CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Hidangkan Sejuk-Sejuk, Kastard Dan Tiramisu Bergabung Meletup!

13-2-2018 05:13 PM| Diterbitkan: Cari-Hafizi| Dilihat: 9015| Komen: 20|Original author: Oleh: Apish Apijjie

Description: Kebiasaannya kita selalu menggunakan kastard untuk buat puding seperti puding jagung dan rasanya yang berlemak dan manis sudah cukup membuat penggemarnya makan berkali-kali.
Kebiasaannya kita selalu menggunakan kastard untuk buat puding seperti puding jagung dan rasanya yang berlemak dan manis sudah cukup membuat penggemarnya makan berkali-kali.


Manakala tiramisu pula merupakan pencuci mulut menggunakan bahan asas seperti telur, keju mascarpone, kek span lady fingers, krim putar, kopi ekspresso.

Foto - Vit Daily
Tetapi kreativiti salah seorang pengguna Facebook bernama Solehah Yusoff ini berjaya menggabungkan kastard dan tiramisu untuk dijadikan sebagai pencuci mulut yang mudah disediakan dengan beberapa bahan sahaja.


Foto - Vit Daily
Bahan-bahannya:

1) Satu tin susu pekat
2) Satu tin susu cair
3) Biskut Marie perisa kopi
4) Milo
5) 11 sudu makan tepung kastard
6) Tiga sudu makan gula
7) Secubit garam
8) Air (sukatan sebanyak 5 tin susu yang digunakan)

Cara penyediaannya: 

1) Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastard, air, gula dan garam ke dalam periuk lalu kacau sebati.

2) Kemudian letakkan di atas dapur lalu dikacau sehingga pekat dan kilat di atas api sederhana.

3) Masukan adunan tadi secara perlahan di dalam bekas untuk dijadikan lapisan pertama.

4) Taburkan milo dan juga biskut marie yang dipecahkan kasar.

5) Lapiskan milo dan biskut marie dengan adunan kastard.
6) Taburkan milo di atas lapisan kedua kastard tadi dan masukan ke dalam peti sejuk.


Mudah sangat! Pastikan ia benar-benar sejuk untuk nikmat yang tidak terhingga. Jadi apa lagi silalah cuba dan rasa sendiri keenakannya. -CARI
25

Bagus
27

Marah
27

Terkejut
11

Sedih
26

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (136 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beeeee 13-2-2018 05:33 PM
So dia mcm puding ke kek? hehe nanti nak try
Quote multinicky 13-2-2018 06:42 PM
takut meols tgk kandungan gula dlm resepi ni dok viral pasal milo ade gule pon still hadap jgk milo plus lg dgn susu pekat
Quote CiliPadiSedap 13-2-2018 07:18 PM
dik ambil sekampit gula telan hidup2 lg baik daripada buat begini. education nutrition perlu. orang dulu belajar masak xde buat manisan2 sebegini , paling manis kuih kuaci . orang sekarang dah manis lg modify nak manis. sekali sekala makan boleh jgn selalu nanti badan gemuk sakit kencing manis

tengok sis vokuru kencing manis potong kopek
Quote rogayahtop 14-2-2018 09:40 AM
tiramisu guna milo lol.  kreatif tp bukan tiramisu ni kak.
Quote biskutsusu 14-2-2018 10:31 AM
i pun takut tengok kandungan gula. confirm potong kaki niii
Quote awanearisu 14-2-2018 11:35 AM
Tak perlulah letak nama tiramisu kalau juara bahannya, keju maskarpone dicatu ganti dengan kastard terus. Bakal ada yang menyumpah kalau resipi ini dibuat untuk jualan. Dan jangan pula gunakan nama tiramisu sebab nak jual mahal selepas itu walaupun tiada secolet pun keju itu. Panggil sahajalah kastard berperisa kopi atau kastard neslo
Quote krustykrab 14-2-2018 12:15 PM
org malaysia ni mmg gila susu manis kan, aku tgk resepi kat ig, kat fb,,, masyaallah semua letak susu ni...
Quote missDollie 14-2-2018 12:59 PM
beeeee replied at 13-2-2018 09:33 AM
So dia mcm puding ke kek? hehe nanti nak try

Ha'ahh..lebih kepada puding ni..sah2 bukan tiramisu..false alarm..lol..
Quote kimchipedas 14-2-2018 02:31 PM
Cmni bole dipanggil tiramisu kah??
Quote biozipstar 26-2-2018 04:26 PM
perghhh apa ke banyak nau susu nya...
Quote samasam90 1-3-2018 05:49 PM
tiramisu pebenda kalau mascarpone pun takde.. ne macam custard kopi with milo tabur jah.. ingatkan tiramisu layered with custard.. hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Quote redz85 4-3-2018 01:28 PM
krustykrab replied at 14-2-2018 12:15 PM
org malaysia ni mmg gila susu manis kan, aku tgk resepi kat ig, kat fb,,, masyaallah semua letak sus ...

home made ice cream pun pakai susu manis.. susu cair.. yang tak leh angkat pakai ovalete.. tadddaaa terus bangga dah pandai buat ice cream.. pada hal tak selera langsung aku tengok
Quote shernazz 4-3-2018 06:48 PM
redz85 replied at 4-3-2018 01:28 PM
home made ice cream pun pakai susu manis.. susu cair.. yang tak leh angkat pakai ovalete.. tadddaa ...

Aiskrim guna.ovelette?apa rasanya agak agak.kan?
Quote redz85 4-3-2018 07:02 PM
ntah lah.. dari mana si pencipta resipi dapat ilham.. yang hairan ramai pula boleh ikut..

bahan setakat susu cair.. susu pekat.. ovalette.. vanilla..

kalau nak tambah milo.. oreo.. coklat chip tu ikut suka hati..

aku belek tudung container ice cream .. tengok bahan.. kusmangat banyak nya.. orang melayu cipta setakat 4 bahan aje
Quote kucing02 28-11-2018 01:07 PM
mcm manis sgt
Quote mizziaz 28-11-2018 05:56 PM
Mak aiii...dah susu pekat, tambah gula lagi. Org diabetes mmg tak leh bagi mkn ni.
Quote mesmerize 28-11-2018 11:01 PM
Edited by mesmerize at 28-11-2018 11:02 PM

ai buat tiramisu guna biskut tiramisu tu.. celup2 dengan air kopi.. lapiskan dengan mascarpone cheese + cream cheese + whipping cream + gula yang dipukul sampai gebu.. ayak serbuk nescafe atau serbuk kopi kat lapisan atas sekali.. ai tak guna telur..
Quote Redvelvet3 29-11-2018 10:03 AM
Aduhai....boleh potong kaki ni...
Quote Chimicuri 20-3-2021 11:51 PM
Sedapnya... tq share resepi

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.202492 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top