CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Inilah Isaac Voo, Artis K-Pop Yang Sebenarnya Rakyat Malaysia!

27-4-2018 02:53 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 13521| Komen: 21|Original author: Oleh: Amiey

Description: Sebut sahaja K-Pop pasti ramai yang teruja kan.Apa tidaknya, pengaruh muzik dan artis K-Pop bukan sahaja kuat di negara Korea Selatan, malah mereka juga berpengaruh di seluruh pelosok dunia.
Sebut sahaja K-Pop pasti ramai yang teruja kan. Apa tidaknya, pengaruh muzik dan artis K-Pop bukan sahaja kuat di negara Korea Selatan, malah mereka juga berpengaruh di seluruh pelosok dunia. 


Bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa artis atau penyanyi K-pop tidak semuanya berasal dari negara ini kerana mereka turut mengambil bakat daripada negara-negara luar. 


Isaac Voo, misalnya merupakan anak Malaysia yang pertama menjadi penyanyi K-pop. Pemuda kelahiran negeri di bawah bayu, Sabah ini merupakan salah seorang ahli kumpulan IN2IT yang sedang meningkat popularitinya. 

Menerusi laman Lobak Merah, kami kongsikan serba sedikit maklumat mengenai pemuda kebanggan Malaysia ini:


Isaac atau nama penuh nya Isaac Voo Kai Meng lahir pada 12 Disember 1994 di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak bongsu dalam keluarga. Mendapat pendidikan awal di SJK Chung Hwa di daerah Likas dan SM Lok Yuk, pemuda kacak ini juga turut meminati sukan bola tampar. 

Foto: Lobak Merah

Isaac juga mempunyai minat dan bakat dalam tarian dan telah mula berjinak-jinak dalam bidang seni sejak berumur 17 tahun.Dia turut menyimpan impian untuk menjadi artis Kpop dan telah berpindah ke Korea Selatan bagi mengejar cita-citanya itu. 

Impiannya tercapai apabila dia menyertai pertandingan uji bakat dalam rancangan Boys24, bersaing dengan 5,500 peserta lain yang turut menyimpan impian yang sama sepertinya. 

Dengan bakat yang ada, Isaac telah lulus pusingan pertama bersama 26 calon yang lain. Mereka kemudiannya menjalani latihan selama setahun sebelum Isaac dan 7 calon yang lain terpilih dan 'debut' dengan kumpulan yang diberi nama IN2IT pada Oktober tahun lalu. 

Foto:  Carian Google
Kumpulan IN2IT telah pun mengadakan Asia Showcase Tour di Malaysia awal tahun ini dan mendapat sambutan hangat daripada peminat tanah air. 

Foto: Lobak Merah
Malah mereka turut mendapat pujian apabila menyanyikan lagu Bahasa Melayu yang bertajuk Gemilang dengan baik. Gemilang merupakan lagu yang mencabar vokal nyanyian asal oleh Jaclyn Victor. Mungkin dengan adanya Isaac akan dapat memartabatkan lagi bahasa kebangsaan kita di seluruh dunia melalui lagu mereka.  -CARI
46

Bagus
15

Marah
32

Terkejut
24

Sedih
14

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (155 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 27-4-2018 03:13 PM
jap..jap..ayat kebanggaan malaysia tu kompius sket..
sbb die dpt masuk band korea je ke yg bangga nau tu..
Quote Artemesiaa 27-4-2018 03:25 PM
Benda biasa ada je yang dari Thailand, Philippines, China, Japan yang joint group kpop n. Dah penampilan mereka pun macam artis asal Korea jadi ramai yang tak tahu mengenainya.
Quote AbukRokok 27-4-2018 03:58 PM
wahhh ada harapan la nak jadi artis kpop
Quote hasniey 27-4-2018 06:47 PM
In2it mcm brand makeup
Quote indenial 27-4-2018 11:02 PM
Nama brand mekap kat watson tu sangat!{:smile
Quote RatuDunia94 28-4-2018 01:25 AM
Ni kalo terlanggar bahu kat sabah pon iols whoareyuskan aje.. Sbb ingat cina jual phone mana la..
Quote gekkou 28-4-2018 04:40 AM
in2it idoklah famous benor2 kat korea tu
rookie group
semoga sukses. jgn ada yang leave group or disband after few years
Quote sapeka 28-4-2018 03:24 PM
xde ke video dia nyanyi lagi gemilang tu?
Quote salmon-suki 28-4-2018 07:49 PM
Who are yussss??
Quote gigahertz 29-4-2018 02:27 AM
hasniey: In2it mcm brand makeup

macam.mana nak sebut in2it tu? in dua it?{:run
Quote gigahertz 29-4-2018 02:28 AM
Artemesiaa: Benda biasa ada je yang dari Thailand, Philippines, China, Japan yang joint group kpop n. Dah penampilan mereka pun macam artis asal Korea jadi ramai  ...

ada artis taiwan Fish Leong kalau x salah dia org negeri sembilan{:childlike
Quote admimemo 30-4-2018 01:17 AM
Ada chance laaa jd retisss
Quote drivethru 30-4-2018 08:40 AM
Tak lama lagi dapat datuk la tu. Bangsat sangat.........
Quote jolijo 30-4-2018 09:36 AM
Tak kenal pun dah mcm pompuan {:cryrun
Quote chicozinn 30-4-2018 09:36 AM
kpoop..next!!
Quote LipasComel 30-4-2018 09:41 AM
Ape cite ajieb rosdi a.k.a hyunmin-a ? Dia pun kpop jugakkan? Melayu lagi tu
Quote rukia2 30-4-2018 04:13 PM
drivethru replied at 30-4-2018 08:40 AM
Tak lama lagi dapat datuk la tu. Bangsat sangat.........

Hahahaha.. Terfikir bnde sama
Quote dani-rox 1-5-2018 05:03 AM
sekali scroll gambar petak2 dan ramai2 tuh, terus kompius yg mana satu heshe
Quote evlinne 1-5-2018 10:57 PM
Macam muka riz ulala before dia jadi pondan

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-7-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.260404 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top