CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Saya Sedar Diri! – Que Haidar

23-8-2013 03:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17206| Komen: 69

Description: Aktor Terkenal, Que Haidar Dan Khir Rahman Telah Memukau Ramai Peminat Sewaktu Mereka Menyanyi Secara Langsung Ketika Mengadakan Persembahan Di Pentas Majlis Anugerah Lawak 2013 Yang Berlangsung Di Is ...

QUE HAIDAR ternanti-nanti untuk berlakon di bawah arahan pengarah filem Bunohan, Din Said.


AKTOR terkenal, Que Haidar dan Khir Rahman telah memukau ramai peminat sewaktu mereka menyanyi secara langsung ketika mengadakan persembahan di pentas majlis Anugerah Lawak 2013 yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini.

Gaya persembahan mereka mirip penyanyi profesional dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton meski- pun persembahan itu hanyalah tribute khas untuk filem lakonan mereka, Rock Oo.

Bertemu dengan Que selepas majlis anugerah tersebut selesai, suami kepada pereka tari, Linda Jasmine itu hanya tertawa apabila ramai yang memuji persembahannya. Namun kata Que, dia langsung tidak berniat untuk menjadikan nyanyian sebagai kerjayanya.

“Saya sedar diri, ramai lagi penyanyi yang bagus. Sebenarnya saya malu untuk jadi penyanyi kerana itu bukanlah bidang saya walaupun saya boleh menyanyi sikit-sikit.

“Persembahan saya bersama abang Khir Rahman pada majlis ini sebenarnya hanya untuk filem Rock Oo. Saya tidak keberatan kerana kami berdua di atas pentas bukan sebagai diri kami sendiri, sebaliknya watak yang dijayakan dalam filem,” katanya.

Tambah Que, keberaniannya untuk menyanyi secara langsung itu timbul bukan untuk menunjukkan bakat nyanyian semata-mata, sebaliknya memberi momentum kepada peminat filem tersebut.

“Mula-mula takut juga sebab kami hanya jalani latihan sehari sebelum persembahan tetapi bila difikirkan balik, persembahan ini bagus untuk mengingatkan peminat pada filem Rock.

“Selepas filem Rock, Rock Oo, pengarah Mamat Khalid akan membikin filem Rock 3 selepas ini. Kami baru sahaja berbincang dan akan menjalani penggambaran tidak lama lagi,” ujarnya yang memegang watak sebagai Amy Mat Piah dalam filem itu.

Walaupun tidak terfikir untuk bergelar penyanyi, Que dan kumpulan Rimba Bara (kumpulan di dalam filem Rock) pernah mengadakan persembahan pada majlis makan malam.

“Lucunya, ada orang tawarkan kami buat persembahan selepas filem Rock Oo ditayangkan (ketawa). Saya dan kumpulan Rimba Bara ada membuat persembahan pada majlis makan malam dan kami mendendangkan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang ditukar kepada genre rock.

“Sekadar suka-suka bolehlah tetapi kalau ada orang tawarkan kumpulan Rimba Bara untuk buat persembahan secara serius, saya rasa tidak mungkin sebab kami semua pelakon bukannya penyanyi dan pemuzik,” balasnya.

Namun kata Que, dia hanya bersetuju untuk menyanyi jika melibatkan filem lakonannya.

“Saya akan menyanyi jika tawaran itu datang untuk lagu runut bunyi filem yang saya lakonkan atau apa sahaja yang melibatkan kerjaya saya sebagai pelakon,” balasnya.

Bercerita lanjut mengenai perkembangan kerjayanya, selain filem Rock 3, Que terlibat dengan sebuah telefilem berjudul Budak Johor dan sedang menantikan tawaran daripada pengarah filem Bunohan, Din Said.

“Sepatutnya saya terlibat dalam filem Bunohan tetapi ketika waktu penggambaran, jadual saya tidak mengizinkan. Jadi, abang Din Said sendiri berkata dia berhutang satu filem dengan saya.

“Sebagai pelakon, bagi saya dia seorang pengarah yang hebat dan sangat kreatif. Biarpun agak lambat dan menunggu lama, saya pasti hasil karyanya tidak pernah mengecewakan pencinta seni seperti saya,” tuturnya yang masih sibuk di bengkel lakonan yang diusaha- kan bersama isterinya.

1

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kak_jiebam 23-8-2013 10:32 AM
akak minat ngan que ni....

cuma bukankah dulu dia kata nak bersara?
Quote azie.dz 23-8-2013 10:35 AM
owh suka que ni dr dulu..isu gado ngan ex boyfie dedulu...sebab minat sgt kat que ekekekeek
Quote vionna007 23-8-2013 10:36 AM
hahaha.....tunggu....dia dekat...tapi jaohhh.....
Quote cik_luna 23-8-2013 10:41 AM
kak_jiebam posted on 23-8-2013 10:32 AM
akak minat ngan que ni....

cuma bukankah dulu dia kata nak bersara?

ntah dulu propa nak bersara
alih2 ade je lagi

Quote batman_2007 23-8-2013 10:43 AM
Pelakon yg sgt berbakat
Quote lil_honey 23-8-2013 10:46 AM
very talented..tapi dia pun bagi statement kdg2 tak beragak..nak ngn director yang bagus je.. tu yang dia kurang sikit berlakon tu..
Quote budakmanentah 23-8-2013 10:56 AM
amy mat piah yg kuat sentap...sikit2 sentap...hihihi
Quote September14 23-8-2013 10:58 AM
Suka suar yg dia pakai tu...
Quote resah 23-8-2013 11:34 AM
Talented actor tp tak pernah dianugerahi apa2 pingat
Quote setankuning 23-8-2013 11:41 AM
sayang bakat dia ni

dia la pengubat hati aku masa tengok cite lagenda budak setan aritu. yang lain kayu habis tahap sampah sarap.
Quote fifie_olin 23-8-2013 11:44 AM
makin sekeping dia ni...aku suka je dia ni...
skg pon kurg je muka kt tb
Quote lantanao8 23-8-2013 11:46 AM
elok la ada bakat lain atau kepandaian lain selain bakat seni...........
Quote clavriene 23-8-2013 11:49 AM
dah lama x tengok die kt tv, so sgt hepi bile dapat tengok amy mat piah terbang kt tv aritu!

bagus la die selective, orang x jelak tengok muke die, dan lega die x kontrak dgn mana2 film company cam MIG ke, kalo x jemu nanti, balik2 muke die, sayang pasal talent die besar kalo kene berlakon filem2 xde kualiti (which is currently what is happening to Shaheizy Sam, who is an equally talented actor)- tapi since sam dh ikat dgn MIG, mana2 filem MIG ade muke die, audience pun akan bosan nnt, which is sayang sangat psl he is a terrific actor..
Quote rospinki 23-8-2013 11:53 AM
dia ni belakon bagus..amat berbakat, bukan kerana muka ditokok tambah tapi bakat yang amat tinggi serta penghayatan watak amat mendalam. masalahnya tidak ramai pengarah yg berkaki lebar dlm industri filem malaysia, kebanyakan hanya setakt cerita cirit birit bagi aku hanya membazir bakat dan masa je kalau que belakon.

kena ada satu jalan cerita yg betul2 thrill mecabar baru bakat Q ni berbaloi utk dipersmbahkan.

lain2 pelakon bagi aku skema dan kurang bakat, or mebi pengarah yg tidak bagus maka terpaksala pelakon2 yg ada terima seadanya utk meneruskan kehidupan dlm industri filem kita.
Quote aireen24 23-8-2013 12:28 PM
amy mat piah kaki sentap
Quote cikmouse 23-8-2013 12:33 PM
[youtube]5hSK6yCiUCw[/youtube]
Quote tomet05 23-8-2013 01:11 PM
memang terbaik lah que
Quote yokoono 23-8-2013 01:13 PM
aku suke giler dia ni..sume movie dia aku tgk. Plg suke dia dlm papadom dgn rock oooo
Quote ZaraPalarae 23-8-2013 01:19 PM
amy mat piah
lobiyu

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.075830 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top