CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Rahimah Rahim: ‘Bukan Kerana Wang’

26-8-2013 11:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17068| Komen: 36

Description: Pada 1989 Dia Pernah Membuat Keputusan Berundur Dari Lapangan Seni Suara Sekali Gus Mengumumkan Hati Yang Rapuh Sebagai Album Terakhirnya.Namun 17 Tahun Kemudian,
Pada 1989 dia pernah membuat keputusan berundur dari lapangan seni suara sekali gus mengumumkan Hati Yang Rapuh sebagai album terakhirnya.
Namun 17 tahun kemudian, bersama-sama dengan Habsah Hassan, teman lamanya yang menulis kebanyakan daripada lirik lagu-lagunya, Rahimah Rahim, 57, hadir dengan sebuah album baru.

Sejak itu, dia tidak pernah berhenti, malah sehingga kini terus aktif menyanyi meskipun mempunyai pekerjaan tetap di sebuah firma guaman di Singapura.

“Saya menyanyi bukan kerana wang, tetapi kerana minat dan sudah menjadi seperti darah daging. Kalau tak menyanyi itu, rasa macam tidak lengkap hidup ini.


RAHIMAH RAHIM terus aktif sebagai penyanyi.


“Nyanyian juga saya lihat boleh dijadikan saluran dakwah tetapi pemilihan lagu-lagu khususnya lirik haruslah menerapkan unsur-unsur kebaikan
supaya yang mendengar juga mendapat manfaat darinya.

“Tidak kisahlah jika ia lagu cinta sekalipun, asalkan ia tidak melalaikan. Cinta itu maksudnya meluas dan cinta untuk Allah SWT adalah yang sebaik-baiknya,” katanya sambil menjelaskan menghiburkan orang juga satu dakwah jika betul caranya.

Rahimah mengakui, selepas 48 tahun bergelar anak seni dia langsung tidak merasa jemu, malah amat terharu kerana terus mendapat peluang dan tawaran membuat persembahan.

“Alhamdulillah hampir setiap minggu ada tawaran menyanyi di Singapura termasuk juga Malaysia. Saya berasa cukup terharu kerana hingga sekarang masih berkesempatan untuk bergiat aktif dalam bidang nyanyian tatkala kebanyakan artis senior sudah bersara,” katanya.

Meskipun sudah lama tidak menghasilkan lagu baru, namun ibu kepada dua anak ini mengakui dirinya bertuah kerana lagu-lagunya sehingga kini menjadi siulan terutama lagu Selamat Hari Raya nyanyiannya yang dirakam pada 1988.

“Alhamdulillah setiap tahun, lagu saya masih lagi menjadi pilihan stesen radio sepanjang Aidilfitri. Ia secara tidak langsung, terus membuatkan peminat dan pendengar ingat dan mengenali saya bagi mereka yang tidak hidup di zaman Rahimah Rahim.

“Saya tidak pernah menyangka lagu itu akan menjadi ‘evergreen’ kerana ketika mahu merakamkan lagu ini pun ia asalnya bukan lagu raya. Fauzi Marzuki selaku komposer lagu ini menghasilkannya untuk dimuatkan dalam album saya.

“Namun, mengenangkan saya belum ada lagu raya, kami sepakat untuk menjadikannya lagu raya di mana Habsah Hassan bertindak sebagai penulis liriknya. Kombinasi Fauzi dan Habsah, memang satu gabungan yang hebat, mungkin itulah ia malar segar.

Sebelum mengakhiri perbualan, penghibur ini yang juga anak kepada Allahyarham Rahim Hamid, seorang penyanyi yang amat popular sehingga digelar sebagai ‘Nat King Cole Singapura’ itu sempat menyatakan hasrat untuk mengadakan konsert
di Malaysia.

Tambahan pula, hanya dua tahun saja lagi Rahimah yang pernah berlakon dalam filem Korban Kasih pada 1962 itu bakal meraikan ulang tahun sebagai anak seni yang ke-50 tahun.

“Saya berbesar hati sekiranya ada pihak penaja yang sudi menaja konsert saya. Saya yakin untuk mengadakan konsert kerana saya punya lagu-lagu hit yang Insya Allah sampai hari ini pun masih diminati seperti Gadis Dan Bunga, Doa, Datang & Pergi, Apakah Rindu Masih Di Hatimu dan banyak lagi,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 24-8-2013 11:05 AM
kenapa muka makcik neh
ada mcm capuk2 biru gitu kat pipi?
Quote bazlina 24-8-2013 11:12 AM
Syd posted on 24-8-2013 11:05 AM
kenapa muka makcik neh
ada mcm capuk2 biru gitu kat pipi?

tu pigment kot..

Quote chempaka_ku 24-8-2013 11:44 AM
bazlina posted on 24-8-2013 11:12 AM
tu pigment kot..

yup pigment....... wonder kalau pakai corrector dapat cover ke tidak........

Quote AdamBillionaire 24-8-2013 11:49 AM
Syd posted on 24-8-2013 11:05 AM
kenapa muka makcik neh
ada mcm capuk2 biru gitu kat pipi?

itu love bite kut?
Quote haisanor 24-8-2013 12:13 PM
suara kakak ni best.. tak tau la sekarang macam mana dengarnya. dulu, she was one of my favourite singer. dia sibling dgn arwah bat latiff dan sepupu kak ogy mat daud.
Quote melinda_kerr 24-8-2013 12:16 PM
Sepupu Ogy kan.. Teringat satu drama dia berlakon dulu2... She used to be soo sexy dan alhamdulillah hows she being now..
Quote sueism 24-8-2013 01:52 PM
Syd posted on 23-8-2013 05:05 PM
kenapa muka makcik neh
ada mcm capuk2 biru gitu kat pipi?

tu namanya part of growing old and mungkin sebab selalu expose kat matahari
so muka ada sunspot ..that is sunspot

Quote sueism 24-8-2013 01:53 PM
tak berapa ingat lagu dia tapi memang suka tengok dia masa dia muda rasa cantik sangat dia
Quote Syd 24-8-2013 01:57 PM
sueism posted on 24-8-2013 01:53 PM
tak berapa ingat lagu dia tapi memang suka tengok dia masa dia muda rasa cantik sangat dia

ada beberapa lagu dia yang sedap gak

vokal dia biasa2 je rasanya


tu hari kat music box tv3 ada kuarkan satu video klip lama dia

atas bukit ke mana dorang shoot
Quote rajoli 24-8-2013 05:24 PM
Syd posted on 24-8-2013 11:05 AM
kenapa muka makcik neh
ada mcm capuk2 biru gitu kat pipi?

klau nk tau.. tula kayap..

Quote rosmahisham 24-8-2013 05:49 PM
Igt masa kecik suka lagu Gadis & bunga..dah besar sikit suka lagu Cintamu...one of my favourite singer selain Dato Khatijah Ibrahim...hu hu
Quote soraya 24-8-2013 06:03 PM
ni penyanyi faveret mak aku...suara dia memangggg best...kata mak aku la...hehehe
Quote nurelle 24-8-2013 08:00 PM
lagu gadis dan bunga dia ni lagu wajib karok iolls ok...

Quote ira_229 24-8-2013 08:20 PM
baru minggu lepas nmpk dia..aah muka dia banyak jeragat..ingat dia putih macam kat tv rupanya hitam manis n kecil molek..
Quote ira_229 24-8-2013 08:24 PM
sueism posted on 24-8-2013 01:53 PM
tak berapa ingat lagu dia tapi memang suka tengok dia masa dia muda rasa cantik sangat dia

mmg manis kat luar tak adalah gemok mcm dlm gmbr.
Quote kak_jiebam 24-8-2013 09:14 PM
dia ni penyanyi favourite anak akak.
Quote totokreturn 25-8-2013 01:32 AM
[youtube]I9cOP6L1_To[/youtube]

[youtube]ftxvORnz9zI[/youtube]

[youtube]IfelgxFniZY[/youtube]

Quote azilamie2 25-8-2013 02:01 AM
suka sgt dgn lagu die
Quote rajoli 25-8-2013 03:24 AM
suka sgt dengan lagu dia tajuk anjing dan bunga..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.130403 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top