CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Apa Kejadahnya Menari 'Sotong' Ketika Kenduri Kahwin?

21-3-2018 02:58 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 4443| Komen: 19|Original author: Oleh: Khair

Description: Mengikut adat, kebiasaannya seni silat akan dipersembahkan ketika majlis perkahwinan masyarakat Melayu ataupun seni tari yang penuh dengan gerak tarian tradisional mempesonakan seperti zapin.


Mengikut adat, kebiasaannya seni silat akan dipersembahkan ketika majlis perkahwinan masyarakat Melayu ataupun seni tari yang penuh dengan gerak tarian tradisional mempesonakan seperti zapin. 

Namun, peradaran zaman berlaku dengan cepat dan baru-baru ini telah tular beberapa video menunjukkan sekumpulan budak raver mempersembahkan tarian raver mereka yang juga dikenali ramai sebagai 'tarian sotong'.



Nak tergelak pun ada, nak tepuk dahi pun ada. Ini kerana biasanya majlis perkahwinan Melayu penuh dengan adat istiadat, tetapi kini iatelah dicemari dengan budaya yang entah datang dari mana. 



Menerusi video tersebut, tarian raver itu dipersembahkan di hadapan pengantin yang sedang bersanding. Persembahan itu nampaknya meriah juga apabila disertai geng-geng raver yang lain. 



Netizen yang melihat video itu menyifatkan persembahan sebegitu tidak sesuai sama sekali ketika majlis perkahwinan, bahkan ia nampak janggal dengan budaya masyarakat setempat.


Foto: FB

Pada generasi muda, tidak salah jika hendak mengikut trend semasa, namun biarlah berpada-pada dan tetap menjaga adat budaya. - CARI

10

Bagus
10

Marah
30

Terkejut
18

Sedih
22

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikZora 21-3-2018 03:11 PM
Kan skrng ni zaman2 viral...
Lagi pelik perangai/apa hang buat lgi fofuler lahh..
Suma nk kejar bnda yg org lain tak pernah buat...

Papepon taktaulah niat depa sbnrnya, klau just for fun takleh nk ckp apa dah, manusia berubah mengikut peredaran zaman...
Biaq pi lahh asal kita tak buat pepelik..
Quote miznora 21-3-2018 03:21 PM
mcmni pon ade ke. tak marah pulak mak ayah perantin..
Quote CardiGans85 21-3-2018 03:24 PM
Kenduri org lain lantak korg lah..tp kenduri aku, mmg kau lari x cukup tanah la
Quote myakayina 21-3-2018 03:30 PM
kat mana ni? tengah sanding kot menari mcm cacing kepanasan mcm tu..takde org2 tua ke masa tu? boleh lak dorg redha je tengok tarian tu..
Quote Artemesiaa 21-3-2018 03:46 PM
Omputih pun kalau kawin nak menari apa segala pun tunggu dah selesai semua acara time dok lepak dengan kengkawan nanti ni buat tengah sanding nampak kurang manisnya
Quote prettyuglybabe 21-3-2018 03:53 PM
sapa suruh kawin budak raver
Quote LostStar 21-3-2018 04:04 PM
ni budak tingkatan 3 ke kahwin ni?
Quote shernazz 21-3-2018 04:06 PM
Iols teringat medusa
Kena.sumpahan.medusa ke.depa.neh
Quote kikuri 21-3-2018 04:11 PM
adik pengantin budak raver kot...
Quote gummiebear 21-3-2018 04:45 PM
Bbnus mana yang kawen ni.. hadoii macam2 la
Quote PongKang 21-3-2018 04:56 PM
xde ke makcik2 pakcik2 siram air kat dorg tu suma mohon bangun dari kesampukan..
Quote MsKoreanfanatic 21-3-2018 05:06 PM
goyang2 goyang2
Quote giyomi 21-3-2018 05:49 PM
dah jaman sekarang ramai melayu ikut trend lamar omputih, takder lar bawang2 mengelupor, malah kata so sweet...sekadar budak rempit pprt rasanya tak teruk sgt kot...mgkn sekadar nak seronok, kena lak pgantin mugkin bekas penari sotong kurita
Quote LautBiru52 22-3-2018 07:43 AM
Kalau aku keluarga pengantin dah lama aku rembat budak2 ni dgn dulang lauk.
Quote haryatie 22-3-2018 08:05 AM
majlis da elok2..tercemar pulak
da kenapa pengantin n ahli kerluarga biar jerk..
kalau aku jd pengantin @ tuan rumah x de nya nak bagi yg pelik2 tu
Quote DollahRepek 22-3-2018 10:08 AM
Biar la kenduri kawen dia. Xder beza pun kalo dia buat tarian raver dgn tarian bollywood yg tgh trend skang nie. Cuma raver nie bg aku dh mcm sotong tergedik2 pulak
Quote sapeka 22-3-2018 10:41 AM
dunia dah berubah uols
sekarang tarian sotong yang mendunia
Quote fliphair8 22-3-2018 12:02 PM
Kalau mak aku ni mahu kena amukan ablasa.....
Quote mjla 22-3-2018 06:49 PM
Ok la tu aik layan silat je.
Tumbuk nue idak.
Hiap3 je lebey

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.191254 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top