CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wajah Baru Tesco Malaysia, Sedia Kaunter Pembayaran Layan Diri

8-10-2017 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12092| Komen: 78

Description: RM55 juta dibelanjakan TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia), bagi mengubah suai enam pasar rayanya dalam usaha memberi keselesaan kepada pengguna, lapor Harian Metro.
RM55 juta dibelanjakan TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia), bagi mengubah suai enam pasar rayanya dalam usaha memberi keselesaan kepada pengguna, lapor Harian Metro.

Kota Bharu, Kelantan, Extra Penang, Jelutong dan Tanjung Pinang di Tanjung Tokong merupakan antara tiga pasar raya yang sudah siap dan membabitkan perbelanjaan sebanyak RM27.6 juta. 

Sementara itu, tiga lagi masih dalam proses pengubahsuaian membabitkan Tesco Setia Alam dan Shah Alam di Selangor manakala satu lagi di Johor iaitu Tesco Bukit Indah.



Pengubahsuaian itu bertujuan memberi pengalaman baru bagi memudahkan pengguna membeli-belah serta menawarkan lebih banyak pilihan, malah Tesco menerima maklum balas positif daripada pelanggan mengenai keselesaan pasar raya selepas diubah suai, kata Pengarah Format Tesco Malaysia Sdn Bhd Corine Boudville.


Sejak tahun lalu sehingga Oktober, sebanyak sembilan pasar raya sudah diubahsuai, malah kami menambah lebih ramai penyewa di lot kedai bagi memberi banyak pilihan kepada pelanggan.

"Mengikut perancangan, enam lagi pasaraya Tesco akan diubah suai dan kini kita masih memilih stor yang terlibat selain kos yang akan dibelanjakan," katanya.

Lebih menarik, Tesco Tanjung Pinang di Pulau Pinang menjadi negeri pertama memperkenalkan sistem kaunter pembayaran layan diri.


Foto: Harian Metro

Tambahnya, sistem itu akan turut diguna pakai di tiga pasaraya lain iaitu Tesco Penang, Jelutong dan Tesco Extra Sungai Dua, Gelugor.

Sistem baharu itu bermula di Tesco Tanjung Pinang pada Sabtu, manakala Tesco Penang dan Tesco Extra Sungai Dua pada minggu hadapan.

Dalam pada itu, pelanggan berpeluang merasai pengalaman melakukan transaksi pembayaran berkenaan bagi pembelian 10 barangan ke bawah.

"Sistem ini mempunyai tiga langkah mudah iaitu pelanggan perlu mengimbas barangan pilihan mereka, bungkus dan kemudian melakukan pembayaran sama ada secara tunai, debit, kad kredit atau kupon.

"Bagi sistem ini, Tesco Malaysia melaburkan sebanyak RM1.3 juta khusus bagi memudahkan pelanggan yang membeli-belah di pasar raya kami, selain ia muncul sebagai yang pertama diperkenal di Malaysia," katanya.

Untuk pengetahuan, sistem transaksi pembayaran berkenaan sudah diguna pakai di Tesco IOI Mall (Putrajaya) Tesco Kepong (Kuala Lumpur) dan Tesco KSL (Johor Bahru). - CARI


18

Bagus
20

Marah
15

Terkejut
33

Sedih
17

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 7-10-2017 11:34 AM
No comment yet
Quote gadis_tulip 7-10-2017 11:45 AM
Makin ramai jobless nanti.
Quote silencekiller 7-10-2017 11:57 AM
Inilah harga perlu dibayar bila teknologi makin maju... sume nk mudahkan & automation jaa.. siapa dapat ikot, depa okeh... siapa tak dapat akan makin merempat di masa mendatang
Quote mommymonster82 7-10-2017 11:59 AM
Kesian jd malysian ni..
Yg berpendidikan pon susah nk cr kerja..
Minta kerja pasaraya..bersaing pulak dgn yg xde pendidikan dan warga asing..  
Skrg ni dah semua nk pkai sistem layan diri..
Tol.. skrg cashier plak..
Quote xtahumenahu 7-10-2017 12:36 PM
hmmm..buatkan kat klang please...manjangggg jek kene que
Quote matchstick 7-10-2017 12:41 PM
Kt ioi city mall tu dh lama ada..
Quote cmf_premierleag 7-10-2017 12:41 PM
Bagus la...lg senang nk handle machine drpd melayan karenah pekerja esp pekerja yg byk songeh
Lagipun now msia ni nak menuju ke arah industry revolution 4.0 (acik2 kepam mana tau sume nih.. Diorg cuma tau nazim othman dan suri hati mr.pilot jah)
So bila adanya industry revolution 4.0 ni sume menuju ke arah digitization.. No more labour intensive sangat
Quote kisahkeaku 7-10-2017 12:42 PM
oh no wonder laa last month g tesco ksl dah ada kaunter tanpa cashier.
tp tu pun panjang jugak sbb org x reti nak guna.x pasal2 masa tu ahkak jd pekerja tesco x berbayar sbb tlg ajarkan org.
eloklah lps ni pekerja2 yg ada blh suruh dorg restock barang kat rak yang kosong.
cashier xyah ramai jaga lg.
Quote Ferr_Remy 7-10-2017 12:50 PM
Ala mcm Ikea la. Ape nak heran
Quote wirazam 7-10-2017 05:38 PM
without cahier ni hanya sesuai kat over seas..
kat malaysia mesti ada cashier...kalau tak takde la pelung keje kat org2 local..
Quote edee_91 7-10-2017 05:53 PM
tajuk ketinggalan zaman sungguh. kat ioi city mall putrajaya dah lama ada.
Quote che-cikL 7-10-2017 05:57 PM
Pelik dgn pandangan dlm ni yang against automation ni!

Sempit nau fikiran tu...
Quote batmana 7-10-2017 06:57 PM
[youtube]rS3UNCLQlTg[/youtube]
jap lagi byk la kes cmni, kt malaysia ni bukan leh caya sgt...

https://www.youtube.com/watch?v=rS3UNCLQlTg
Quote cmf_Kimmy 7-10-2017 07:41 PM
pertama kali guna sistem ni kat M&S kat London, terkial2 cam orang bodoh tak reti nak pakai....last2 minta tolong staff dia ajarkan.....buat malu aku je...
Quote finesse 7-10-2017 07:47 PM
edee_91 replied at 7-10-2017 05:53 PM
tajuk ketinggalan zaman sungguh. kat ioi city mall putrajaya dah lama ada.

Xpenah jumpa lg.. hrp malukan diri bila jumpa satu nnt.
Quote MisXoXo 7-10-2017 07:47 PM
menariknyaaaa.. syabas
Quote membesar 7-10-2017 07:49 PM
Mydin seremban bagi kita pegang scanner tu sambil shopping. Pergi kaunter, cashier cek list dengan barang sama ke tak, then terus bayar. Lagi mudah rasanya
Quote edee_91 7-10-2017 07:51 PM
finesse replied at 7-10-2017 07:47 PM
Xpenah jumpa lg.. hrp malukan diri bila jumpa satu nnt.

kalau bayar kat self service ni better pakai kad. kalau cash leceh sikit nak masuk duit tu. pada pendapat abg la.
Quote finesse 7-10-2017 07:52 PM
edee_91 replied at 7-10-2017 07:51 PM
kalau bayar kat self service ni better pakai kad. kalau cash leceh sikit nak masuk duit tu. pada p ...

Miss u..

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.076787 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top