CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Terjun' Dengan Anak, Akta Kanak-kanak 2001 Boleh Digunakan - Rohani

22-3-2018 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7271| Komen: 70

Description: "Perbuatan bapa dengan aktiviti ekstrem bersama anak kecil membelakangkan hak perlindungan dan keselamatan seorang kanak-kanak."
"Perbuatan bapa dengan aktiviti ekstrem bersama anak kecil membelakangkan 
hak perlindungan dan keselamatan seorang kanak-kanak."


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim meluahkan kekesalannya berhubung tindakan lelaki melakukan aktiviti ekstrem 'rope swing' atau hayun tali bersama anaknya seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Sabtu lalu,  Fazil Mohamad Dali, 42, dan juara Fear Factor Malaysia 2014, Mohd Redha Rozlan atau Mat Redho memuat naik video melakukan terjunan 'rope swing' bersama anak masing-masing pada ketinggian 60 meter dari jambatan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.


Foto: FB Harian Metro





Menurutnya, individu terbabit boleh disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana ia mendedahkan kanak-kanak terbabit kepada bahaya kecederaan emosi atau fizikal.

"Saya berasa terperanjat dan kesal menyaksikan rakaman video seorang bapa yang sanggup mempertaruhkan nyawa anak sendiri dalam melakukan aktiviti ekstrem 'rope swing' ke dalam jeram," katanya.

Dalam masa sama, Rohani menegaskan tindakan sedemikian tidak sepatutnya dijadikan kebanggaan kerana perbuatan itu boleh mendatangkan bahaya.


Foto: IG Mat Redho

"Justeru, saya menyeru orang awam melaporkan kes sedemikian kepada pihak berkuasa seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 29A Kanak-Kanak 2001.

"Orang awam juga boleh membuat laporan polis supaya siasatan mengenai kes sedemikian dapat dilakukan mengikut peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001," katanya. - CARI
17

Bagus
5

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siputsedut 22-3-2018 10:30 AM
Tak bergegar ke otak anak dia terjun tinggi2 camtu? Apa ke nama..shaken baby syndrome?
Quote sapeka 22-3-2018 10:51 AM
biar la uols semua
kalau jadi pon anak dia
takde kaitan dengan kita
walaupon memang apa yang dibuat di perlu dikecam
Quote mizruncing 22-3-2018 10:59 AM
mls nk ckp lebih2. ckp psl bnda cm ni pn org kondem. dah terang2 slh n melampau. bila kite kecam ada yg ckp kte ni tak tau ape baik diam. dorg tu da pkai safety la blablablaaaa. mslhnya rakyat malaysia ni bila buat bnda mcm ni dorg bangga pas tu viral pas tu rmai la tiru. bnda mcm ni tak sepatutnya terjadi. tp ntah laa malaysia kan. ape de hal. mati pn bkn sshkan org
Quote idakamaruddin 22-3-2018 11:17 AM
siputsedut replied at 22-3-2018 10:30 AM
Tak bergegar ke otak anak dia terjun tinggi2 camtu? Apa ke nama..shaken baby syndrome?

ironinye masa kecik mak bapak budak ni tak bg anak tdo dlm buai sbb risau otak anak bergegar tapi skg ni??

hahahahaha

mgkn otak mak bapak dorang terlebih gegaran sbb tu tak dpt pikir mana baik buruk

iols suka kalau mak bapak gila perhatian mcmni kene tangkap n saman or penjara...

p/s: teringat kak ping amik video juna meniti mesin basuh smbil dekat pisau lupa dah...
Quote skymania 22-3-2018 11:24 AM
mmg la anak die.. tp takot kerana kedangkalan mak bapak nya.. anak ni tanggung kerugian.. buatnya la cacat ke hapa.. mak bapak leh menyesal.. tp anak tu? cacat smpi mati.. so makcik2 bawang prihatin .. ksk nasehat..
Quote sufi^_^ 22-3-2018 11:27 AM
Yang terlupa anak dalam kereta tu tak payah guna akta kanak2 ke?
Quote noor2 22-3-2018 11:36 AM
Bapa yang bijak....hehe
Quote mikasa 22-3-2018 11:43 AM
sufi^_^ replied at 22-3-2018 11:27 AM
Yang terlupa anak dalam kereta tu tak payah guna akta kanak2 ke?

kena tunggu netizen buat laporan polis dulu baru nak siasat kot
Quote Modngengade 22-3-2018 11:49 AM
ummah pprt mmg suka berbangga dgn perkara sebegini sister....
Quote JohnDeSouza 22-3-2018 11:50 AM
X eloklah bw anak tu wat aktiviti ekstrem
Quote munchkin 22-3-2018 11:51 AM
Padan muka.

Without laporan tak boleh ambil tindakan walau dah ada bukti. What kind of b shit is that?
Quote anony-mous 22-3-2018 11:54 AM
sufi^_^ replied at 22-3-2018 11:27 AM
Yang terlupa anak dalam kereta tu tak payah guna akta kanak2 ke?

Itu tak sengaja. Sudah2 la slhkn mak budak tu psal kes terlupa ank dlm kereta. Mak bdk tu sah2 terkilan.

Kes mat redho ni kes bapak yg bengap. Pegi tgk ig dia dah mcm nk bunuh ank
Quote zorrro_03 22-3-2018 12:18 PM
padan lah muka kau tu redo bodo.  demi sesudu like kannnnn.  harap penjarakan barang seminggu dua.  
Quote xy_daen 22-3-2018 12:29 PM
Menteri dah terkejut tu tak boleh buat laporan ke? Nak tunggu netizen acik bawang gak buat laporan?
Quote haryatie 22-3-2018 12:34 PM
makbapak yg giler like@viral..
tu la pasal..
Quote tintabiru73 22-3-2018 12:36 PM
Ini isu kicikpun mau bising. Masalah air kat selangor lebih kritikal la
Quote shida81 22-3-2018 12:43 PM
ehhh mak pak bodo ke ape nie.......
Quote Imel88 22-3-2018 01:04 PM
kerja giler !
Quote aurora273 22-3-2018 01:32 PM
wah, kalau mak pak tertinggal anak dlm keter pandai plak nak bash.. ko bawak anak kau buat keje gile, org bash, ko kata hak kau..?? yg tertinggal anak tu sb dia LUPA.. yg ko ni senngaja

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.106724 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top