CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Hilangkan Hanyir Keli - Ini Rupanya Cara Menyiang Yang Betul

12-2-2018 12:20 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5369| Komen: 15|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Siapa yang menggemari ikan air tawar, pasti teringat-ingat keenakan ikan keli. Lagi-lagi kalau keli liar yang ditangkap di sawah padi atau sungai, rasanya segar sangat. Tapi agak susahlah nak jumpa se ...

Siapa yang menggemari ikan air tawar, pasti teringat-ingat keenakan ikan keli. Lagi-lagi kalau keli liar yang ditangkap di sawah padi atau sungai, rasanya segar sangat. Tapi agak susahlah nak jumpa sendiri, sebab tu ramai yang membeli ikan keli yang dibela di tasik.

Tapi, ada satu lagi masalahnya iaitu jika tak pandai menyiang, bau hanyirnya membuatkan selera untuk menikmatinya terus terbantut. Maklumlah, cara menyiangnya memang berbeza dengan ikan tawar yang lain.

Netizen, Aris Farhan berkongsi cara-cara untuk menyiang ikan keli dengan betul.

1. Ikan keli yang diambil dari peti ais. Rendam dulu dalam air. Kalau yang masih hidup, cara mematikannya, sila lihat Youtube, ada ustaz dari seberang mengajarkan kaedah terbaik mematikan tanpa menyeksa ikan ini.


2. Gunting muncung ikan ini untuk buang sesungut dan mulutnya.


3. Belah perut ikan secara menegak dari garisan bawah mulut ikan keli ini sampai ke titik tengah (pusat). Kalau kalian nak mula dari titik tengah ke mulut pun boleh. Ikut keselesaan.

4. Kemudian, buang segala organ dalaman ikan ini sebersih mungkin. Ingat, sediakan bekas nak kumpul organ ni.



5. Untuk buang objek hanyir, tekan belakang ini gunakan jari telunjuk. Sebab nak mudah keluarkan benda tu.

6. Maka terkeluar objek darah beku hanyir tersebut. Ada dua ya, sebelah kiri dan kanan. Maka buanglah ia.

7. Bendanya selalu berwarna hitam pekat atau keemasan. Ikut jenis ikan tersebut. Bau memang hanyir.

8. Dah dapat sila buang jauh-jauh.

Foto: Fb Aris Farhan


9. Akhirnya, baru bersih lagi suci ikan kita. Sudah boleh masak berlada ke, bakar salai ke, atau goreng kunyit sahaja. Selamat mencuba! - CARI 


10

Bagus
10

Marah
21

Terkejut
15

Sedih
20

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aleesyasofia 12-2-2018 12:25 PM
sgala drah2 beku tue mmg kena buang ler.. motip xkn slame nie xbuang..
Quote msdummy.2018 12-2-2018 12:32 PM
aleesyasofia replied at 12-2-2018 12:25 PM
sgala drah2 beku tue mmg kena buang ler.. motip xkn slame nie xbuang..

ihihih...btol!!!...tp kedai mmg xbuang punya....tp kalo sndr makan xbuang, xtaulah nk ckp apa.....
Quote grouper 12-2-2018 12:34 PM
Kat kedai makan mmg x buang pun tapi sedap je depa goreng
Quote prettyuglybabe 12-2-2018 12:39 PM
dah lama tau..
biasa my mom kelar je sikit kat belakang tu pastu keluarkan seketul seketul..
tak kuasa nak picit picit heh...
pastu lumur kapur sireh untuk hilangkan lendir..
lumur lagi limau or asam jawa + garam nak hilangkan bau..
kalau orang dulu, masa lumur kapur siap gesek kat batu sungai lagi..
Quote umbut 12-2-2018 01:38 PM
Ikan ni aku sanggup mkn kedai dari masak sendiri.. gelii
Quote chinta89 12-2-2018 02:05 PM
kalau siang ikan, x kira ikan ape pun, mmg kita buang segala mala dlm perut tu. so?

ak ingat ape la cara2nya td. adeih... takkan la x tahu wei?

kat kedai tu kdg2 diorg bukan x tahu tp MALAS.
Quote Cari-Azza 12-2-2018 02:05 PM
prettyuglybabe replied at 12-2-2018 12:39 PM
dah lama tau..
biasa my mom kelar je sikit kat belakang tu pastu keluarkan seketul seketul..
tak  ...

Wah! TQ for d tips

Quote chinta89 12-2-2018 02:06 PM
satu lg, utk buang lendir2 kat ikan keli, lumur dengan tepung gandum. kompem x de lendir langsung. bau pun hilang.
Quote prettyuglybabe 12-2-2018 02:12 PM
chinta89 replied at 12-2-2018 02:05 PM
kalau siang ikan, x kira ikan ape pun, mmg kita buang segala mala dlm perut tu. so?

ak in ...

isi perut tu dah tentu..
tapi ikan keli dia macam ada ketul kat bahagian belakang bukan dalam perut..
ketul tu kalau orang tak tau dorang tak buang..

Quote prettyuglybabe 12-2-2018 02:15 PM

sama-sama.. kalau nak mudah macam ada forumer atas tu cakap.
pakai tepung gandum..
takde la leceh macam my mom punya step..
i hanya makan keli kalau mak masak..
kat kedai jarang sangat..
takut dorang cuci tak bersih..

Quote krustykrab 12-2-2018 04:58 PM
ada setengah org yg tak tau mmg diorg tak buang sbb 2 ketul darah tu dia duk kat dlm, tak nmpk...

aku punya cara nak hilangkan lendir, dah siap siang ikan tu rendam dlm air limau, pastubasuh bersih bersih masuk freezer semlman...esoknya sblm nak masak defrost la dulukan, pastu basuh, nnt senang je lendir2 tu semua kuar...

aku dah try guna asam jawa, tepung tp tak hilang lendir, tah kenapa....
Quote capiloton 12-2-2018 07:01 PM
1. Ikan keli yang diambil dari peti ais. Rendam dulu dalam air. Kalau yang masih hidup, cara mematikannya, sila lihat Youtube, ada ustaz dari seberang mengajarkan kaedah terbaik mematikan tanpa menyeksa ikan ini.


letak ais batu. kat pasar borong selalu guna cara ni.
Quote nolya 13-2-2018 09:48 AM
Saya semakin lama semakin menjauhi ikan keli.  Sebabnya, teringat banyak sangat cite2  ikan belaan di kolam yg diberi makan segala  sisa2 yg meragukan,   buat tekak tak lalu nak makan.
Quote madamjaja 14-2-2018 03:05 PM
nak hilang bau hanyir senang je..kikis lendir kat badan ikan & basuh guna tepung gandum..segala isi perut darah ikan tu semestinya lah buang ye
Quote drivethru 14-2-2018 07:29 PM
Rase nye benda tu bukan buat ikan bau hanyir. Yg buat bau hanyir tu lendir dia.Tapi kalau pecah masa nak masak atau tergigit mase makan, rasa pahit sangat.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.180132 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top