CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wanita Ini Suntik Bakteria Berusia 3.5 Juta Untuk Jadi Cantik, Hidup Lama

27-9-2017 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8866| Komen: 42|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Ada sesetengah orang sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik, muda dan menawan. Meskipun ia dikatakan mampu memudaratkan diri, mereka seakan tidak peduli.Apatah lagi jika ia adalah hanya k ...
Ada sesetengah orang sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik, muda dan menawan. Meskipun ia dikatakan mampu memudaratkan diri, mereka seakan tidak peduli.

Apatah lagi jika ia adalah hanya kekangan dari segi kos. Mereka sanggup melakukan apa sahaja. 

Seperti seorang aktres dari Jerman ini, Manoush, 45 sanggup mengambil risiko dengan melakukan suntikan bakteria ke dalam badannya.

Memetik Daily Mail, bakteri dipanggil Bacillus F itu berusia 3.5 juta tahun dan dijumpai di Siberia. Wanita ini sudah melakukannya sejak tiga bulan lalu dan berkata ia menjadikan tubuhnya kelihatan dan berasa lebih muda. 


Bakteria tersebut yang ditemui saintis pada tahun 2009 dikatakan tidak mempunyai kesan penuaan dan dipercayai merupakan jawapan kepada kesihatan manusia serta umur yang panjang. 


Sampel yang mengandungi ekstrak bakteria itu diberikan kepada Manoush oleh Dr Anatoli Brouchkov dari Mascow State University. 

"Kulit saya menjadi selembut bayi.

"Anda tidak akan dapat melihatnya menerusi gambar namun jika dilihat secara berdepan, anda dapat melihat bagaimana kulit saya tiada cela dan juga parut," ujarnya. 


Manoush sememangnya terkenal dengan melakukan pembedahan plastik sejak 20 tahun yang lalu. 

Sebagai aktres, dia pernah muncul dalam filem seram seperti Cannibal dan Seed 2. - CARI 

Foto; Carian internet
12

Bagus
11

Marah
9

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote unoryah 27-9-2017 06:17 PM
[img][/img]

tak nampak muda pun
Quote Knowlee 27-9-2017 07:16 PM
nampak tua je...
Quote DeeHanania 27-9-2017 07:42 PM
Aisshh,
Makin teruk wajah yer adalah
Quote Greenbutterfly 27-9-2017 08:07 PM
45 ke?i igtkn 65 td {:cryrun
Quote matchstick 27-9-2017 08:07 PM
Hodoh je muka acik ni aku tgk. Ramai je aku jumpa wanita umur 45 kulit lg cantik n muda drpd ni.
Quote matchstick 27-9-2017 08:09 PM
Btol ke bakteria tu umur 3.5 juta tahun.
Quote kuzaime 27-9-2017 08:18 PM
Kalau umo dia skrg atas 70 boleh kata suntikan tu 'menjadi' tp ni br 45 aje pon..
Quote felinecat 27-9-2017 08:37 PM
mcm bedah plastik ada la
Quote leena1234 27-9-2017 09:14 PM
Errrghhh..skerinya muka {:laugh
Quote Konahhh 27-9-2017 11:19 PM
First impression - rasa dia ni 50 tahun. So perlu kee bakteria lagi? {:question
Quote kittypong31 28-9-2017 01:44 AM
The new botox kah? Tapi hasilnya menghampakan jer
Quote mdhelmi 28-9-2017 08:27 AM
kalo kat sini nama dia susuk
Quote merrissa 28-9-2017 09:45 AM
kata sanggup buat apa saja utk lawa...tapi kenapa muke nampak kepam busuk...cube sikat rambut tuh
Quote nut.legacy 28-9-2017 11:45 AM
huh??? mana muda nye tu??
Quote hijau_serindit 28-9-2017 11:59 AM
mcm xde beza je lepas cucuk bakteria jutaan tahun tu.
Quote intan_smsb 28-9-2017 12:20 PM
nampak menakutkan je muka die
Quote Artemesiaa 28-9-2017 01:01 PM
Dalam imaginasi dia je mungkin maklum dah banyak modal keluar tapi reality nya macam tak da perubahan pun
Quote meow_tompok 28-9-2017 02:36 PM
gambar paling bawah
jari tangan dia nampak scary
Quote chinta89 28-9-2017 02:39 PM
x nmpak kemudaan pun??

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.070367 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top