CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Shiha Mentor Menangis Album Tak Laku

29-8-2013 05:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26675| Komen: 152

Description: Naib Johan Program Realiti Mentor Musim Kelima, Nur Shiha Mohd Zikir Atau Lebih Dikenali Sebagai Shiha Mengakui Kecewa Apabila Penjualan Album Pertamanya Yang Dipasarkan Sejak


Naib johan program realiti Mentor musim kelima, Nur Shiha Mohd Zikir atau lebih dikenali sebagai Shiha mengakui kecewa apabila penjualan album pertamanya yang dipasarkan sejak Ogos tahun lalu tidak mendapat sambutan memberangsangkan.

“Secara jujur memang Shiha kecewa sangat kerana menyanyi adalah 100% periuk nasi Shiha. Ada hari Shiha kuat, namun ada hari Shiha lemah dan menangis kerana terlalu kecewa. Orang tidak tahu perjalanan karier Shiha sukar, tapi Shiha redha dan anggap belum ada rezeki Shiha lagi,” ujar Shiha ketika ditemui di Rumah Terbuka Bersamamu di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

“Shiha sendiri tak tahu di mana silapnya sebab Shiha dah beri yang terbaik untuk album ini. Shiha dah buat banyak promosi serta hantar lagu Shiha ke beberapa stesen radio. Apapun, Shiha tak salahkan mana-mana pihak sebagai punca album ini tak laku sebab artis yang dah lama bertapak pun, bila buat album, ada juga yang tak laku.

Mentor Shiha, Datuk Sharifah Aini pun ada bagi nasihat dan berkongsi pengalaman yang dia pun merangkak dari bawah sebelum berada di tahap sekarang. InsyaAllah, Shiha akan berusaha lebih keras lagi serta akan merangka promosi dengan betul. Shiha juga harap mereka di luar sana buka mata dan beri peluang kepada Shiha untuk berjaya dalam bidang ini," luah Shiha.

Dalam perkembangan lain, bekas pengacara 'Jalan-Jalan Cari Makan' ini turut memberitahu dalam proses perbincangan dengan pihak rakaman serta pengurusannya, Monkey Bone dan The 8 Unit untuk menghasilkan single terbaru tidak lama lagi.

3

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
9

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik_pink 29-8-2013 04:48 PM
ko bajet ko SITI ke nak album laku
dah tau skang ni kalau jual album x laku buat jugak album dah kenapa
Quote kukukatablog 29-8-2013 04:48 PM
alahai shiha aku tengok kau pon aku sedeyyyy...

Najwa Letop yang x de album pon meletop2....
Quote kintan 29-8-2013 04:53 PM
shiha nie sapo..?? tak kenal pun
Quote zila_hakimie 29-8-2013 04:54 PM
sendu................
Quote miawpink 29-8-2013 04:54 PM
tak pernah dengar pun lagu dia ni
Quote kukukatablog 29-8-2013 04:55 PM
Shiha ni dulu masuk AF konsert prelude sama ngan mawi then dia tak dapat top 12,
pastu masuk mentor jadi protege Kak Pah
Quote whadda 29-8-2013 05:00 PM
dulu dah dapat petanda tak laku bile tak dapat top 12 AF tp pastu gigih jugak nak join mentor... skarang terima lah bile album tak laku... lagipon tak yah la sebok nak wat album... orang banyak download dari internet je la... sore pon kasar je dengar cam jantan...
Quote mixed 29-8-2013 05:01 PM
dah ku kata ko tu sendu

sb tu kena tolak dr konsert prelude AF

xyah berangan popular sgtt
jd host JJCM pn ko bw penyakit sendu & dicerca sealam maya
Quote solstice 29-8-2013 05:03 PM
Dia ni ada album ke??
Quote solstice 29-8-2013 05:05 PM
Teringat komen klise retis bila album x laku
"Saya yakin album saya gagal kerana sykt rakaman tidak menjalankan kerja promosi sebaiknya, kerana lagu2 dalam album saya adalah komersil & berpotensi meletup di corong radio"

Dia ni ok larr x salahkan org lain
Kdg2 promosi bagai nak rak pon, x semestinya lagu meletup
Quote solstice 29-8-2013 05:07 PM
Agaknya berap puluh keping albumnya yg dijual ekk
Mesti yg beli sanak sedara & kawan2 jahs

Tapi kalau dia ni cerdik & positif... jgn gaduh wat album
Baik wat single cam najwa latif
Pas tu promot gila2
Jaman la ni retis bukan wat duit ngan jualan album
Tapi jualan single dalam internet.. dan mostly persembahan pentas
Quote solstice 29-8-2013 05:08 PM
Persembahan pentas penting
Sambil promot, dapat bayaran
Quote _ejat_ 29-8-2013 05:08 PM
-_- next , bosan . hehehe . tak laku tu dah la hoi . hehe . buat je lagu banyak banyak . tayah nak beralbum sangat . semua ni dunia IT . download aja .
Quote lylea 29-8-2013 05:08 PM
haiii artis sendu pun nk lagak bt album.,.. ko nyanyi pun mcm sengal.. klau putar kt redio rasanya semua org tutup redio.. mcm si pida apo keno eh jang,... bila dengar lg tu pun.. aku tutup radio..menyampah igt dia bt VC menggedik2 mcm org menari kt club...
Quote kakilicious 29-8-2013 05:09 PM
shiha ni pengacara jjcm yang xbest tu kan.. yang ganding ngan sape tah nama mamat tu b4 direplace balik ngn qi....
Quote ctcham 29-8-2013 05:21 PM
sapo shiha ni???
Quote BebeQ 29-8-2013 05:22 PM
rasanya retis2 baru ni jgn la sampai ber-album bagai. keluar je la single dulu. letak 4-5 lagu je, kasi org kenal suara tu.

ni tamak, nak keluar album terus. sedap ke semua lagu tu?
Quote sinbet 29-8-2013 05:23 PM
Masuk AF lak psni. Fofular la semusim
Quote Mizlyn 29-8-2013 05:25 PM
tumpang sedih... sbb i salah sorang yg tak beli album u

Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.082700 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top