
Quote kelana36 6-12-2018 05:43 PM
Bukan lap segala gelas dan cup  tu dengan cadar ker..  alang alang nak tukar baru, guna untuk lap macam macam yang boleh...

pengakuan iklas dari salah sorang bekas housekeeping sebuah hotel yang aku kenal..
Quote putehkundor 7-12-2018 07:19 PM
lok laq nya sheols
Quote Jorja 11-12-2018 09:00 PM
Cakap pasal tuala, abad 21 ni masi ada hotel yg sediakn tuala nipis yg pattern mcm kek lapis tu. Bila pakai cuma dapat cover tek. So tpaksa la bawa tuala sendiri bila outstation kt rural area ya
Quote namieamuro 11-12-2018 10:03 PM
iols ade tgk episod dimane ade beberape kokusen pegi hotel2 utk siasat psl ni..dorg sembur apetah kt cadar yg bole tgk dgn uv light gitu..kantoi gitu je hotel tu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.052181 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top