CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Anak Diambil Hantu

13-9-2013 05:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4272| Komen: 13

Description: Bayan Baru - Seorang Suri Rumah Kerugian Rm10,200 Selepas Mendakwa Dipukau Tiga Wanita Warga China Di Sebuah Pasar Di Sini Minggu Lalu. H’Ng Sew Bee @ H’Ng Saw Bee, 59, Ketika Itu Berjalan Seorang D ...
 
Sew Bee (enggan menunjukkan mukanya) memegang laporan polis ketika sidang media di pusatkhidmat Tze Tzin semalam.

BAYAN BARU - Seorang suri rumah kerugian RM10,200 selepas mendakwa dipukau tiga wanita warga China di sebuah pasar di sini minggu lalu. H’ng Sew Bee @ H’ng Saw Bee, 59, ketika itu berjalan seorang diri ke pasar Lip Sin di sini untuk membeli barang keperluan sebelum didatangi seorang wanita yang meminta pertolongan untuk menunjukkan kuil yang menempatkan sami.

        
Pada pagi hari kejadian dan seperti biasa beliau menunggang motosikal dari rumahnya yang terletak di Krystal Villa. Ketika berbual dengan rakannya, beliau didatangi seorang wanita dalam keadaan bermasalah.
        
“Wanita itu meminta saya menunjukkan kuil yang menempatkan sami yang bagus untuk mengubati penyakitnya. Ketika sedang leka mendengar masalah wanita itu, ada seorang wanita lain yang juga warga China menyapa kami dengan berkata, dia tahu di mana sami itu berada.

        
“Saya kemudian mengikuti dua wanita itu ke kuil berdekatan pasar berkenaan namun rakan saya tidak ikut. Ketika sampai di kuil berkenaan, ada seorang lagi wanita yang mendakwa cucu kepada sami yang tinggal di kuil berkenaan. Tetapi saya tidak nampak sami di kuil itu,” katanya kepada media di pusat khidmat Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin semalam.
        
Menurutnya, ketika wanita pertama menceritakan masalahnya kepada ‘cucu sami’ berkenaan, wanita yang menyamar itu meyakinkan mereka bahawa penyakit itu dapat disembuhkan.
        
“Selepas wanita yang menyamar cucu sami itu mengubati penyakit wanita berkenaan, dia kemudian memberitahu saya bahawa anak perempuan tunggal saya bakal diambil hantu jika tidak mengubatinya dengan segera.
        
“Kerana takut perkara itu berlaku, saya seolah-olah terpengaruh dan terpukau dengan setiap arahan yang diberikan wanita berkenaan,” katanya.
        
Beliau diminta pulang  dan membawa semua wang serta barang kemas yang dibungkus dengan surat khabar.
        
“Wanita itu memberi alasan, selain menghalang anaknya diambil hantu, wang serta barang kemas berkenaan akan berganda jika dijampi,” katanya.
        
Menurutnya, beliau dengan rela hati pulang dan melakukan apa yang disuruh wanita berkenaan dan bergegas ke kuil berkenaan untuk memberikan apa yang diminta.
        
“Pada ketika itu, saya seolah-olah tidak boleh berbuat apa, hanya mengikut apa yang disuruh oleh wanita berkenaan.
        
“Ketika menyerahkan semua barang yang diminta, saya dibawa salah seorang wanita berkenaan untuk membasuh tangan dengan air suci kononnya bagi mengelakkan keluarga kami diganggu anasir jahat. Saya hanya mengikut arahan itu,” katanya.
        
Selepas mencuci tangan, wanita yang menyamar sebagai cucu kepada sami itu menyerahkan semula bungkusan kepadanya yang kononnya sudah dijampi dan hanya boleh membukanya selepas 21 hari.
        
“Pada ketika itu, saya rasa tidak sedap hati namun hanya mengiakan suruhannya. Sampai di rumah, saya meramas bungkusan surat khabar berkenaan dan mendapatinya kosong,” katanya.
        
Menyedari dirinya tertipu, Sew Bee membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong.
        
Sementara itu, Tze Tzin meminta polis mengambil tindakan serius terhadap sindiket berkenaan kerana didapati aktif di negeri ini sejak beberapa bulan yang lalu dan menyasarkan suri rumah sebagai mangsa.


2

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Magika 12-9-2013 09:19 PM
warga China pukau Cina Pulau Pinang
Quote anishacute 12-9-2013 09:31 PM
China bukit pukau cina urban.. Hrmm gasakkk
Quote topek 12-9-2013 09:37 PM
mcm2 dh jd kt png skng nie...
Quote hanakikan 12-9-2013 09:43 PM
Ummah cina pun bole kena pukau. Ingatkan melayu je. Only in penang
Quote hanakikan 12-9-2013 09:45 PM
Aku rasa ni kes tamak. Dia ingat lepas jampi wang dgn brg kemas dia bole berganda. Tu la nk kaya sgt. Bodoh punya olang
Quote sunquick 12-9-2013 09:45 PM
Macam2....hmmm
Quote BurningTimes 12-9-2013 09:45 PM
Ummah mulayu kata teda ummah yina kefir lehnatulloh kena pukau, adakah apa yang di klaim mereka omong kosong adja?

Sangatlah aku tak percaya yang murika ini kena pukau, nampak sangatlah dia tu terdesak nak sihat. Barang kali nak mampos dah kot? sebabtu terhegeh2 nak berubat kat sami. Ini bukannya faktor pukau, tapi faktor terdesak nak sihat walafiat, barang kali hidup abadi terus, tak mampos2 di timpa batu.

Quote Omong 12-9-2013 09:46 PM
org cina pun pandai pukau ka?
Quote BurningTimes 12-9-2013 09:51 PM
hanakikan posted on 12-9-2013 09:45 PM
Aku rasa ni kes tamak. Dia ingat lepas jampi wang dgn brg kemas dia bole berganda. Tu la nk kaya sgt ...

Itulah kak, dia hengat kita akan percaya ke yang dia kena pukau? Entah2 dia ni report kat balai polis yang pekerjanya semua ummah mulayu felda pprt caprut, jadi dia pun buat alasan caprut lah "kena pukau". Ummah caprut ni kalau bagi alasan tak masuk dek akal memang dia akan percaya bulat2.

Padahal orang tu sendiri yang voodooh pergi percaya kat perubatan sami bagai. Lepastu dah sedar kena kelentong @ diperbodohkan, baru lah nak kata kena pukau pelbagai, saya hanya tumpang simpati jah dekat pemukau tu, sudahlah di minta benda voodooh dari ummah yina yang voodooh, lepastu difitnah memukau orang pulak tu.
Quote dino 12-9-2013 11:28 PM
hanya di penang
Quote ajinomotonosuga 12-9-2013 11:45 PM
kuatkan kesedaran

mempunyai kesedaran tinggi dan latih to say NO out loud , senang2 menolak apa jenis pukau dari apa jenis bangsa sekali pun

kalo misal oang kasik duit tuko, walo kureng 5 sen pun pi balik dan tanya out loud mana lai 5 sen aku !!

mende ni ajaq kita menaikkan level kesedaran

so kesedaran tu akan selalu mendahului emosi rate of response

so kita akan 'otomatik' responding pada keadaan2 yang sepatutnya

misal adik2 pompuan sini kalo latih mende ni..kalo depa kene raba dek jantan lam bas kaa or dalam lift kaa OTOMATIK kesedaran tu pandu emosi reflex adik ni buat dia teriak kuat2.. Hoiiiiii pasai pa raba raba bontot aku ni haa? pi raba bontot mak ko laa.. jantan cilaka gatai !! sambil tu terajang tloq dia ..kompemmmmmmm RAMAI JANTAN2 LAIN KAT SITU AKAN BERLAGAKKKKKKKK HERO ! belasah puaka tuh

tapi aku yakin dari 10, 9 pompuan kene raba oleh puaka dalam lift ka bas ka..akan senyapppp muka merah padan tahan marah dan malu dan DALAM HATI MENYUMPAH2 ..kan? ni kesedaran yang masih rendah

kene di didik bahwa pompuan pun setaraf lelaki di sisi Allah swt, pompuan pun manusia gak, tadak manusia paling rapat di sisi tuhan melainkan manusia yang bertakwa, bukan di sebut lelaki yang bertakwa !!

jangan pk pasal depa jantan so depa mulia lebih dari hangpa.. bohhhhhh aje kalo perlu apa patut
Quote kookie92 15-9-2013 08:30 PM
kesian nye..
sama cam abng sedara,kena pukau ..hilang duit n hp
mintak sume hati2
zaman sekarang ni laki/pompuan xboleh percaya
Quote SulurBidar 15-9-2013 08:48 PM
Inilah kesyumulan ajaran Sidharta Gautama Buddha kekdahnya..




Kononnya taat kepada 8 asas ajaran baik.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.230179 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top