CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

7 Anggota Polis Yang Berhibur Dengan Tauke Judi Telah Ditukar Jabatan - KP Johor

9-10-2017 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8234| Komen: 67

Description: Seorang pegawai dan 6 anggota polis yang didapati berhibur di sebuah pusat hiburan di Muar sudah ditukarkan ke jabatan lain.

sumber : FMT


"Seorang pegawai dan 6 anggota polis dari Unit D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Muar yang terbabit sudah ditukarkan ke jabatan lain."

Demikian reaksi Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berhubung sebuah video dalam Facebook yang tular semalam menunjukkan sekumpulan 7 individu didakwa pegawai dan anggota polis sedang berhibur bersama tauke judi haram di sebuah pusat hiburan yang terletak di Pusat Perniagaan Bakri, Muar.

Memetik laporan Bernama, beliau menerusi satu kenyataan berkata, siasatan tatatertib dijalankan sebaik sahaja maklumat berkenaan diterima dan keputusan itu diambil sementara menunggu tindakan susulan.

“Dalam hal ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melihat pelanggaran tatatertib ini tidak boleh dikompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada semua yang terlibat."


“Semua pegawai dan anggota PDRM mesti akur kepada kehendak integriti dalam memartabatkan PDRM selaku penguat kuasa undang-undang utama negara,” katanya.

Dilaporkan klip itu dimuat naik kurang 2 minggu selepas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa mempunyai bukti seorang pegawai tinggi polis di Johor membantu tauke judi.- CARI

16

Bagus
4

Marah
12

Terkejut
26

Sedih
6

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 9-10-2017 10:39 AM
alaaa tukar jabatan je

nape x buang je terus

Quote cheergirlz 9-10-2017 10:42 AM
untung laa.....
Quote zach2008 9-10-2017 10:46 AM
Siap bukti dah... tukar jabatan je
Lepas ni aku tak heran, benda ni senyap. Kalau org tanya, mereka dlm mode menyamar.
Semua mereka tu adalah ejen2 yg menyamar... 007.
Atau pun Ejen ALi
Quote grouper 9-10-2017 10:47 AM
Bila ppim berbunyi takut terus polis...sbb kuasa viral. Yg byk kutuk polis si ucop tu.. Bukan semua org dlm ppim mangkuk2 yg p support doktor gigi level retis tu. Jgn le pukul rata ppim sbbkan kes tu. Diorg mmg ada jasa kt golongan yg memerlukan.
Quote EJALTI 9-10-2017 10:56 AM
Biasa dah benda....kali nih kantoi polis2 tuh...padan muka...
Quote chazey 9-10-2017 11:03 AM
idakamaruddin replied at 9-10-2017 10:39 AM
alaaa tukar jabatan je

nape x buang je terus

Gommmmeeeennnn manaaaa boleeeeehhhh buaaaaaaangggg pekerjaaaaaa
Quote CiliPadiSedap 9-10-2017 11:11 AM
mcm stor sukan sekolah rendah akak je taraf disko..
Quote krustykrab 9-10-2017 11:15 AM
sbb tu ramai yg suka kiije gomen, salah tak kira besaq ke kecik ke, tak de nye kena sack, paling koman tukar jabatan je....heaven sggh..
Quote amira_safia 9-10-2017 11:15 AM
Bukan setakat tauke judi je, tokan dadah pun boleh kawtim, tiap2 bulan dapat elaun ... sebab tu dadah ni tak akan pernah settle ... sebab ada malaun2 ni semua ...
Quote dizzzek 9-10-2017 11:15 AM
krustykrab replied at 9-10-2017 11:15 AM
sbb tu ramai yg suka kiije gomen, salah tak kira besaq ke kecik ke, tak de nye kena sack, paling kom ...

betoi

ni meleisia
Quote niena90 9-10-2017 11:19 AM
Tukar jabatan pun still boleh buat benda yg sama.. Puihhh
Quote shernazz 9-10-2017 11:28 AM
jadi admin kots...
buat keje pejabat...
Quote bangcak 9-10-2017 11:28 AM
klip 9 saat tunjuk suasana ramai mcm kenduri dgn lagu rancak dikira
melanggar tatatertib ke?

klip tu ada tunjuk waktu kejadian opis hour ke hari cuti umum?
kesian 6 org anggota polis tu jd mangsa keadaan.
Quote OmJualGas 9-10-2017 11:29 AM
Bersangka baik saja    mungkin mereka sedang undercover untk menyiasat....
Quote chazey 9-10-2017 11:29 AM
CiliPadiSedap replied at 9-10-2017 11:11 AM
mcm stor sukan sekolah rendah akak je taraf disko..

Dah diskonya kat Muor. Lain la Key El.
Quote CiliPadiSedap 9-10-2017 11:31 AM
sokong PPIM

#SemboyanTaukeJudi
#SemboyanKelabMalam
#SemboyanMesinKuda
#SemboyanMesinPanda
#Semboyan1Malaysia
Quote finesse 9-10-2017 11:39 AM
bangcak replied at 9-10-2017 11:28 AM
klip 9 saat tunjuk suasana ramai mcm kenduri dgn lagu rancak dikira
melanggar tatatertib ke?


Bagi aku tu hak mereka la nak buat apa di luar waktu pejabat. Bukan buat jenayah pun. Nak berjudi ke, nak minum arak ke itu pilihan diorg la tak kisah la muslim ataupun tidak. Aku tak faham.
Quote kecimpret 9-10-2017 11:41 AM
usop azmi penah kecoh pasal ni...ada polis yg kaver tokey judi..tapi polis gi tangkap usop azmi sbb kuar kenyataan menghasut..merasa laa dia duk lokap 2-3 malam
Quote ifanonline 9-10-2017 11:44 AM
ramai anak2 polis tak menjadi...

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.083040 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top