CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18153|Reply: 139

[Tempatan] Baiki Pusara P.Ramlee, Saloma RM25,000 Haram - Mufti Selangor

[Copy link]
Post time 27-8-2013 03:34 AM | Show all posts |Read mode
            

        Beginilah keadaan pusara P.Ramlee yang roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu. Gambar: Utusan Malaysia


PETALING JAYA: Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.


Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf. “Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.


"Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan  di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Pada 21 Ogos lalu sebuah akhbar melaporkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan melakukan pengubahsuaian terhadap pusara P.Ramlee dan Saloma selepas ia roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu.

Ketua Pengarah agensi itu, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dalam laporan berkenaan berkata, kerja-kerja pengubahsuaian tersebut mengambil sedikit masa memandangkan bahan binaan pusara berkenaan diimport dari luar negara yang turut mencecah RM25,000.
Pusara berkenaan terletak di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini.


Dalam pada itu Mohd Tamyes berkata, setiap pusara di tanah wakaf hanya boleh dihias tidak melebihi setengah kaki selain dilarang sama sekali membina makam atau bangunan pusara berbentuk kekal kerana ia mungkin akan diguna semula pada masa akan datang jika tanah sudah penuh.


Tambah beliau, walaupun matlamat pihak yang mahu menghias sebuah pusara itu sebagai ingin mencantikkan tempat berkenaan tetapi biarlah hiasan pusara  dapat memberi manfaat  seperti menanam pokok-pokok renek yang akan mendoakan si mati  agar mengurangkan dosa-dosa kecil mereka semasa di dunia.


"Senang cerita, kewajipan manusia pada jenazah hanya empat iaitu memandikan, mengapankan, sembahyangkan dan mengebumikannya. Ini yang wajib dan menghias bukanlah dalam perkara wajib," tegasnya yang turut menyifatkan kos pembinaan itu adalah satu pembaziran.

Sementara itu, pendakwah dan pembimbing jemaah Haji,  Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar pula berkata pihak Finas perlu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak berkuasa agama Islam sebelum meneruskan perancangan membaik pulih pusara berkenaan.
"Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.


"Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti,” katanya.


Tambah beliau, jika pembinaan pusara itu dibuat secara keterlaluan, ditakuti wujudnya unsur-unsur syirik dengan aktiviti pemujaan untuk generasi akan datang sehingga menjadi tempat penyebaran ajaran sesat.


“Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri,” katanya. Ditanya siapakah yang berdosa jika projek berkenaan diteruskan Mohd Hasnil berkata, pihak yang terlibat membinanya akan menanggung dosa itu dan bukannya si mati.


sumber :mSTAR.COM.MY

Last edited by xanderz on 27-8-2013 03:34 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2013 03:39 AM | Show all posts
Aku setuju dgn kenyataan para mufti...

Lagipun, P. Ramlee dah arwah... Yg bertanggungjawab adalah warisnya..
Bukan duit wakaf yg dikutip daripada kita-kita semua...

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 05:05 AM | Show all posts
Ape faedahnya?




Bukti sejarah?


Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 05:15 AM | Show all posts
Dalam pada itu Mohd Tamyes berkata, setiap pusara di tanah wakaf hanya boleh dihias tidak melebihi setengah kaki selain dilarang sama sekali membina makam atau bangunan pusara berbentuk kekal kerana ia mungkin akan diguna semula pada masa akan datang jika tanah sudah penuh


termasuk makam2 lain ..kan kan ....kan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 06:38 AM | Show all posts
tolong nasihatkan org2 istana sekali....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 06:52 AM | Show all posts
harga sebenar rm250 aje kot.kontraktor pau sana sini tu yang naik 100x ganda.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2013 07:07 AM | Show all posts
Al fatihah buat Allahyarham P Ramlee dan Allahyarham Saloma dan buat arwah my sis yg dikebumikan di situ... semoga apa jua perbuatan mereka yg hidup x membebankan arwah berdua
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 07:25 AM | Show all posts
al fatihah utk mereka berdua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2013 07:40 AM | Show all posts
apa kata pakar2 agama CI.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 07:42 AM | Show all posts
Orang kita suka sangat buat benda yang boleh mendatangkan benda syirik.....buat perkara yang wajib n sunat je..ngan ditokok tambah pelbagai........memalukan betoi...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 07:44 AM | Show all posts
yg x menahan bahan binaan diimport dari luar negara....
kontraktor mane lah yg dpat job ni???
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 08:13 AM | Show all posts
ape ke jadahnya smpai 25000 pakai batu emas ke ape?? aku tgk tompel punye simple je.. kayu ke ape.. lepas tuh di cat..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 08:17 AM | Show all posts
nasihat pm dan rosmah skali haram renovate rumah berjota2 shopping 11 keta kat usa ade brani kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 08:21 AM | Show all posts
pusara tu kat tanah wakaf... tidak digalakkan berlebih2an...sedih tgk pusara tu pecah... 25k tu mahal sangat... batu kat malaysia ni tak berkualiti ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 08:23 AM | Show all posts
alfatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 08:27 AM | Show all posts
Buat ala kadar je...  25K tu mahal sgt...

Lebihan duit tu buat wakaf utk kedua2 arwah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2013 08:29 AM | Show all posts
betul kata mufti nih.

baiki pada tahap sederhana sahaja pastu baki duit utk baiki tanah perkuburan secara amnya atau gaji tukang bersih kubur.

duit baki lagi derma dalam maahad tahfiz atau derma anak yatim atas niat pahala sedekah ke P ramlee dan isterinya.

Kalau mcm tu semua dapat manfaat.

Tapi yg makam istana tu tak tau la nk ckp
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 08:30 AM | Show all posts
cucu cicit takde ke inisiatif nak baiki?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 08:34 AM | Show all posts
good job tuan mufti. macam ni la kita nak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 08:37 AM | Show all posts
fairiza posted on 27-8-2013 08:34 AM
good job tuan mufti. macam ni la kita nak.

haah ... baik bukak tahfiz p.ramlee.... dapat juga pahala berterusan....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.259262 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list