CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dikejar Ah Long, Gara-Gara Hutang Bekas Suami RM700, 000

9-8-2018 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2711| Komen: 7

Description: Seorang wanita menanggung masalah dengan ah long gara-gara bekas suaminya meinggalkan hutang sebanyak RM700,000.
Seorang wanita menanggung masalah dengan ah long gara-gara bekas suaminya meinggalkan hutang sebanyak RM700,000.

mStar Online melaporkan, Tan Lee Yin, 38, dari Batu Pahat bercerai dengan suaminya berusia 41 tahun dua tahun lepas kerana hutang judinya.


Namun menurutnya dia masih menjadi buruan ah long, malah ibunya juga turut diganggu.

Tambah Lee Yin, pada 25 Julai lepas, lima lelaki menaiki MPV hitam datang ke rumah ibunya di Parit Sulong, Johor, dan menuntut wang RM700,000.

Foto: mStar Online
Susulan itu bapanya telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk tujuan keselamatan.

"Tapi ah long tersebut datang lagi, meninggalkan telefon nombor mereka dan minta untuk berunding."


Bekas suaminya sekarang tidak dapat dipastikan lokasinya.

Laporan polis telah dibuat namun pihak ah long berkata mereka tidak takut dengan pihak berkuasa.

"Mereka kata sekiranya apa-apa berlaku kepada mereka, kami perlu berhati-hati. Saya sangat takut sehingga langsung tidak mahu keluar rumah.

"Tolonglah lepaskan kami. Cari lah dia (bekas suami). Jangan ganggu keluarga saya lagi."

Difahamkan, ah long masih datang ke rumah ibunya sehingga 2 Ogos lalu.

"Mereka menampal salinan MyKad ibunya di tiang-tiang lampu, menuduhnya sebagai penipu."

Rumah ibunya juga turut disimbah cat berwarna merah dan biru pada 27 Julai dan 2 Ogos lepas. -CARI
19

Bagus
9

Marah
27

Terkejut
23

Sedih
20

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 9-8-2018 02:31 PM
Tan Lee Yin, 83, dari Batu Pahat bercerai dengan suaminya berusia 41 tahun dua tahun lepas kerana hutang judinya.

Macam salah je umur 83. 38 kot
Quote moonbug 9-8-2018 02:32 PM
Sangat kesian kat ibu dia, dah tua kena kejar ah long, hidup pun tak aman. Hutang orang lain pulak tu
Quote nobrightside 9-8-2018 11:00 PM
Polis malaysia ada witness peotwction program tak
Quote wunan88 9-8-2018 11:30 PM
Patut polis tangkap semua along ni kasi hukum gantung jer..baru ada akal
Quote kucing02 10-8-2018 12:23 AM
moonbug replied at 9-8-2018 02:32 PM
Sangat kesian kat ibu dia, dah tua kena kejar ah long, hidup pun tak aman. Hutang orang lain pulak t ...

betul tu.. tp nk buat mcm mana.. geng ah long ni buknnye peduli.. dgn polis pon diaorg x takut.. asalkn dpt duit..
Quote BedahBedul 21-9-2018 05:31 PM
Jantan tak guna! Dah sedap kau berhutang berjudi bagai, mak & ex bini lak tanggung?? Ini jantan patut telor dia kasi anjing, phuiii!
Quote supikan 25-9-2018 09:46 PM
Huhu... sianya isteriii nys

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.049812 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top