CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Daya Tarikan Baru Di Dubai, Buat Hati Meronta Nak Pergi

2-2-2018 10:45 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 4554| Komen: 6|Original author: Oleh: Zailina

Description: Dubai semakin giat mengembangkan destinasi pelancongannya. Antaranya, pembinaan tempat menarik untuk menggoda lebih ramai pelancong menikmati keindahan Timur Tengah. Kota yang terkenal dengan bangunan ...
Dubai semakin giat mengembangkan destinasi pelancongannya. Antaranya, pembinaan tempat menarik untuk menggoda lebih ramai pelancong menikmati keindahan Timur Tengah. Kota yang terkenal dengan bangunan pencakar langit itu, kini memperkenalkan dua lagi daya tarikan. 


Memetik Dream.co.id, salah satunya untuk pelancong yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar. Xline Dubai Marina merupakan permainan zipline sepanjang satu kilometer (km). Ia menghubungkan menara Amwaj di Jumeirah Beach Residence hingga ke Dubai Marina Mall. Kalau takut tinggi, tak payah naik!


Menaiki 'zipline' ala-ala terbang di angkasa Dubai

"Dubai masa kini tidak sama dengan Dubai 40 tahun lalu. Dubai yang dulu hanyalah padang pasir, sekarang ia telah jauh berkembang pesat.

"Kami ingin mengubah stigma pelancong yang melihat Dubai sebagai a-must-see-city menjadi a-must-experienced-city dengan menawarkan pelbagai daya tarikan baru pada 2018 ini," ujar Hoor Mohammad Noor Al Khaja, Pengurus Kanan Asia Pacific, International Operations Dubai Corporation of Tourism and Commerce Marketing (DCTCM). 


Dubai Frame sedang dalam pembinaan ketika ini.

Beberapa daya tarikan baru yang ditawarkan pemerintah Dubai di antaranya, Dubai Frame. Ia terdiri daripada dua menara setinggi 150 meter, yang dihubungkan oleh jambatan kaca sepanjang 93 meter di bahagian atas. 

Apabila naik di atas jambatan, para pengunjung dapat melihat pemandangan Dubai dari dua sisi. Landskap berupa kota tua untuk menggambarkan Dubai pada waktu dahulu dan Dubai masa kini.


Dubai Frame 'tarikan terbaru' yang pasti tidak mengecewakan
Foto: kanaltigapuluh

"Pelancong tidak perlu risau untuk berkunjung ke Dubai kerana kita menduduki tangga kedua sebagai negara teraman di dunia. Untuk masalah pakaian, tidak perlu harus tertutup, jika di pantai boleh mengenakan bikini, disesuaikan tempatnya saja," tambah Hoor.


Suasana indah mempesona pada malam hari
Foto: prestigedubai

Dubai ada duit hasil minyak, boleh menyediakan semua yang pelancong impikan. Cuma pelancong saha yang kena sediakan wang. Manalah tahu, mungkin ada rezeki dapat ke sana nanti, kan? - CARI

12

Bagus
10

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 2-2-2018 10:27 PM
Yg zipline tu yg hajbir naik aritu kan..
Quote zasrfikri 4-2-2018 02:55 PM
cuaca dubai ni macam panas tapi berangin ke cmner
Quote cmf_ultraviolet 4-2-2018 03:38 PM
zasrfikri replied at 4-2-2018 09:55 AM
cuaca dubai ni macam panas tapi berangin ke cmner

sekarang tengah nyamannanti dah masuk bulan 4 ke atas memang membahang
Quote abangadek 4-2-2018 04:16 PM
tapi ramai staf baru kt company iols keja ni pernah keja dubai sebelum dtg sini hmmm...
Quote bloodyamuk 27-3-2018 01:49 AM
artificial beauty...tak best sangat ala vegas disneyland je...
Quote kabintang 2-8-2018 09:35 AM
Assalam.. tumpang tanya pada sesiapa yang telah pergi ke Dubai baru-baru ini.  Saya nak tahu bagaimana keadaan immigresen di Dubai airport, sebab pada September ni saya akan ke Istanbul dgn menaiki Emirates.  Stopover selama 13 jam.  Saya akan tiba di Dubai jam 10.20 pm.  Akan meneruskan penerbangan ke Istanbul keesokan hari nya jam 11.20 pagi.  Saya bercadang nak check in mana2 hotel di Dubai.  

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.436057 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top