CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Langgar Lari: Suspek Utama Yang Juga Pemandu Kenderaan Dituduh Membunuh

23-10-2018 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3263| Komen: 18

Description: Suspek utama yang terlibat dalam kes langgar lari di hadapan bangunan Shaftbury, Cyberjaya sehingga menyebabkan kematian seorang kakitangan Telekom Malaysia Bhd. (TM) kini disiasat mengikut Seksyen 30 ...
Harian Metro melaporkan, suspek utama yang terlibat dalam kes langgar lari di hadapan bangunan Shaftbury, Cyberjaya sehingga menyebabkan kematian seorang kakitangan Telekom Malaysia Bhd. (TM) kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Kredit foto: www.bharian.com.my

Bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut seksyen tersebut, ketiga-kita suspek direman semula selama lima hari bermula hari ini melalui perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Yusna Khadijah Md. Yusop di Mahkamah Majistret di Sepang hari ini.

Menurut Majistret Yusna Khadijah, ketiga-tiga suspek termasuk suspek utama merupakan warga Libya dan dua lagi rakannya yang juga warga Libya dan Yemen itu dibawa ke mahkamah pada pukul 9.10 pagi untuk mendapatkan perintah reman.

“Suspek utama merupakan pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu manakala dua lagi rakannya dipercayai bersubahat selain menyembunyikan suspek utama selepas kejadian berlaku pada Khamis lalu."


Sebelum ini, suspek utama yang berumur 23 tahun telah direman selama lima hari dan berakhir hari ini mengikut Sekayen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Manakala dua lagi rakannya yang berumur 20 dan 22 tahun itu pula direman selama empat hari dan berakhir semalam.

Khamis lalu, empat individu ditahan bagi membantu siasatan kes langgar lari sehingga menyebabkan Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales meninggal dunia.- CARI
17

Bagus
18

Marah
21

Terkejut
17

Sedih
22

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 23-10-2018 03:48 PM
Justice for arwah.

Gantung sampai mampus.

Son of a bij bustxrd
Quote moonbug 23-10-2018 04:10 PM
302 ye. Boleh sangkut ke. Bagus juga kalau boleh. Kalau tak, 304 pun ok juga. Janji jgn biar lepas, hidup senang dah bunuh orang.

Semoga ada keadilan untuk arwah Amira, amin
Quote jazaa100 23-10-2018 04:12 PM
Hati busuk....

Hati haiwan....

Boleh dah langgar tu tekan minyak lagi.....

Quote laksmanabentan 23-10-2018 04:14 PM
rasakan ko... duduk dalam tu....
senang2 jer kan ko bawa kete tu...
ntah kete siapa2 ntah....
Quote minguk 23-10-2018 04:30 PM
macam dah ada lah thread ni
Quote Cicisweets 23-10-2018 04:33 PM
Hat ni di tunggu tunggu{:handsome
Quote amyza 23-10-2018 09:30 PM
Padan muka!!
Quote faraway1 23-10-2018 11:09 PM
harap  tampal gambar arwah tu dalam cell dorang...
semoga mimpi ngeri sampai meninggal..
Quote salmon-suki 23-10-2018 11:11 PM
Kata ditahan 4org,tp 3org je dlm berita ni..sorg lagi pegi mana?
Quote hungryhenry 23-10-2018 11:17 PM
Yg pompuan sabah tu mesti gf salah sorang arab ni
Quote axl_bach 23-10-2018 11:18 PM
moonbug replied at 23-10-2018 04:10 PM
302 ye. Boleh sangkut ke. Bagus juga kalau boleh. Kalau tak, 304 pun ok juga. Janji jgn biar lepas,  ...

Baru nk tanya soklan yg sama....mmg bleh lekat 302 eh....igt still under traffic law
Quote ultraline 24-10-2018 12:13 AM
Kalau keadilan ditegakkan..sy bangga dgn kjaan sekrg yg saya undi..sy x malu..sy berasa bangga..hidup chedotdot.
Quote pai.kacang 24-10-2018 10:04 AM
salmon-suki replied at 23-10-2018 11:11 PM
Kata ditahan 4org,tp 3org je dlm berita ni..sorg lagi pegi mana?

dalam buletin utama samalam, kata dua orang je yang disambung reman. dua lagi tak
Quote salmon-suki 24-10-2018 08:52 PM
pai.kacang replied at 24-10-2018 10:04 AM
dalam buletin utama samalam, kata dua orang je yang disambung reman. dua lagi tak

Ek?kenapa ye dua org dilepaskn and cuma dua org ditahan?
Quote zamnie 24-10-2018 09:07 PM
Padan muka.. hrp kena gantung
Quote ultraline 25-10-2018 06:59 AM
patut cyberjaya ni pihak yg btangugjawab buat roadblock atau ambush tiap hari..tgkp foreigner lesen xde..keslhn jenayah..visa expired..aduan dri rkyt msia dll..tu je kunci kpd penyelesaian muktamad Cyberjaya Super Multibdo..
Quote pai.kacang 25-10-2018 03:46 PM
salmon-suki replied at 24-10-2018 08:52 PM
Ek?kenapa ye dua org dilepaskn and cuma dua org ditahan?

x tahu la. kalau 302 ni.. kena buktikan ada niat membunuh. maybe yang dua lagi tu bg maklumat yg boleh bantu siasatan so x didakwa bawah seksyen tu kut
Quote BoongaKertas 25-10-2018 04:10 PM
semoga diberikan kesenangan kepada team pihak pendakwaan. dan mudah2an sangkut lah 302 tu dan dihukum setimpalnya agar dijadikan pengajaran utk arabs yg dok msia ni.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.059150 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top