CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

'Vikingdom' Dapat Pulangan Rm10 Juta Sebelum Tayangan

12-9-2013 04:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2146| Komen: 0

Description: Petaling Jaya: Kru Studios Telah Berjaya Menjana Pulangan Sebanyak Rm10 Juta Menerusi Filem Vikingdom: The Blood Eclipse Sebelum Ia Ditayangkan Di Seluruh Negara Bermula 12 September 2013.

               Yusry Abdul Halim


PETALING JAYA: KRU Studios telah berjaya menjana pulangan sebanyak RM10 juta menerusi filem Vikingdom: The Blood Eclipse  sebelum ia  ditayangkan di seluruh negara bermula 12 September 2013.

Pengarahnya, Yusry Abdul Halim berkata, jumlah itu adalah hasil daripada penjualan hak pengedaran filem berkenaan di Amerika Syarikat termasuk di 10 buah negara lain.

"Vikingdom  mula menjana pendapatan sebelum ia ditayangkan apabila ada beberapa pihak berminat untuk mengedarkan filem ini untuk pasaran antarabangsa.

"Malah pihak Universal Pictures juga bersetuju untuk menjadi pengedar di negara termasuk United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil," katanya ketika ditemui semasa tayangan perdana filem itu di Sunway Pyramid di sini, malam Rabu.

Filem yang dihasilkan sepenuhnya di Malaysia itu menelan kos sebanyak RM20 juta dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.

Ia bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 4 Oktober depan dan membariskan pelakon seperti Dominic Purcell, Conan Stevens dan Natassia Malthe.

Dalam pada itu, Yusry berkata, rakyat Malaysia perlu berbangga dengan penghasilan filem berkenaan kerana ia dihasilkan sepenuhnya oleh tenaga produksi tempatan walaupun membariskan pelakon luar negara.

Malah Yusry menyifatkan Vikingdom sebagai permulaan baharu terhadap industri perfileman di Malaysia.

"Apabila kami memulakan projek berkenaan dan sedar tentang semua cabaran yang harus dihadapi.

"Bagaimanapun semua pihak yang terlibat berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menjadikan projek ini satu realiti," katanya.

Filem tersebut menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Puncak Alam, Selangor, Gua Tempurung dan Kellie’s Castle di Perak.

1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.046025 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top