CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Liam Hemsworth Popular Kerana Cinta?

10-9-2013 10:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7617| Komen: 18

Description: Siapa Sangka, Bermula Dengan Penyertaan Teater Di Sekolahnya, Liam Hemsworth Semakin Menyerlah Dalam Bidang Lakonan Dan Menjadi Antara Bintang Popular Di Hollywood.
SIAPA sangka, bermula dengan penyertaan teater di sekolahnya, Liam Hemsworth semakin menyerlah dalam bidang lakonan dan menjadi antara bintang popular di Hollywood.  

Hakikatnya, aktor Australia ini mengikut jejak langkah dua abangnya, Luke Hemsworth dan Chris Hemsworth yang turut mempunyai nama di layar perak.

Bagi Hemsworth, hubungan mereka tetap mesra, walaupun terpaksa bersaing sesama mereka.

“Kami adik-beradik yang sentiasa kompetitif. Persaingan itu adalah satu perkara yang bagus,” kata aktor tampan ini.

Mengimbau penglibatan awalnya dalam bidang seni, Hemsworth menghadiri uji bakat sejak berusia 16 tahun dan memulakan kariernya yang pertama pada 2007 sebagai pelakon jemputan dalam rancangan Home and Away and McLeod’s Daughters.




Peranannya sebagai Josh Taylor dalam Soap Opera Neighbours dan sebagai Marcus dalam siri televisyen kanak-kanak, The Elephant Princess, turut berjaya mengetengahkan bakatnya sebagai bintang remaja ketika itu.

Hemsworth, kemudiannya berjaya membuktikan 'taringnya', apabila menerima tawaran untuk memegang membintangi filem The Expendables (2009) di samping bintang lagenda, Sylvester Stallone.

Bagaimanapun, wataknya dikeluarkan dari skrip dan kemunculannya hanya dapat disaksikan menerusi The Expendables 2 (2010). Penangguhan itu berlaku atas permintaan abangnya sendiri, Chris, yang bertujuan untuk memberi laluan terhadap peranan utama Hemsworth dalam filem Thor (2011).

Bagaimanapun karier seninya mula menyerlah selepas menerima gelaran “ The Next Generation of Hollywood’s Leading Men” oleh majalah Details pada 2010. Gelaran itu sekali gus meletakan Hemsworth sebagai aktor yang laris di Hollywood.  

Tuah cinta lokasi

Populariti yang memuncak ketika itu, membuatkan Hemsworth turut dilamar membintangi filem Amerika, The Last Song, di samping Miley Cyrus. Membawa watak sebagai pasangan kekasih, siapa sangka cinta lokasi turut dibawa hingga ke luar penggambaran.

Pernah bertunang, hubungan pasangan ini bagaimanapun sering dilanda masalah. Atas nasihat teman-teman, Hemsworth  terpaksa menjauhkan diri daripada Cyrus.

"Sikap Cyrus selalu memalukan Liam sedangkan nama aktor itu sedang meningkat naik di Amerika. Sekiranya berterusan ia boleh memberi kesan negatif terhadap karier Liam," kata sumber.  

Namun, jika di pandang dari sudut positif, kisah-kisah cinta mereka turut menyumbang terhadap populariti Hemsworth.

Di saat hubungan yang masih terjalin, Hemsworth turut menerima banyak tawaran lakonan. Selain membintangi filem Arabian Nights, arahan Chuck Russell, aktor ini turut diberi peranan utama sebagai Gale Hawthorne dalam filem The Hunger Games.

Di usia 23 tahun, Hemsworth turut memenangi kategori Fave Kiss menerusi Nickelodeon Australian Kids’ Choice Awards 2010 dan berkongsi kemenangan itu bersama Cyrus.

Malah 2012 adalah tahun yang cemerlang buat anak kepada pasangan Leonie dan Craig Hemsworth ini dan ianya turut diakui oleh Presiden Australians in Film (AiF), Andrew Warne yang menyatakan karier seni Hemsworth kian bersinar.

Babak intim dalam Paranoia

Nekad melupakan kisah cintanya dengan Cyrus, aktor kacak ini semakin rancak mengatur karier seninya. Kembali dengan peranan utama menerusi filem, Paranoia, Hemsworth yakin kemunculannya kali ini bakal menggegarkan Hollywood.

Bergandingan bersama Gary Oldman dan Harrison Ford serta bintang cantik, Amber Heard, filem ini dijangka berada di pawagam pada 12 September ini.

Diarahkan oleh Robert Luketic, dan layar skrin oleh Barry L. Levy serta Jason Dean Hall, filem ini diadaptasi daripada novel dengan judul sama oleh Joseph Finder pada 2004.

Paranoia mengisahkan  kesempitan yang dialami oleh seorang pemuda, Adam Cassidy (Liam Hemsworth) yang diperintahkan oleh ketuanya,  Nicholas Wyatt (Gary Oldman) untuk mengintip Jock Goddard (Harrison Ford) iaitu bekas mentor Nicholas sekali gus pesaing perniagaannya.

Nicholas dan Jock berperanan sebagai ketua di sebuah syarikat perniagaan bersaing sesama sendiri demi meraih keuntungan. Namun, dia terkejut apabila menyedari bahawa dia hanya dipergunakan oleh Nicholas dan juga Jock.

Tak ingin terjebak dengan masalah, Adam mencari jalan untuk menjatuhkan dua ketua tersebut.

Selain sarat dengan pelbagai aksi suspens, filem ini turut menampilkan adegan intim Hemsworth dengan Amber Heard.

Malah, disebabkan adegan itu, pasangan ini juga turut dikaitkan dengan hubungan cinta lokasi. Bagaimanapun, bagi segelintir pengkritik filem, ia hanyalah sebagai pelaris filem itu, sementelah Hemsworth baru saja putus tunang dengan Cyrus.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurelle 8-9-2013 02:57 PM
Iolls kenal dia ni lepas tunang ngn miley je..

tu pun sebab memati ingat miley bertunang dgn Thor...

rupanya adek beradik...hee~
Quote manjalara_01 8-9-2013 06:29 PM
nurelle posted on 8-9-2013 02:57 PM
Iolls kenal dia ni lepas tunang ngn miley je..

tu pun sebab memati ingat miley bertunang dgn Thor ...

suke tgk they allz buat photoshoot..
[youtube]NvzdNxojF4I[/youtube]
Last edited by manjalara_01 on 8-9-2013 06:30 PM

Quote RedClip 9-9-2013 11:46 AM
aku pon sama, kenal dia masa tunang ngan miley gak
Quote jarikuku 9-9-2013 11:58 AM
oh Liam, cepat2 la ko putus ngan pesakit mental tu..
Quote none88 9-9-2013 02:39 PM
aik tak putus lagi ka dgn miley mental tuh..??
Quote yipun_78 9-9-2013 04:12 PM
dah putus kan? takkan dia nk ngan minah mental tu? pernah jumpa abg dia yg Thor tu kat KL, ensem tp x leh amik pic kejam
Quote novelloverzz 9-9-2013 04:21 PM
bagusla dah putus tunang...
Quote teeYaa 9-9-2013 04:45 PM
teringat satu lawak ni iolls baca kat 9gag.. tapi tak jumpa plak. tapi lebih kurang gini la..



credit: http://joyreactor.com/

Quote ihtisyam 9-9-2013 05:55 PM
jatuh cinta ngan mata adik bradik  hemsworth ni
Quote nurelle 9-9-2013 09:28 PM
teeYaa posted on 9-9-2013 04:45 PM
teringat satu lawak ni iolls baca kat 9gag.. tapi tak jumpa plak. tapi lebih kurang gini la..

eh...a'r  lahhhhhh..Gale tu Liam..

baca post uols ni baru perasan............

Quote nurelle 9-9-2013 09:43 PM
manjalara_01 posted on 8-9-2013 06:29 PM
suke tgk they allz buat photoshoot..

wahhh...handsome nya dia....

rugi gila lah mileyy

Quote manjalara_01 9-9-2013 09:50 PM
ape punca they allz...split??...
Quote cikatilia 10-9-2013 08:08 AM
seriously... cepat2 la putus
ni tambah gila miley

Miley Cyrus cries, swings around completely naked in 'Wrecking Ball' music video
The singer, who is best known for twerking as of late, momentarily shows a softer side with tearful eyes as she sings of lost love before returning to her raunchy ways.









mcm xcaya aje aku bontot dia dlm video klip ni... xde gap mcm VMA..


Quote nicuya 10-9-2013 11:03 AM
euwww...mmg memalukan la miley nih...
Quote redliner 10-9-2013 05:57 PM
cikatilia posted on 10-9-2013 08:08 AM
seriously... cepat2 la putus
ni tambah gila miley

sayang..suara sedap..lagu pon sedap..
tp biol.
Quote mrsbob 10-9-2013 07:08 PM
cikatilia posted on 10-9-2013 08:08 AM
seriously... cepat2 la putus
ni tambah gila miley

Somehow miley nampak macam draco malfoy buat rambut macam tu....

Elok lah clash, liam tu nampak so normal... N miley nampak so hazab
Quote kontang 10-9-2013 10:17 PM
Tak pernah tengok lakonan Liam ... kenal sbb bercinta dgn Miley ja ...  mula dulu aku tak la rasa dia lawa pun ... tp Liam ni makan tatap ... makin lama nampak makin ensem ...

diorg still together lor ...  masih tinggal serumah ....
Miley sejak dulu dah liar ...  cuma skrg dah cukup umur ...  tak cover lagi ....
Skrg ni zaman popstar  bogel2 dlm mv eh... brit , rihanna , gaga ... duh..
Quote ogata 11-9-2013 02:38 PM
liam pls open your eyes..i kan ada....dont waste yr time with Miley ok?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.491593 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top