CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kondom Dalam Cerek? Eww, Apa Lagi Mungkin Berlaku Jika Bermalam Di Hotel?

9-2-2018 10:54 AM| Diterbitkan: Cari-Has| Dilihat: 3213| Komen: 3|Original author: Oleh: Has

Description: Mahu atau tidak anda pasti akan menginap di bilik hotel, tidak kisahlah atas sebab apa sekali pun. Mungkin kerana bekerja di luar kawasan, kenduri, pergi bercuti dan lain-lain lagi.
Mahu atau tidak anda pasti akan menginap di bilik hotel, tidak kisahlah atas sebab apa sekali pun. Mungkin kerana bekerja di luar kawasan, kenduri, pergi bercuti dan lain-lain lagi. Rasa seronok saja dapat bermalam di hotel yang kelihatan kemas dan dilengkapi segala keperluan?


Bagaimanapun, portal BeritaKopak.org mendedahkan 'sisi gelap' hotel.


1) Gelas

Foto: Sobranna.postimees.ee

Buat pengetahuan anda, gelas yang digunakan di hotel selalunya tidak dibersihkan seperti yang anda sangka. Bayangkan, gelas yang kelihatan bersih dan berkilat itu sebenarnya dibasuh menggunakan tuala kotor selain digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Bukan itu sahaja, ada sesetngah pihak hotel menggunakan penyembur pencuci tingkap supaya gelas kelihatan bersinar. 



2) Cerek elektrik

Foto: Booking.com

Ada tukang cuci mengakui mereka kerap menemui kondom di dalam cerek di bilik hotel. Bukan itu sahaja, kaedah mencuci cerek tersebut juga agak menjijikkan. Mereka hanya akan membuang sisa kondom tersebut, kemudian sembur dengan pencuci dan bilas dengan air panas. Bagaimana? Masih ingin mengunakan cerek tersebut untuk memanaskan air? Pasti tidak!



3) Pintu hotel yang mudah dibuka

Foto: Exploresouthwestalberta.ca

Pintu di bilik hotel tidaklah selamat seperti disangka. Walaupun ia canggih, tetapi ia masih boleh dibuka orang lain. Tak mustahil orang luar pun boleh menceroboh bilik anda!

Foto: Haikudeck.com

Untuk memastikan keselamatan anda lebih terjamin, bawalah sendal pintu ketika anda menginap di bilik hotel kelak.


4) Jangan sesekali minum air paip

Foto: Northjersey.com

Air yang digunakan pihak hotel tidaklah sebersih mana. Kes anak kecil mengalami cirit-birit selepas balik dari hotel adalah perkara biasa. Sebaiknya, minumlah air mineral apabila anda dahaga.


5) Elakkan bersandar di tingkap bilik

Foto: Surripui.net

Awas! Tingkap di bilik hotel anda selalunya tidak disenggara dengan teliti. Ada sahaja kes tetamu terjatuh akibat bersandar di tingkap hotel setiap bulan di seluruh dunia. Jangan sangka semua hotel mewah mempunyai tahap keselamatan yang ketat ya! Berwaspadalah sebelum terkena.


Pun begitu, segala permasalahan ni bukanlah berlaku di semua hotel. Cuma, bagi yang mementingkan keselamatan dan kebersihan yang tinggi, info ini mungkin berguna untuk anda. - CARI
12

Bagus
24

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
11

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 9-2-2018 12:30 PM
Memang tak suka minum free coffee and tea yang pihak hotel berikan.  Lebih prefer tapau coffee dari cafe berdekatan sebelum balik ke hotel.
Quote rogayahtop 13-2-2018 05:11 AM
akak minum je.  bukannya sperma tu kalau masuk dlm badan boleh jadi baby pun lol.
Quote Jorja 21-2-2018 04:23 PM
Room service aja lah. Leceh nak masak masak air semua tu. I ada tengok 1 documentry pasal drug mules yg bawa dadah dlm perut. Kalau derang nak keluarkn dadah tu derang akan berak dlm bath tub. So jangan lah suka berendam dlm tub ya gross you

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.122123 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top