CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baiki Pusara P.Ramlee, Saloma Rm25,000 Haram - Mufti Selangor

27-8-2013 09:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23221| Komen: 139

Description: Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Dan Isterinya Puan Seri Saloma Yang Bakal Dibaik-Pulih Dengan Kos Mencecah Rm25,000 Adalah Haram Hukumnya Di Sisi Agama Islam.
Beginilah keadaan pusara P.Ramlee yang roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu. Gambar: Utusan Malaysia



PETALING JAYA: Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.


Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf. “Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.


"Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan  di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Pada 21 Ogos lalu sebuah akhbar melaporkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan melakukan pengubahsuaian terhadap pusara P.Ramlee dan Saloma selepas ia roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu.


Ketua Pengarah agensi itu, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dalam laporan berkenaan berkata, kerja-kerja pengubahsuaian tersebut mengambil sedikit masa memandangkan bahan binaan pusara berkenaan diimport dari luar negara yang turut mencecah RM25,000.
Pusara berkenaan terletak di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini.


Dalam pada itu Mohd Tamyes berkata, setiap pusara di tanah wakaf hanya boleh dihias tidak melebihi setengah kaki selain dilarang sama sekali membina makam atau bangunan pusara berbentuk kekal kerana ia mungkin akan diguna semula pada masa akan datang jika tanah sudah penuh.


Tambah beliau, walaupun matlamat pihak yang mahu menghias sebuah pusara itu sebagai ingin mencantikkan tempat berkenaan tetapi biarlah hiasan pusara  dapat memberi manfaat  seperti menanam pokok-pokok renek yang akan mendoakan si mati  agar mengurangkan dosa-dosa kecil mereka semasa di dunia.


"Senang cerita, kewajipan manusia pada jenazah hanya empat iaitu memandikan, mengapankan, sembahyangkan dan mengebumikannya. Ini yang wajib dan menghias bukanlah dalam perkara wajib," tegasnya yang turut menyifatkan kos pembinaan itu adalah satu pembaziran.

Sementara itu, pendakwah dan pembimbing jemaah Haji,  Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar pula berkata pihak Finas perlu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak berkuasa agama Islam sebelum meneruskan perancangan membaik pulih pusara berkenaan.
"Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.


"Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti,” katanya.


Tambah beliau, jika pembinaan pusara itu dibuat secara keterlaluan, ditakuti wujudnya unsur-unsur syirik dengan aktiviti pemujaan untuk generasi akan datang sehingga menjadi tempat penyebaran ajaran sesat.


“Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri,” katanya. Ditanya siapakah yang berdosa jika projek berkenaan diteruskan Mohd Hasnil berkata, pihak yang terlibat membinanya akan menanggung dosa itu dan bukannya si mati.


18

Bagus
9

Marah
12

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SulurBidar 27-8-2013 03:39 AM
Aku setuju dgn kenyataan para mufti...

Lagipun, P. Ramlee dah arwah... Yg bertanggungjawab adalah warisnya..
Bukan duit wakaf yg dikutip daripada kita-kita semua...

Quote kakiputaralam 27-8-2013 05:05 AM
Ape faedahnya?




Bukti sejarah?


Quote Al-Patih 27-8-2013 05:15 AM
Dalam pada itu Mohd Tamyes berkata, setiap pusara di tanah wakaf hanya boleh dihias tidak melebihi setengah kaki selain dilarang sama sekali membina makam atau bangunan pusara berbentuk kekal kerana ia mungkin akan diguna semula pada masa akan datang jika tanah sudah penuh


termasuk makam2 lain ..kan kan ....kan...
Quote keraskhejong 27-8-2013 06:38 AM
tolong nasihatkan org2 istana sekali....
Quote sue_y05 27-8-2013 06:52 AM
harga sebenar rm250 aje kot.kontraktor pau sana sini tu yang naik 100x ganda.
Quote yipun_78 27-8-2013 07:07 AM
Al fatihah buat Allahyarham P Ramlee dan Allahyarham Saloma dan buat arwah my sis yg dikebumikan di situ... semoga apa jua perbuatan mereka yg hidup x membebankan arwah berdua
Quote reyust 27-8-2013 07:25 AM
al fatihah utk mereka berdua...
Quote noor2 27-8-2013 07:40 AM
apa kata pakar2 agama CI.....
Quote gaara_X 27-8-2013 07:42 AM
Orang kita suka sangat buat benda yang boleh mendatangkan benda syirik.....buat perkara yang wajib n sunat je..ngan ditokok tambah pelbagai........memalukan betoi...
Quote ibu_haritz 27-8-2013 07:44 AM
yg x menahan bahan binaan diimport dari luar negara....
kontraktor mane lah yg dpat job ni???
Quote gujiwa 27-8-2013 08:13 AM
ape ke jadahnya smpai 25000 pakai batu emas ke ape?? aku tgk tompel punye simple je.. kayu ke ape.. lepas tuh di cat..
Quote AHMADVW 27-8-2013 08:17 AM
nasihat pm dan rosmah skali haram renovate rumah berjota2 shopping 11 keta kat usa ade brani kaa?
Quote Mizlyn 27-8-2013 08:21 AM
pusara tu kat tanah wakaf... tidak digalakkan berlebih2an...sedih tgk pusara tu pecah... 25k tu mahal sangat... batu kat malaysia ni tak berkualiti ke?
Quote mute 27-8-2013 08:23 AM
alfatihah...
Quote mjla 27-8-2013 08:27 AM
Buat ala kadar je...  25K tu mahal sgt...

Lebihan duit tu buat wakaf utk kedua2 arwah..
Quote mybluegetz 27-8-2013 08:29 AM
betul kata mufti nih.

baiki pada tahap sederhana sahaja pastu baki duit utk baiki tanah perkuburan secara amnya atau gaji tukang bersih kubur.

duit baki lagi derma dalam maahad tahfiz atau derma anak yatim atas niat pahala sedekah ke P ramlee dan isterinya.

Kalau mcm tu semua dapat manfaat.

Tapi yg makam istana tu tak tau la nk ckp
Quote epysha 27-8-2013 08:30 AM
cucu cicit takde ke inisiatif nak baiki?
Quote fairiza 27-8-2013 08:34 AM
good job tuan mufti. macam ni la kita nak.
Quote puterikhaleeda 27-8-2013 08:37 AM
fairiza posted on 27-8-2013 08:34 AM
good job tuan mufti. macam ni la kita nak.

haah ... baik bukak tahfiz p.ramlee.... dapat juga pahala berterusan....

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.172084 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top