CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Cabaran Besar Lily Collins

6-9-2013 05:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4522| Komen: 8

Description: Walaupun Usianya Baru Sahaja Menginjak 24 Tahun, Namun, Pelakon Cantik, Lily Collins, Berjaya Membina Nama Dalam Persada Seni.
Walaupun usianya baru sahaja menginjak 24 tahun, namun, pelakon cantik, Lily Collins, berjaya membina nama dalam persada seni.

Mula menceburi industri lakonan pada tahun 2009 menerusi filem, The Blind Side, sebagai pelakon pembantu, Collins bijak menggunakan peluang yang ada.

Diberi peranan menggalas watak utama menerusi filem, Mirror Mirror, Abduction, dan Stuck In Love, Collins masih menjadi pilihan pengarah untuk mendukung watak utama filem, The Mortal Instruments: City of Bones.




Walaupun pernah diberi peranan watak utama, namun bagi Collins, watak Clary Fray tetap memberikan cabaran hebat buatnya.

Menurut puteri kepada penyanyi legenda terkenal, Phill Collins ini, kisah cinta terhalang menerusi filem itu turut mengambil sedikit formulasi daripada kisah filem, Twillight dan The Hunger Games.

"Walaupun ia nampak sama, namun jalan ceritanya tetap berbeza. Begitu juga dengan watak saya sebagai Clary Fray. Ia adalah cabaran besar buat saya.

"Walaupun sebelum ini saya pernah menggalas watak utama, namun setiap watak yang dijayakan harus disertakan dengan penghayatan berbeza. Lagipun, watak filem ini jauh berbeza daripada filem lakonan saya sebelum ini.

"Kami yakin, pertaruhan ini berjaya menambat hati peminat dan penonton memandangkan ianya adalah filem yang diadaptasi daripada novel terkenal," katanya yang turut terlibat dalam filem siri kedua, The Mortal Instruments: City of Ashes, pada tahun depan.

Mula ditayangkan pada 21 Ogos lalu, filem arahan Harold Zwart, ini turut menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Jamie Campbell Bower, Lena Headey, Robert Sheehan, Jonathan Rhys Meyers, Kevin Zegers, Kevin Durand, Jared Harris dan CCH Pounder.



City of Bones mengisahkan watak Clary Fray yang baru saja mengetahui bahawa dia bukanlah gadis biasa sejak kehilangan ibunya. Dia juga terpaksa menghadapi dunia baru yang gelap iaitu, Dunia Bayangan.

Di dunia baru itu, Clary bertemu dengan pemburu kegelapan, Jace, yang kemudian berputik rasa cinta.

Mereka kemudiannya bersama dalam pertarungan melawan kuasa jahat dan penyihir di dunia bayangan itu.


Putus cinta

Turut digandingkan bersama bekas kekasihnya, Jamie Campbell Bower, menerusi filem itu, ia bukanlah masalah besar bagi Collins menjayakannya.

Hubungan yang dibina selama lebih setahun itu, nyata tidak dapat diselamatkan dan mereka membuat keputusan untuk berpisah dalam Ogos lalu.

Pun begitu, baik Collins mahupun Campbell, kedua-duanya memberikan kerjasama yang baik untuk mempromosikan filem ini.

"Walaupun kami bukan lagi pasangan kekasih seperti dulu, namun kami masih boleh berkawan dengan baik.

"Penggambaran ini dilakukan ketika kami masih lagi bersama dan ia bukanlah masalah yang besar untuk memberikan kerjasama.

"Saya tidak selesa menjadikan masalah peribadi sebagai punca untuk membawa masalah dalam hal kerja. Masing-masing perlu bersikap profesional dan lakukan yang terbaik," katanya yang turut membintangi filem, The Twilight Saga, Harry Potter and The Deathly Hallows Part 1 & 2, dan Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street.


Graduan kewartawanan

Mengenai kehidupan peribadinya pula, Collins kurang selesa berbicara mengenai kisah keluarganya.

Pada usia lima tahun, ibu bapanya memilih untuk bercerai dan Collins mengikut ibunya ke Los Angeles.

Mempunyai kelulusan di University of Southern California, Collins merupakan graduan dalam bidang kewartawanan.

Sejak tahun 2002 lagi, Collins mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan dan pernah menulis kolum untuk beberapa majalah antarabangsa.

Selain itu, Collins juga terlibat dalam dunia peragaan dan pernah dipilih sebagai Young Hollywood Award, menerusi majalah, Glamour.
Bergelar anak kepada penyanyi rock terkenal, Collins juga terpilih dalam 20 senarai, The Hottest Daughters of Rock Stars, pada tahun 2009.

Mula melangkah dalam industri lakonan pada tahun 2009, Collins diberi peranan sebagai Collins Tuohy, menerusi filem, The Blind Side.

Membuktikan kemampuannya dalam bidang lakonan dan mempunyai pakej lengkap, kehadiran Collins mula membuka mata pihak produksi.

Sehingga kini, Collins membintangi beberapa filem termasuk Priest, Abduction, Stuck In Love, Mirror Mirror, dan The English Teacher.

5

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shanshero 7-9-2013 02:00 AM
Phil collins dah kereput
Quote crystel 8-9-2013 08:46 PM
Cantik wohhh dia ni
Quote Hachi_11 9-9-2013 09:37 AM
mata dia sgt cantek. hopefully dia blh berlakon versatile macam Anne Hathaway.
Quote valetta1811 9-9-2013 03:46 PM
cute & funny bila tengok minah nih menari lagu rentak hindustan dalam mirror..heh..
Quote R.A.M.A_mirror 12-9-2013 01:02 AM
awek twilight..oh god !! yang short hair tue ker??

#i,m #^$King luv her !!
Quote aijinmisaki 13-9-2013 08:16 PM
R.A.M.A_mirror posted on 12-9-2013 01:02 AM
awek twilight..oh god !! yang short hair tue ker??

#i,m #^$King luv her !!

tu ashley greene la..

Quote R.A.M.A_mirror 16-9-2013 10:39 PM
aijinmisaki posted on 13-9-2013 08:16 PM
tu ashley greene la..

haha..ooo...salah baca..igt film awek filem twilight..



Quote KekasihGelap 17-9-2013 01:54 AM
dia bkn awek werewolf twilight dlm citer abduction ke?? comel kot!

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.199332 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top