CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Konsisten Dapat Tawaran Berlakon

27-8-2013 05:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4134| Komen: 15

Description: Tujuh Tahun Bergelumang Dalam Seni Lakon Tanah Air Mengajar Julia Ziegler Banyak Perkara. Suka Duka Dan Jatuh Bangun Yang Silih Berganti Sepanjang Tempoh Itu Menjadi Guru Terbaik Buat Pemilik Nama Seb ...



Tujuh tahun bergelumang dalam seni lakon tanah air mengajar Julia Ziegler banyak perkara. Suka duka dan jatuh bangun yang silih berganti sepanjang tempoh itu menjadi guru terbaik buat pemilik nama sebenar Julia Bob Fauzi Ziegler, 29.

Ketika berkunjung ke Balai Berita baru-baru ini, pada fasa ini dia bukan saja menjadi pelakon lebih matang, malah pengalaman tidak ternilai dikutip daripada lapangan ini membuatkan dirinya lebih kebal.

“Saya berasa sangat bertuah kerana masih mendapat tempat dalam bidang ini. Bayangkan, sejak awal kemunculan saya sehingga kini, terlalu banyak ilmu dan pengalaman dimiliki berbekalkan status selebriti.

“Industri ini adalah guru terbaik saya kerana ia mengajar dan mengubah diri saya menjadi lebih matang dan peka dalam tindak-tanduk serta sikap,” katanya.


Melanjutkan perbualan, Julia sedar risiko bergelar selebriti ada pasang surut. Jelasnya, jika beberapa tahun lalu namanya menjadi sebutan tetapi kini agak suram namun dia menerima segala perubahan itu dengan hati terbuka.


Malah, akui anak ketiga dalam keluarga ini, tidak sedikit pun dia berasa terpinggir atau dilupakan khalayak hanya kerana publisiti seakan menjauhinya kebelakangan ini.

“Saya akui kebelakangan ini publisiti berkaitan diri saya tidak serancak sebelum ini tetapi ia adalah perkara biasa bagi kehidupan seorang selebriti. Saya sudah puas dengan publisiti dan sekarang saya tidak perlu runsing untuk mencari perhatian media.

“Berilah peluang kepada pelakon baru pula. Saya sudah lalui fasa itu sebelum ini,” katanya penuh optimis.

Namun, Julia menegaskan dia tidak pernah menyangkal kepentingan publisiti kepada golongan artis. Baginya, nilai publisiti begitu tinggi dan penting menandakan seseorang artis itu masih aktif.

“Walaupun rata-rata orang sudah kenal, saya akui masih memerlukan publisiti untuk memberitahu peminat yang saya masih aktif berlakon, bukan publisiti untuk mengejar glamor.

“Sebenarnya, bukan saya mengelak atau menolak liputan media tetapi jadual lakonan terlalu padat sejak awal tahun ini. Biarlah saya selesaikan kerja dulu, apabila sudah selesai sudah tentu saya mahu berkongsi perkembangan terbaru dengan masyarakat.

“Mujur juga, sepanjang tempoh saya menyepi daripada publisiti kerana kerja, ada platform media sosial menjadi tempat berkomunikasi dengan peminat. Sekurang-kurangnya mereka tahu Julia Ziegler masih aktif,” katanya.

Diminta bercerita mengenai tawaran lakonan, pelakon yang mencipta nama menerusi filem Jangan Tegur ini berkata, dia bersyukur kerana terus dihujani tawaran lakonan secara konsisten, sekalipun namanya kurang diperkatakan.

“Tawaran lakonan selalu ada, malah saya sibuk dengan penggambaran drama bersiri dan telefilem sejak awal tahun. Sebab itu saya kurang mendapat liputan kerana sibuk di lokasi.

“Saya baru balik dari Sabah beberapa hari sebelum sambutan hari raya kerana terbabit dalam penggambaran telefilem Cinta Hujung Borneo selama dua minggu.

“Sekarang, saya rehat buat sementara waktu sebelum memulakan semula komitmen lakonan beberapa projek drama pada September ini,” katanya yang kini lebih selesa berlakon untuk televisyen berbanding filem,” katanya.

Menghuraikan persoalan itu, Julia berkata, pengalaman hitam dan kekecewaan ketika terbabit dalam beberapa filem sebelum ini membuatkan dia lebih berhati-hati untuk ke layar perak semula.

“Bukanlah dalam setiap kali saya berlakon filem ada pengalaman hitam, cuma ada satu dua yang membuatkan saya terkilan dan ralat. Tawaran filem memang ada cuma saya lebih memilih.

“Saya akan ambil jika skrip dan ceritanya bagus. Jika kurang memuaskan lebih baik saya berlakon untuk TV saja,” katanya.


Belum nampak jalan

Selama bergelar aktres, jarang sekali nama Julia dikaitkan dengan gosip cinta. Kalau ada pun, cerita yang timbul hanya suam-suam kuku dan tidak meninggalkan impak besar.

Mengakui perkara itu Julia berkata, aspek cinta dalam kehidupannya adalah sesuatu yang membosankan untuk dikongsikan.

“Saya berkawan dengan beberapa lelaki tetapi belum ada yang betul-betul serius dan serasi. Selepas hubungan sebelum ini berakhir tiga tahun lalu, saya macam tak nampak jalan untuk membina hubungan baru.

“Selalunya berpunca daripada kerjaya masing-masing yang sentiasa sibuk,” katanya.

Sebagai anak perempuan, Julia berkata, sudah tentu dia tidak boleh lari daripada pertanyaan keluarga berkenaan jodoh.

“Ada kala perkara itu memberi tekanan kepada saya. Siapa yang tak mahu berkahwin tetapi jika belum bertemu dengan lelaki yang sesuai, macam mana?” katanya.

Mengenai perkembangan terbaru, Julia berkata, dia bakal menyertai beberapa projek amal membersihkan alam sekitar. Selain itu, filem terbarunya berjudul Psiko: Pencuri Hati arahan Namron akan keluar di pawagam September ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote little_sis 26-8-2013 12:13 PM
cun le plak julia ziegler dlm gambo kat atas ni..
Quote evanna 26-8-2013 12:16 PM
better dia makeup simple macam ni. selalu mekap tebal tak cun
Quote mrsbob 26-8-2013 12:52 PM
Nampak lain plak dia....
Quote Austris 26-8-2013 01:16 PM
ku ingat pelakon mana tadi. tak cam muka dia. comey plok
Quote kakilicious 26-8-2013 01:17 PM
little_sis posted on 26-8-2013 12:13 PM
cun le plak julia ziegler dlm gambo kat atas ni..

potosop... hahahahakhakhak
Quote tomet05 26-8-2013 01:22 PM
sape pakwe dia nih ?
Quote awoks 26-8-2013 02:34 PM
kemain tayang cleavage nan hadoo


ni gamba lama nih..skarang badan dia da lari takde cuttting

Quote biozipstar 26-8-2013 02:40 PM
oooo ingat sapo la.. hahhaa.. letak name la kt tajuk..
Quote fatehana 26-8-2013 02:47 PM
ooo dia kira muda lg
x smp 30 tp nampak muka dan wajah dia matang sikit
Quote hakuu 26-8-2013 02:51 PM
amboi..gambar mengundang dosa je
Quote jaa139 26-8-2013 02:56 PM
lagi elok rambut panjang dari rambut pendek..lagi nampak ayu..
Quote AprilNing 26-8-2013 02:56 PM
Ingatkan Anzalna tadi
Quote rosmahisham 26-8-2013 02:59 PM
Dia ni mmg chantek..
Quote alepmama 26-8-2013 03:19 PM
lepas thread mana ke ada kat forum ni cakap dia lepas eksiden macam mental sikit
terus aku mcm x suka sangat dia
Quote InVendeTTa 26-8-2013 03:27 PM
cleavage minah ni kena bedak gak ke tu?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.335767 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top