CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Ekonomi Kritik GST Mansuh, Apa Pula Kata Peniaga?

23-5-2018 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4035| Komen: 24

Description: Pelbagai pihak termasuk wakil dari Barisan Nasional (BN) mahupun pakar ekonomi mengkritik langkah kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) menetapkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar b ...
Pelbagai pihak termasuk wakil dari Barisan Nasional (BN) mahupun pakar ekonomi mengkritik langkah kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) menetapkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar bermula 1 Jun ini.



Foto: NSTP

Pun begitu, berbeza pula dengan pandangan daripada peniaga di sekitar Perak.

Hasil tinjauan Astro AWANI, rata-rata peniaga di negeri itu memberikan respons positif mengenai pemansuhan GST.

Bagi peniaga muda, Muhammad Akram Shahbuddin berpendapat langkah itu dapat membuka ruang lebih luas kepada golongan muda berpendapatan sederhana untuk menabung.



“Selepas pemansuhan GST, kos hidup semakin rendah. Hal ini dapat dirasai terutama sewaktu kami beli baju dan makanan,” katanya.

Sementara itu, peniaga Zurina Ahmad mendakwa ada rakan-rakannya terpaksa gulung tikar akibat sistem percukaian itu yang menyebabkan barang semakin mahal kesan daripada implementasi GST.




Foto: Astro AWANI

Roslan Zainal Abidin pula berpendapat, pemansuhan GST akan menguntungkan kedua-dua peniaga dan pembeli kerana barang dapat dijual dan dibeli pada harga lebih murah. - CARI
5

Bagus
7

Marah
12

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 23-5-2018 10:15 AM
cuba senaraikan pakar² tersebut....ahaks!!
Quote Orix 23-5-2018 10:22 AM
Peniaga = pakar ekonomi ??? I kenot brain
Quote Simunggu 23-5-2018 10:50 AM
biarlah kalau PH nak mansuh....jangan pula nak U turn...aku sula karang
Quote Dunhill. 23-5-2018 11:01 AM
dulu beli laptop RM 1000 gst RM60 jd RM 1060 lps ni beli laptop RM 1000 bayo RM 1000, itupun tak boleh fikir ke...
Quote AbukRokok 23-5-2018 11:03 AM
Selepas pemansuhan GST, kos hidup semakin rendah. Hal ini dapat dirasai terutama sewaktu kami beli baju dan makanan,


bukan 1 jun ka gst 0% rate?
Quote achilles_heel 23-5-2018 11:07 AM
xkan mansuh punya...tengok la nanti. sebab tulah PH tetapkan GST 0%. sedangkan boleh je mansuh terus. hasil GST tahun lepas kepada negara hampir 30 billion. kalau sekadar  harapkan SST yang peniaga2 pandai cari peluang lompong2 sana-sini, mmg tak menguntungkan kerajaan
Quote besarkecik 23-5-2018 11:09 AM
Kenapa nasik lemak tetap tak letak ikan bilis?!!!!!!
Quote tipuware 23-5-2018 01:30 PM
achilles_heel: xkan mansuh punya...tengok la nanti. sebab tulah PH tetapkan GST 0%. sedangkan boleh je mansuh terus. hasil GST tahun lepas kepada negara hampir 30 bi ...



Pls betulkan aku kalau salah.pasal aku first time jadi pro pembangkang ni. Utk hapuskan gst kena bentangkan kat parlimen kan? Jadi sebelum dibentangkan the best gomen boleh bt skrng adalah letak at 0% pasal tu within kuasadiorang lagi kan?

Again.. Aku ni pro pembangkang.tak smp sebulan lagi jadi pembangkang.pls be kind bahah
Quote tobby 23-5-2018 01:36 PM
Dunhill. replied at 23-5-2018 11:01 AM
dulu beli laptop RM 1000 gst RM60 jd RM 1060 lps ni beli laptop RM 1000 bayo RM 1000, itupun tak bol ...

Kedai eco 2 ringgit dah jadi kedai 2.12sen sekarang. Siap tukar banner lagi permanent 2.12sen. Klu dah nama peniaga
Quote tobby 23-5-2018 01:37 PM
Peniaga2 yg komen berapi tu cuba tanya mrk bila boleh turunkan rega barang lepas gst zero?
Quote Simunggu 23-5-2018 01:41 PM
kebanyakan peniaga suka GST mansuh supaya mereka boleh buat tafsiran salah utk bayar cukai...nak lari dari membayar cukai...kalau gst susah mau lari..
Quote lazim 23-5-2018 01:44 PM
setakat ni weols dh amalkan .. xde masalah pon lagi. semua brg kita dh buang gst. jadi murah untuk pembeli yg mmg xberdaftar gst yg selama ni xblh claim. so ok apa.

supplier pon dh start xcaj gst bg inv 1 jun.. so kitrg nk byr pon lebih rendah, xpyh nk ready duit utk byr gst tu.
Quote DollahRepek 23-5-2018 02:15 PM
lazim replied at 23-5-2018 01:44 PM
setakat ni weols dh amalkan .. xde masalah pon lagi. semua brg kita dh buang gst. jadi murah untuk p ...

Anrata komen dari peniaga yg aku nk dgr
Quote palmolive 23-5-2018 02:23 PM
mmg peniaga kecil ni gembira pasal tak perlu lagi tanggung kos GST yg cuma peniaga besar boleh claim dgn kastam..
tu pun dpt duit claim dpt lambat
Quote tobby 23-5-2018 02:32 PM
So bila harga nak turun 6% kali 5 peringkat spt yg diuar2kan iteww
Quote tekken 23-5-2018 04:06 PM
IMHO ..harga skrg kekal je kot..
exclude 6%..maybe la..
Quote dockers 23-5-2018 04:08 PM
Kita tgk nanti 1 June harga barang turun ke tidak.. kalau naik pakat maki peniaga jgnlah plak maki Kerajaan
Quote farahzatul05 23-5-2018 04:43 PM
dockers replied at 23-5-2018 04:08 PM
Kita tgk nanti 1 June harga barang turun ke tidak.. kalau naik pakat maki peniaga jgnlah plak maki K ...

untuk peniaga2 yg degil ni...anti-profiteering act ada. enforcement nye saje xde.

so, government bole take action kat situ la.




Quote dockers 23-5-2018 04:58 PM
Rasanya akta tu utk GST je kalau tak silap.. kalau SST mcmana nak monitor kenaikan harga barang.. akta yang berlainan dan boleh dicabar dimahkamah

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.114319 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top