CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemaskini: Setiba Di KLIA, Jamal Yunos Terus Dibawa Ke Mahkamah

5-7-2018 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3730| Komen: 3

Description: Peguam Datuk Seri Jamal Md Yunos, Imran Tamrin dalam satu kenyataan, anak guamannya akan dihantar pulang ke Kuala Lumpur melalui penerbangan MH710 dari Jakarta dan dijangka tiba di Lapangan Terbang An ...

Kemaskini 4 petang :
Setiba Di KLIA, Jamal Yunos Terus Dibawa Ke Mahkamah 


sumber : Malaysiakini

Datuk Seri Jamal Yunos tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA sekitar pukul 3 petang tadi.

Memetik laporan Sin Chew Daily, setibanya pesawat yang dinaikinya itu di KLIA, Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu terus dibawa oleh sekumpulan pegawai dari Jabatan Imigresen ke dalam sebuah kereta yang telah menunggu.

Para pengamal media yang menunggu lama di pintu ketibaan KLIA untuk membuat liputan dikatakan menemui kegagalan berikutan Jamal tidak keluar melalui laluan biasa KLIA.

Polis mengesahkan Jamal dibawa terus ke Mahkamah Majistret Ampang untuk didakwa bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan polis.


Jika didapati bersalah atas kesalahan lari daripada tahanan, beliau boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun, denda tidak lebih RM5,000, atau kedua-duanya sekali.- CARI

Kemaskini 2.30 petang :
Jamal Yunos Tiba Di KLIA Pada Pukul 2.15 Petang- Peguam

sumber : carian internet

Memetik laporan Malaysiakini, wakil peguam Datuk Seri Jamal Md Yunos dalam satu kenyataan memaklumkan, anak guamannya akan dihantar pulang ke Kuala Lumpur melalui penerbangan MH710 dari Jakarta dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA pada pukul 2.15 petang.

"Ketika melawat Jamal Selasa lalu anak guamnya dalam keadaan yang baik walau kelihatan letih."

"Polis Indonesia menjaganya dengan baik...Saya diberitahu mereka membekalkan segala keperluan dan ubat-ubatan kepada Jamal," kata wakil peguam Datuk Seri Jamal

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata Jamal akan terus dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang.- CARI





Kemaskini 11 pagi :
Jamal Yunos Akan Dibawa Balik Ke Malaysia Esok?

Menurut laporan Malay Mail, Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang berjaya ditahan oleh Polis Kebangsaan Indonesia (Polri) Selasa lalu akan dibawa balik ke Malaysia setelah proses ektradisi diselesaikan.

sumber : carian internet

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan dua hingga tiga orang pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Selangor telah bertolak ke Indonesia untuk menguruskan proses ektradisi yang dijangka mungkin mengambil masa dua atau tiga hari. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras semalam. 

"Kami menghargai kerjasama penuh daripada pihak berkuasa Indonesia untuk membawa pulang Jamal bagi menyelesaikan siasatan berkenaan dakwaan yang dihadapinya." - CARI

sumber : carian internet

22

Bagus
20

Marah
16

Terkejut
17

Sedih
15

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fatinandreanna 4-7-2018 01:20 PM
Mari balik bg jamal. Dh raya d sana sambung raya kt cni pulak. Umno Sg besar menanti anda. Begitu juga dgn para hakim.
Quote mizruncing 5-7-2018 04:14 PM
welcome back
Quote misscendol 6-7-2018 09:06 AM
akhirnya setelah sekian lama....

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.048353 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top