CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

26 Termasuk 8 Remaja Ditahan Ketika Sedang Berpesta Dadah

19-9-2017 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2279| Komen: 17

Description: Seramai 26 orang yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Group Goyang Yuk’ dicekup dalam satu serbuan yang dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah ...

sumber : Utusan Malaysia


Seramai 26 orang yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Group Goyang Yuk’ dicekup dalam satu serbuan yang dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah SPT kerana dipercayai berpesta dadah. 

Memetik laporan Utusan Malaysia, serbuan tersebut diadakan pada Ahad lalu kira-kira pukul 11 pagi dalam sebuah inap desa yang disewa kumpulan terbabit di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab.Hamid berkata, ketika serbuan, kesemua suspek yang terdiri daripada 15 lelaki dan 11 perempuan itu sedang khayal akibat pengambilan dadah ketika pihaknya tiba di lokasi berkenaan.


Kesemua suspek terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi, operator kilang, mekanik, petani, kelindan lori, penganggur dan peniaga yang berusia antara 15 hingga 26 tahun. 

Lebih mengejutkan, seramai lapan daripada mereka adalah remaja bawah umur yang terdiri daripada tiga lelaki berusia 17 tahun dan lima perempuan berumur 15 hingga 17 tahun.

“Hasil siasatan yang dijalankan, polis turut menjumpai 1.5 gram dadah dipercayai ketamin bernilai RM100, sebiji pil eramin 5 (RM45) dan sebiji pil disyaki dadah (RM35) daripada kumpulan itu."

“Ketika pemeriksaan fizikal dibuat, anggota polis turut menjumpai satu biji pil bertanda ‘S’ disyaki dadah di dalam poket seluar seorang suspek lelaki berusia 18 tahun namun tidak menemui pada suspek lain.” 

“Hasil siasatan juga mendapati mereka memperoleh bekalan dadah itu daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Boss di kawasan Auto City, Juru yang diambil oleh salah seorang suspek,” ujarnya.

Hasil ujian air kencing terhadap kesemua yang ditahan turut mendapati mereka positif dadah jenis ketamin atau metamphetamin serta ada yang positif kedua-dua jenis dadah itu sekali.

Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.-CARI

sumber : internet

9

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote albedah 19-9-2017 09:56 AM
Penagih ni sene melayu keeee?  Pengedar plak cina..  Gitu?
Quote cik_nit 19-9-2017 09:57 AM
Senang sangat ke diaorang ni dapat bekalan dadah? Sana sini cerita pasal remaja yang positif benda harem ni.
Quote kentel 19-9-2017 09:59 AM
lembap btol...forumer indong da bukak lama dah
Quote syidasaleh 19-9-2017 10:02 AM
Poli?uitm?usm mgkin ada jugak.apa la nak jd semua ni
Quote paz 19-9-2017 10:03 AM
gambar tu bergelempangan sambil digari.
Quote haryatie 19-9-2017 10:33 AM
suspek terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi......
kesian parents harap anak gi belajar elok2..tp jadi lain..
Nauzubillahiminazalik..
Quote dizzzek 19-9-2017 10:43 AM
@memeque10
@Simunggu
@bioessence

semua ni harapan kaum korang
Quote mizruncing 19-9-2017 10:53 AM
padan muka. huhhhh
Quote Megikari 19-9-2017 11:03 AM
Ni salah cikgu ke salah mak bapak? Atau salah makcik jual nasik lemak tepi jalan perhaps?
Quote krustykrab 19-9-2017 11:21 AM
nama group tu keindongan sangat.....
Quote Simunggu 19-9-2017 12:16 PM
dizzzek replied at 19-9-2017 10:43 AM
@memeque10
@Simunggu
@bioessence

kes terpencil...next
Quote dizzzek 19-9-2017 12:17 PM


tiada hujah
Quote vanillaninja 19-9-2017 12:27 PM
Group Goyang Yuk? Euww.
Quote Jeasabri 14-11-2017 09:19 PM
alahai..mak bapa htr belajar laun anknya buat..hurmmm
Quote Jeasabri 14-11-2017 09:19 PM
alahai..mak bapa htr belajar laun anknya buat..hurmmm
Quote jane_hopper 14-11-2017 09:29 PM
Yg merah tu ingatkan kondom, sbb nama group pun lain mcm jer bunyi
Quote saladin780 14-11-2017 09:39 PM
Caprut.com nya nama grup

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.060902 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top