CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Kerry Washington Rahsiakan Kisah Peribadi

10-9-2013 10:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3406| Komen: 1

Description: Pelakon Filem Scandal, Kerry Washington, 36, Yang Berkahwin Dengan Pemain Nfl, Nnamdi Asomugha Pada Jun Lalu, Tidak Pernah Mendedahkan Hubungan Cinta Mereka Sebelum Ini.
Pelakon filem Scandal, Kerry Washington, 36, yang berkahwin dengan pemain NFL, Nnamdi Asomugha pada Jun lalu, tidak pernah mendedahkan hubungan cinta mereka sebelum ini.

Kerry menyembunyikan percintaan mereka serta perkahwinannya kerana bimbang hubungan itu tidak berkekalan lantaran pernah kemurungan selepas bercerai dengan bekas suaminya.

Dia pernah berkahwin dengan aktor David Moscow pada 2005 dan perkahwinan mereka diterbitkan dalam satu majalah pengantin, namun rumah tangga mereka tidak bertahan lama.



“Saya belajar dari pengalaman kurang manis untuk berkongsi kisah peribadi dengan orang lain. Apabila dipilih menjadi penghias muka depan majalah pengantin, saya tidak mahu bercerita mengenai kisah silam saya, tetapi itu yang ditanya kepada saya.

“Kerana terlalu sering diajukan pertanyaan me ngenai hubungan cinta berbanding kerjaya, saya membuat keputusan untuk tidak menjawab soalan mengenai kisah peribadi,” katanya.


Kerry tidak kisah jika selebriti Hollywood lain bercerita secara terbuka mengenai hubungan cinta mereka tetapi secara peribadi dia tidak mahu kede ngaran seperti bangga diri apabila bercerita mengenai cintanya.

“Saya memakai cincin perkahwinan di mana saja saya berada dan dalam apa jua keadaan. Apabila ada yang mengucapkan tahniah, saya akan membalas dengan ungkapan terima kasih, tapi hanya setakat itu,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RedClip 9-9-2013 11:44 AM
suka aku tengok dia ni dalam scandal tu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.061215 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top