CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1856|Reply: 3

Kondom Dalam Cerek? Eww, Apa Lagi Mungkin Berlaku Jika Bermalam Di Hotel?

[Copy link]
Post time 9-2-2018 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Mahu atau tidak anda pasti akan menginap di bilik hotel, tidak kisahlah atas sebab apa sekali pun. Mungkin kerana bekerja di luar kawasan, kenduri, pergi bercuti dan lain-lain lagi. Rasa seronok saja dapat bermalam di hotel yang kelihatan kemas dan dilengkapi segala keperluan?


Bagaimanapun, portal BeritaKopak.org mendedahkan 'sisi gelap' hotel.




1) Gelas


Foto: Sobranna.postimees.ee




Buat pengetahuan anda, gelas yang digunakan di hotel selalunya tidak dibersihkan seperti yang anda sangka. Bayangkan, gelas yang kelihatan bersih dan berkilat itu sebenarnya dibasuh menggunakan tuala kotor selain digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Bukan itu sahaja, ada sesetngah pihak hotel menggunakan penyembur pencuci tingkap supaya gelas kelihatan bersinar.



2) Cerek elektrik


Foto: Booking.com




Ada tukang cuci mengakui mereka kerap menemui kondom di dalam cerek di bilik hotel. Bukan itu sahaja, kaedah mencuci cerek tersebut juga agak menjijikkan. Mereka hanya akan membuang sisa kondom tersebut, kemudian sembur dengan pencuci dan bilas dengan air panas. Bagaimana? Masih ingin mengunakan cerek tersebut untuk memanaskan air? Pasti tidak!






3) Pintu hotel yang mudah dibuka


Foto: Exploresouthwestalberta.ca




Pintu di bilik hotel tidaklah selamat seperti disangka. Walaupun ia canggih, tetapi ia masih boleh dibuka orang lain. Tak mustahil orang luar pun boleh menceroboh bilik anda!


Foto: Haikudeck.com




Untuk memastikan keselamatan anda lebih terjamin, bawalah sendal pintu ketika anda menginap di bilik hotel kelak.



4) Jangan sesekali minum air paip


Foto: Northjersey.com




Air yang digunakan pihak hotel tidaklah sebersih mana. Kes anak kecil mengalami cirit-birit selepas balik dari hotel adalah perkara biasa. Sebaiknya, minumlah air mineral apabila anda dahaga.



5) Elakkan bersandar di tingkap bilik



Foto: Surripui.net




Awas! Tingkap di bilik hotel anda selalunya tidak disenggara dengan teliti. Ada sahaja kes tetamu terjatuh akibat bersandar di tingkap hotel setiap bulan di seluruh dunia. Jangan sangka semua hotel mewah mempunyai tahap keselamatan yang ketat ya! Berwaspadalah sebelum terkena.




Pun begitu, segala permasalahan ni bukanlah berlaku di semua hotel. Cuma, bagi yang mementingkan keselamatan dan kebersihan yang tinggi, info ini mungkin berguna untuk anda. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2018 12:30 PM | Show all posts
Memang tak suka minum free coffee and tea yang pihak hotel berikan.  Lebih prefer tapau coffee dari cafe berdekatan sebelum balik ke hotel.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
akak minum je.  bukannya sperma tu kalau masuk dlm badan boleh jadi baby pun lol.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Room service aja lah. Leceh nak masak masak air semua tu. I ada tengok 1 documentry pasal drug mules yg bawa dadah dlm perut. Kalau derang nak keluarkn dadah tu derang akan berak dlm bath tub. So jangan lah suka berendam dlm tub ya gross you
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.067531 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list