CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Awak Mengganggu Syarikat Kami" - PU Amin Dapat Amaran Pengurus Safiey Gara-gara..

9-7-2018 11:07 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 10475| Komen: 21|Original author: Oleh: Whitney

Description: Siapa tidak kenal dengan pengasas produk kecantikan dan jutawan pondan, Safiey Illias. Tindakannya memuat naik gambar dan video yang mendedahkan tubuhnya di media sosial telah mendapat kecaman hebat d ...


Siapa tidak kenal dengan pengasas produk kecantikan dan jutawan pondan, Safiey Illias. Tindakannya memuat naik gambar dan video yang mendedahkan tubuhnya di media sosial telah mendapat kecaman hebat daripada netizen kerana ia dilihat sudah melampau. Walau pun sudah ditegur agar bertaubat, dia tetap berdegil malah semakin berani melakukan perkara yang melanggar hukum agama secara terbuka. 

Atas rasa tanggung jawab, PU Amin turut tidak dapat berdiam diri dengan isu yang ditimbulkan Safiey. Sebelum ini dia memuat naik video menyuruh netizen memboikot produk-produk keluaran pondan tersebut buat sementara waktu agar dia insaf dan kembali ke pangkal jalan kerana usaha-usaha yang dilakukan sebelum ini gagal. 

Bagaimanapun, PU Amin terkilan setelah dia menerima mesej daripada pengurus kepada Safiey yang menuduh dia cuba menutup periuk nasi pekerja-pekerja di bawah Safiey.

Ini Perbualan PU Amin dan Pengurus Safiey.



Sebelum itu, ini videonya yang dibuat oleh PU Amin. 


Rata-rata netizen menyokong tindakannya dan berharap dia meneruskan usaha menegur perkara salah dan tidak bermoral yang dilakukan oleh pondan tersebut. Netizen turut memboikot produk-produk keluarannya.



Walaupun PU Amin menerima ugutan dan makian daripada pengurus tersebut, ramai netizen bersetuju agar PU Amin tidak memadamkan video yang telah dimuat naik dan viral walau pun dia diminta berbuat demikian oleh pengurus Safiey.


Netizen juga kesal dengan golongan yang tidak boleh ditegur akan kesalahan yang dilakukan. Walaupun sudah ditegur secara peribadi tetapi tetap tidak berhasil, maka orang sebegitu terpaksa ditegur secara terbuka. Ini adalah satu cabaran dakwah pada masa kini.


Netizen turut mengecam sikap pengurus Safiey itu kerana tetap mempertahankan perbuatan salah yang dilakukan oleh majikannya demi kerana wang. Sedangkan dia juga bertanggung jawab menegur majikannya tentang perkara salah dan yang boleh mendatangkan fitnah.


Apa-apa pun, doakan agar Safiey dan pondan-pondan lain berubah dan kembali kepada fitrah. Semoga pendakwah, agamawan dan pihak terbabit meneruskan usaha dan tidak mudah berputus asa walau pelbagai cabaran yang terpaksa mereka hadapi. - CARI
20

Bagus
16

Marah
19

Terkejut
25

Sedih
29

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 9-7-2018 11:16 AM
boleh tak nak up thread 2012 pasal sapiey nih?

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=689443
Quote shamsadis 9-7-2018 11:34 AM
ko berani ganggu golongan pondan ni zaman kerajaan Pakatan Harapan tak pasal2 ko kena saman ko masuk penjara ada pemerintah Pakatan Harapan kisah, fikirlah
Quote EvieWanKenobi 9-7-2018 01:08 PM
bila la nak diambil tindakan?
Quote Cemay 9-7-2018 01:21 PM
Tak payah lah nak politik kan bab ugama ni...
Quote missbelladania 9-7-2018 01:38 PM
sokong je dgn PU ni

yang dok beli mengkayakan golongan ni yg aku pelik

dh la produk ntah pape

Quote kucingitam 9-7-2018 01:59 PM
teruskan je PU.. itu je caranya nak bg drg sedar diri..apa, nak suruh call no tertera? ingat drg nak dgr ke..kalau kena boikot, baru sedar diri..
Quote BoLapciOus 9-7-2018 02:00 PM
Idup PU Amin..kejadahla..makin geletis plak fonden ni kn...Jgn da kena AIDS baru nk nyesei udahle..
Quote teha86 9-7-2018 02:15 PM
aku sokong PU amin...
Quote manehnya 9-7-2018 02:54 PM
tukang bekap yg di bayar pun bukan main...

Quote nishikido 9-7-2018 03:24 PM
Aikkk..dah sah2 apa dia buat salah pastu bila orang tegur meroyan takkan maafkan.sejak bila menasihati orang satu dosa..mengaibkan iya dosa.tapi safi balqis sendiri yg upload secara public so orang tegurlah public,sekali buat nasihat pada yg lain..say no to pondan.say no to lbgt..
Quote rosasen 9-7-2018 03:36 PM
Go PU Amin! Jangan gentar!
Quote orgsepang 9-7-2018 07:02 PM
Pihak yang berwajib pun tolonglah ambil tindakan
Quote Afifi82 9-7-2018 08:06 PM
Sebab duit mereka bersepah, xde yg berani amik tindakan pd golongan2 hanat pondan ni ye? Siap ada yg membekap kemain panggil sis bagai! Hoi! aku xnak kongsi toilet dgn golongan2 hanat ni la! Apa lg hak perepuan yg korang nak sailang la hanat!!
Jijik!!
Quote MarissaOberlin 10-7-2018 01:09 AM
Hakak sedikit triggered ye tengok he ols buat video sambil drive. Bahaya nok !
Quote armin 10-7-2018 04:37 PM
PU tak reti tegur diam2 ke? Nak jgk tumpang glamor. Aku heran, kes budak 11 tahun kahwin tu PU senyap je ke? Takde perjuangkan hak budak2? Takde perjuangkan suruh buat undang2 lindungi kahwin budak2? Balik2 pasal pondan. Cuba kau pergi nasihat pakcik2 acah alim yg setuju kahwin budak tu sunnah nabi.
Quote Alais 10-7-2018 05:56 PM


suruh boikot memang salah patut kena saman

hal peribadi & hal produk tak boleh campur
Quote gigahertz 14-7-2018 11:23 PM
missbelladania: sokong je dgn PU niyang dok beli mengkayakan golongan ni yg aku pelikdh la produk ntah pape

padahal sah sah si safiey tu pondan. apa la perempuan vangen gi ikkut dia
Quote chazey 14-7-2018 11:59 PM
shamsadis replied at 9-7-2018 11:34 AM
ko berani ganggu golongan pondan ni zaman kerajaan Pakatan Harapan  tak pasal2 ko kena saman ko ...

Macam la gomen BN dulu ada buat hapa2 kat pondan2 ni. Siap muntri pengkid bro Azalina itu jadik muntri bertahun2 penuh aman damai. Ada BN kesah? Phuight.
Quote kitiykat 15-7-2018 04:00 PM
Freedom of speech kot

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.076191 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top