CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Hadiahkan Isteri 55,000 Gaun

10-9-2013 10:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3090| Komen: 7

Description: Los Angeles: Seorang Lelaki Romantik Menghadiahkan Isteri Kesayangannya 55,000 Pasang Gaun Sepanjang 56 Tahun Perkahwinan Mereka.
Los Angeles: Seorang lelaki romantik menghadiahkan isteri kesayangannya 55,000 pasang gaun sepanjang 56 tahun perkahwinan mereka.

Paul Brockmann, 78, mahu Margot, 76, mempunyai gaun berbeza setiap kali mereka menghadiri majlis tari-menari.


Bagaimanapun, ekoran keadaan kesihatan yang kurang baik dan kos penyimpanan yang mahal, pasangan dari Los Angeles itu kini menjual koleksi gaun berkenaan.


Brockmann yang dilahirkan di Jerman dan juga kontraktor umum mula menari pada usia 13 tahun dan sejak itu meminati hobi berkenaan.


Dia bertemu Margot pada satu majlis tari-menari dan berkata, wanita itu mengubah hidupnya selepas mereka jatuh cinta.


Brockmann menulis di laman webnya: “Margot ialah kekasih hati saya sejak dulu hingga kini. Saya mengikutinya ke Amerika Syarikat walaupun disisihkan keluarga sendiri kerana bertindak demikian pada tahun 50-an.

“Saya suka melihatnya menari dan mula mengumpul gaun untuknya. Saya akan membayangkan dia menari dengan gaun itu, membayangkan penampilannya ketika memakainya dan membeli gaun demi gaun untuk dipakai Margot ketika kami menari.” Gaun sebanyak 55,000 itu dibeli selama lima dekad, tetapi gaya tahun 50-an yang paling digemari Brockmann.


“Saya kagum dengan gaun tahun 50-an. Kain dalam dan skirtnya yang kembang membuatkan seseorang wanita itu kelihatan lemah lembut. Dan itulah yang paling saya suka. Apabila saya melihat seorang gadis dengan gaun sedemikian, saya ingin membawanya ke lantai tarian,” katanya.


Bagus

Marah
4

Terkejut

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote itik_kuning 10-9-2013 09:08 AM
gambor nya tak de ke? nak tengok jugak gaun.
Quote sueism 10-9-2013 09:10 AM
Mak ia banyaknya gaun
Quote capiloton 10-9-2013 10:01 AM
thread dah ada siap gambar kat bod PD..

http://mforum.cari.com.my/forum. ... p;extra=&page=1
Last edited by capiloton on 10-9-2013 10:02 AM

Quote mbhcsf 10-9-2013 10:02 AM
well...saved the last dance for me ....hahaha

jual lah kat charity , bagus jugak.
Quote ctredzuan 10-9-2013 10:11 AM
lebih baik beli emas huhu.. 56 tahun dah bape jutasss
Quote nurfariezza 10-9-2013 11:33 AM
klu la jmpe suami di kedai emas pla cmne...
uishh..kayo den...ekekek
Quote munchkin 10-9-2013 11:41 AM
takde gambar ke.   amboiii banyaknya

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.447447 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top