CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Guna Model 'Plus Size', Editor Majalah Cosmo Dikecam Promosi Obesiti

5-9-2018 05:12 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 3302| Komen: 14|Original author: Oleh: Suzy

Description: Kisah berkaitan kegemukan dan 'body shaming' nampaknya akan sentiasa diperkatakan. Sebelum ini, dunia hiburan kecoh apabila seorang aktres memalukan seorang peminat di khalayak ramai.


Kisah berkaitan kegemukan dan 'body shaming' nampaknya akan sentiasa diperkatakan. Sebelum ini, dunia hiburan kecoh apabila seorang aktres memalukan seorang peminat di khalayak ramai.

Terbaru, heboh pula di luar negara apabila model bertubuh gempal, Tess Holliday dijadikan sebagai muka depan Majalah Cosmopolitan.

Hos Good Morning Bitain, Piers Morgan telah membantah tindakan editor majalah tersebut yang berkeras mempertahankan muka depan itu bertujuan mempromosikan imej tubuh yang positif.


Foto: Daily Mail UK

Morgan yang kembali ke studio GMB selepas beristirahat selama enam minggu, terlibat dalam perdebatan panas dengan editor majalah Cosmo, Farrah Stoor kerana tindakannya itu.

Morgan, 53, berkata, tindakan itu sangat 'berbahaya' memandangkan Britain ketika ini mengalami krisis obesiti berterusan menyebabkan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan perlu berbelanja banyak untuk menangani masalah obesiti setiap tahun.


Foto: Daily Mail UK

Dia menyelar majalah itu menerusi Twitter minggu lepas menyebabkan Tess, yang beratnya mencecah 136 kilogram menggelarnya sebagai seorang yang 'berfikiran sempit'.

Mengulas lanjut, hos itu mendakwa dia mempunyai sebab tersendiri untuk memberikan kritikan berkenaan.

"Pandangan saya mengenai isu ini adalah ia sangat berbahaya. Kita tidak seharusnya berhasrat untuk mendapatkan berat badan yang tidak sihat, terlalu kurus atau terlalu gemuk. Ia tidak sepatutnya berlaku kepada lelaki mahupun wanita.  

“Tindakan Cosmo meletakkan imej ini pada muka depan adalah sesuatu yang berbahaya dan salah,” ujarnya.


Foto: Daily Mail UK

Bagaimanapun, Farrah menempelak dakwaan Morgan itu dengan menuduhnya berfikiran sempit.

“Saya memilih model ini sebagai muka hadapan kerana saya ingin orang ramai berpandangan lebih luas. Kita hidup dalam budaya yang suka menghina orang lain. Dengan penampilan model ini, mungkin ada orang yang berfikiran positif dan berfikir, ‘Imej sebegini boleh diterima dan saya tidak perlu berasa terhina’," katanya.

Perdebatan tersebut telah menarik perhatian ramai pihak. Sebahagiannya bersetuju dengan Morgan dan sebaliknya.

Sebenarnya, walau apapun saiz kita belum tentu ianya mempamerkan tahap kesihatan yang sebenar. Tetapi, sekiranya anda menjaga kesihatan dengan baik, pasti ia terserlah pada bentuk tubuh anda, betul tak? - CARI
36

Bagus
17

Marah
18

Terkejut
28

Sedih
18

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (130 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 5-9-2018 05:56 PM
Dua2 betul, satu pihak nak stop body shaming satu lagi nak promote healthy lifestyle...
I sokong dua2
Quote CardiGans85 5-9-2018 06:09 PM
Letak gambar orang yang size normal, like size 6-10. Bukan saiz 30 atau 0
Quote grouper 5-9-2018 06:16 PM
Letak model size anak gajah mmg le kena kutuk igtkan level mkcik2 kepam size 80kg
Quote borrow 5-9-2018 07:14 PM
Lawalah muka sheols.

Ai team Piers.  Body shamming ni bukan gemuk je kena , yg kering pun kena jugak. But yg gemuk tuh lebih sensitif lah coz gemuk dikaitkan dgn pemalas , loser.
Quote dani-rox 5-9-2018 07:21 PM
there's a fine line between body positivity and glorifying obesity...

ai pun kategori lemak bersepah tp ai takmo masyarakat anggap badan mcm Tess nih perkara normal. kalau anorexia dianggap tidak sihat, begitu jua dgn morbid obesity.
Quote gummiebear 5-9-2018 08:03 PM
She's beautiful tho
Quote dodolgemokgila 5-9-2018 09:02 PM
Muka dia santek jah, kalu kurus boleh santek
Quote RatuDunia94 5-9-2018 10:17 PM
Ewwww



Quote umbut 5-9-2018 10:23 PM
gummiebear replied at 5-9-2018 08:03 PM
She's beautiful tho

Cer buang makeup.. hambikkk
Quote sukacactus 5-9-2018 10:27 PM
Pic yg duduk tu., kecik betul saiz kaki dia
Quote gummiebear 5-9-2018 10:53 PM
umbut replied at 5-9-2018 10:23 PM
Cer buang makeup.. hambikkk

Haha taktau la w/o makeup cemana rupa sheols tapi iols rasa still cantik
Quote amon_79 6-9-2018 09:14 AM
adoyai... gemuk pon tengok la... setakat bwh 90kg tu bole lagi... iols pon heavy weight still xsetuju kalo guna model beso mcm ni
Quote merrissa 7-9-2018 09:11 PM
gummiebear replied at 5-9-2018 10:53 PM
Haha taktau la w/o makeup cemana rupa sheols tapi iols rasa still cantik

tp kalo org kurus pon kalo buang mekap pon huduh je...setuju dgn ko..dia nmpk cntik ja...wpon berbadan besar
Quote clarizsa 7-9-2018 09:48 PM
Muka cantik
Tapi gemoklaa
Tapi sukahati dia laa
Asalkan dia happy
Hidup pun singkat je nk sebok2 sakitkan hati org tu buat apa

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.106031 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top