CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rindu Makan Putu Mayam? Guna Resipi Tiga Bahan Ini, Dijamin Lebih Sedap

8-2-2018 10:32 AM| Diterbitkan: Cari-Hafizi| Dilihat: 6455| Komen: 10|Original author: Oleh: Apish Apijjie

Description: Setiap kali berkunjung ke pasar pagi atau malam pasti ada yang akan mencari putu mayam bukan? Atau juga ada yang sanggup menunggu uncle bermotosikal bunyikan hon jual putu mayam dari rumah ke rumah.

FOTO - Vit Daily
Setiap kali berkunjung ke pasar pagi atau malam pasti ada yang akan mencari putu mayam bukan? Atau juga ada yang sanggup menunggu penjual bermotosikal bunyikan hon jual putu mayam dari rumah ke rumah.

Apa pun caranya putu mayam mempunyai peminat tersendiri kerana keenakannya dimakan bersama gula perang dan juga kelapa parut. Tetapi tahukah anda bahawa tidak sukar untuk menyediakan makanan ini sekiranya anda tahu bahan dan caranya.

Jadi kami ingin kongsikan resepi dan cara menyediakan putu mayam seperti yang dikongsi oleh Vit Daily. Mudah dan juga hanya tiga bahan sahaja diperlukan.

Bahan-bahan

FOTO - Vit Daily
1) Satu paket bihun kecil/halus
2) Gula perang
3) Kelapa parut

Cara-Cara
1) Rendamkan bihun selama 10 minit
2) Toskan sebentar bihun menggunakan tapis
3) Didihkan air di dalam periuk untuk mengukus bihun tadi
4) Kukuskan bihun selama 15 minit atau sehingga lembut
5) Hidangkan bihun di atas pinggan bersama gula perang serta kelapa parut

FOTO - Vit Daily
Mudah bukan? Jadi jika anda ke pasar malam mencari putu mayam tetapi tidak jumpa bolehlah cuba membuatnya. Mungkin juga kalau nak buat minum petang bersama keluarga bolehlah sediakan dalam kuantiti lebih sedikit untuk dinikmati. Selamat mencuba. -CARI
12

Bagus
17

Marah
9

Terkejut
13

Sedih
21

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 8-2-2018 11:30 AM
bagus ni........ weekend bo try.............
Quote CardiGans85 8-2-2018 12:17 PM
Dl ms kecil2 selalu buat mcm ni..plg mudah. Cuma sy suka campur gula dgn kelapa tu, sng mkn. Kdg campur jagung rebus..
Quote raihaneem 8-2-2018 12:37 PM
Nk try la. Penah tgk nabil n ceo faiza tu msk..tunjuk demo.. sedapnya
Quote WhiskeyScotch 8-2-2018 04:25 PM
To be honest, sepanjang I hidup I tak pernah rasa putu mayam.
Quote amyza 8-2-2018 06:32 PM
Laaa,putu mayam tu memang dari bihun ke? Ingatkan ala2 buat rotijala tp guna acuan halus. Slalu beli rm3-5bj,baik buat sendiri je.
Quote whitePoison 8-2-2018 06:41 PM
sedapp...suka yang warna hijau..
Quote abangadek 8-2-2018 06:44 PM
yang beli lagi sedap sbb putu tu lagi halus
Quote candybatik 8-2-2018 07:45 PM
amyza replied at 8-2-2018 06:32 PM
Laaa,putu mayam tu memang dari bihun ke? Ingatkan ala2 buat rotijala tp guna acuan halus. Slalu beli ...

Faiza ada 2 jns bihun.Bihun yg jns ni korang xleh rendam lama2 dlm air. Mmg 10m je. Lama2 hancur lebur trus. Nak buat bihun grg pun ssh. Kn pilih jns 1 lg
Quote amyza 8-2-2018 08:03 PM
candybatik replied at 8-2-2018 07:45 PM
Faiza ada 2 jns bihun.Bihun yg jns ni korang xleh rendam lama2 dlm air. Mmg 10m je. Lama2 hancur l ...

Ok.tq yek.nanti try buat.
Quote adel7 9-2-2018 02:55 AM
Sedapnya putu mayammmm lama dah tak makan. Kat pasar malam area rumah tak sedap

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.423853 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top