CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayaran Tol Secara Peranti RFID Bakal Ganti 'Smart Tag'

9-8-2018 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4411| Komen: 24

Description: Mulai September ini, pembayaran tol melalui peranti Radio Frequency Identification (RFID) akan dilancarkan di beberapa lebuh raya utama sekitar Lembah Klang terlebih dahulu.
Mulai September ini, pembayaran tol melalui peranti Radio Frequency Identification (RFID) akan dilancarkan di beberapa lebuh raya utama sekitar Lembah Klang terlebih dahulu.

Kredit foto: carian internet

Bernama melaporkan, pengumuman itu dibuat oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSBB) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam hasil sesi ujian menyeluruh terhadap RFID dengan kerjasama syarikat-syarikat konsesi lebuh raya di bawah pihak berkuasa lebuh raya sepanjang tahun 2017.

“Ujian perintis tambahan akan turut diadakan 3 September ini bagi membantu TNGSB memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul sebelum RFID digunapakai di seluruh lebuh raya negara sekitar Januari 2019.” 

Antara lebuh raya sekitar Lembah Klang yang dilengkapi RFID termasuk Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dan Lebuh raya Besraya (Besraya), Lebuh raya Cheras-Kajang (Grand Saga), Sistem Lingkaran Lebuh raya Kajang (SILK), Lebuh raya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuh raya Pantai Baharu (NPE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh raya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR), Lebuh raya Guthrie Koridor (GCE) dan Lebuh raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT).


Difahamkan berikutan pelancaran RFID, peranti SmartTAG tidak akan dijual lagi oleh ejen-ejen sah TNGSB bermula 8 Ogos ini tetapi peranti sedia ada, kad Touch ‘n Go dan MyKad masih boleh diguna pakai pengguna lebuh raya untuk pembayaran tol seperti biasa.- CARI


18

Bagus
11

Marah
20

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 9-8-2018 12:09 PM
nkve / skve takdak??
Quote Meiizu 9-8-2018 12:15 PM
TNG lagi laju
smart tag Q panjang

takpelah, sanggup aku kluarkan tangan touch
Quote shernazz 9-8-2018 12:18 PM
Tp.iols.tgk x ramai pon guna rfid tu..
Quote sapeka 9-8-2018 12:22 PM
ade kena guna apa apa device ke untuk rfid tu?

Quote palmolive 9-8-2018 12:34 PM
sapeka replied at 9-8-2018 12:22 PM
ade kena guna apa apa device ke untuk rfid tu?

just bukak tingkap pahtu tangan atas pintu kereta
Quote insulin 9-8-2018 12:39 PM
sapeka replied at 9-8-2018 12:22 PM
ade kena guna apa apa device ke untuk rfid tu?

Beli dan tampal sticker RFID dekat windscreen kut...
Quote prettyuglybabe 9-8-2018 12:48 PM
berapa pulak harga nak install rfid tu?
Quote MeghanK 9-8-2018 12:50 PM
prettyuglybabe replied at 9-8-2018 12:48 PM
berapa pulak harga nak install rfid tu?

baru nak tanya..smart tag tu pon dah beratus
kadang2 q panjang pulak..masuk tng lane laju sikit
Quote edoraixora 9-8-2018 12:52 PM
sapeka replied at 9-8-2018 12:22 PM
ade kena guna apa apa device ke untuk rfid tu?

kena tampal sticker mcam sticker roadtax tu
katenye nk disepadukan dgn roadtax, maksudnye sticker yg sama
kite tengoklah mcamana perlaksanaannye nnti



Quote multinicky 9-8-2018 12:54 PM
sapeka replied at 9-8-2018 12:22 PM
ade kena guna apa apa device ke untuk rfid tu?

.. tetapi peranti sedia ada, kad Touch ‘n Go dan MyKad masih boleh diguna pakai pengguna lebuh raya untuk pembayaran tol seperti biasa."

still blh gune sprt biasa klu ikut ayat dkt atas..
Quote edoraixora 9-8-2018 12:56 PM
shernazz replied at 9-8-2018 12:18 PM
Tp.iols.tgk x ramai pon guna rfid tu..

utk percubaan sebelum ni, hanya kete2 polis, ambulans dan sewaktu dgn nya
so bulan sept ni baru dibuka utk awam


Quote shernazz 9-8-2018 01:03 PM
edoraixora replied at 9-8-2018 12:56 PM
utk percubaan sebelum ni, hanya kete2 polis, ambulans dan sewaktu dgn nya
so bulan sept ni baru d ...

Ooo gitu .
Patut la x ramai...
Quote mjla 9-8-2018 01:11 PM
Takpe asalkan toll free
Kata PLUS
Quote Mleeen82 9-8-2018 01:15 PM
berapa agaknya harga dia ya?
Quote jalfa 9-8-2018 01:16 PM
X payah risau sangat..ishaallah tahun dpan kita semua x payah bayar tol dah...
Quote hanalisa 9-8-2018 01:22 PM
MeghanK replied at 9-8-2018 12:50 PM
baru nak tanya..smart tag tu pon dah beratus
kadang2 q panjang pulak..masuk tng lane laju sikit

korang la pengguna2 SmartTag yang selalu mencelah kat TnG punye lane kann.. nyebok ajer...
Quote Foxey 9-8-2018 01:48 PM
tertanya gak baper harga alat dia nih.
Quote MeghanK 9-8-2018 02:38 PM
hanalisa replied at 9-8-2018 01:22 PM
korang la pengguna2 SmartTag yang selalu mencelah kat TnG punye lane kann.. nyebok ajer...

hello, kalau tng lane kosong baru meols masuk..kalau beratur jugak baik meols beratur kat smart tag je..koser
Quote sapeka 9-8-2018 08:46 PM
insulin replied at 9-8-2018 12:39 PM
Beli dan tampal sticker RFID dekat windscreen kut...

owh...
kat mn nak kena beli tu?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.058362 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top