CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Untung Astro Rm2.3b. Tqvm 3.67 Juta Pelanggan Tegar Siaran Ulangan

12-9-2013 03:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7387| Komen: 53

Description: Astro Malaysia Holdings Bhd. (Astro) Mencatatkan Hasil Dua Digit Untuk Enam Bulan Pertama Dalam Tahun Kewangan Berakhir 31 Januari 2014 Dengan Peningkatan Sebanyak 13 Peratus Kepada Rm2.3 Bilion, Berb ...


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Astro Malaysia Holdings Bhd. (Astro) mencatatkan hasil dua digit untuk enam bulan pertama dalam tahun kewangan berakhir 31 Januari 2014 dengan peningkatan sebanyak 13 peratus kepada RM2.3 bilion, berbanding RM2.1 bilion yang direkodkan tempoh yang sama sebelum ini.

Pertumbuhan itu didorong oleh peningkatan langganan produk dan perkhidmatan berbayar, pelanggan Astro NJOI, hasil purata setiap pelanggan (ARPU) serta perbelanjaan pengiklanan (Adex) televisyen dan radio.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rohana Rozhan berkata, Astro terus melaksanakan strategi pertumbuhan dan mengekalkan kadar aliran tunai.


Katanya, Ahli Lembaga Pengarah telah mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 2 sen sesyer, peningkatan 33 peratus berbanding 1.5 sen tahun sebelumnya.

"Suku kedua menunjukkan peningkatan jumlah langganan televisyen berbayar sebanyak 43,000 ke 3.36 juta dan pelanggan NJOI berkembang sebanyak 50,000 kepada 314,000 yang menjadikan pelanggan keseluruhan Astro 3.67 juta, bersamaan 54 peratus jumlah isi rumah di Malaysia.

"Jumlah pelanggan Astro B.yond juga bertambah sebanyak 290 ribu kepada 2.47 juta mewakili 74 peratus pelanggan televisyen berbayar secara keseluruhan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, ARPU telah meningkat sebanyak tiga peratus kepada RM94.9 dengan pertambahan jumlah pelanggan yang mendapatkan produk dan perkhidmatan Astro.
Tambahnya lagi, Adex Astro telah meningkat sebanyak 15 peratus kepada RM270 juta dengan TV Adex berkembang kepada 30 peratus dan iklan ke atas radio (Radex) pada 55 peratus.

"Kami amat berbesar hati untuk terus menjadi penyiar utama acara sukan. Pada tahun depan, kami akan membawakan kesemua perlawanan Liga Perdana Barclays musin 2013/2014, Piala Dunia FIFA 2014, Sukan Asian 2014 dan Sukan Komanwel 2014," katanya.

2

Bagus
14

Marah
10

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 12-9-2013 09:59 AM
dok ulang cerita sama...... baik torrents movie sampai lebam.......
Quote girly.. 12-9-2013 10:00 AM
itulah pasal... nyampah
Quote atira 12-9-2013 10:01 AM
jarang gila tgk tv..
so kitorang dah potong asteruk....
Quote rospinki 12-9-2013 10:03 AM
nak buek cano..itu jo yg ado, tengokla smpi muntah ijo. tpi kalau ada 50 chenel pandai2 la tuka selera, ada masa tengok katun..tengok org masak..tgk travel..tgk movie..tgk agama..tgk discovery..kecuali berbentuk hiburan mcm AF, ok apa dari keluar lagi byk belanja dan bahaya..
Quote asher 12-9-2013 10:04 AM
aku pun jarang negok tv..tp still ada astro..mcm rugi lak..
Quote atira 12-9-2013 10:05 AM
bila tgk aku dah potong asteruk..
mak bapak aku pon dah potong jugak asteruk kat umah depa..

Quote shiro82 12-9-2013 10:09 AM
aku pun jarang tgk.......channel banyak tp duk ulang benda sama serupa mcm tgk cd ulang berkali2.......
Quote shi_jewel 12-9-2013 10:12 AM
aku pun ade astro tp jarang nengok sbb takde masa.
kang potong, time cuti kat rumah layan tv perdana je...boring..
Quote Ppaw 12-9-2013 10:15 AM
nak buat maciam mana....itu sjlah cable tv yg ada kat Msia tersayang ini - tp tetap x ada astro....
Quote nurfariezza 12-9-2013 10:17 AM
nak wt cmne...klu xpsg astro gmbr xclear...bntik2 je...nk xnk kne la psang jgak..
tp channel 2 r..xbest lgsung..tp hadap je r..
Quote supernaturalee 12-9-2013 10:18 AM
rtm tetttap di hati


say NO to astro


Quote allnighter 12-9-2013 10:20 AM
Kesian dengan pelanggan2 Skybox yang dah bergelap dalam sebulan dua ni akibat operasi yang dijalankan oleh pihak astro... ahaks.
Quote R2D2 12-9-2013 10:20 AM
ABN kan ada sebagai alternatif...
Quote little_sis 12-9-2013 10:21 AM
aku rasa cam chanel sedia ada ni pun dh memadai utk aku sorg.. tgk tv time mlm2 n ujung minggu jer pun... lg xyah nk spend extra bulan2 utk bil astro,  xyah sakit ati nk tgk siri ulangan...
Quote aikong 12-9-2013 10:22 AM
sampai sekarang tak terlintas lagi dihati nak pasang astro,,rupanya ada hikmah diebalik kejadian....
Quote little_sis 12-9-2013 10:22 AM
drama2 kat rtm pun no bad sebenarnya.. yg aku perati drama rtm ni, setiap drama ada moral/pengajaran tersendiri..
Quote funnyTONE 12-9-2013 10:25 AM
nurfariezza posted on 12-9-2013 10:17 AM
nak wt cmne...klu xpsg astro gmbr xclear...bntik2 je...nk xnk kne la psang jgak..
tp channel 2 r..x ...

sama la..aku pasang pon utk mak aku je..tu je hiburan dia apatah lg takleh buat apa lps kena strok 11 thn lps..mmg ntah apa2 sbb rancgan best sume dh ke mustika...tu pon bukan mak tgk tv..tv yg tgk dia tido
Quote moon2103 12-9-2013 10:25 AM
mana tak untung....asyik ulang 600 ribu kali....
Quote cemp 12-9-2013 10:28 AM
baru2 ni aku g tambah indopek plak..eh rase menyesal plak dok ulang2..lagi kat 952 n 953 ni bosan tahap gaban dbuatnye..

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.066429 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top