CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gambar Penapis Air Coway Terbakar Jadi Tular, Ini Respon Wakil Coway

18-9-2017 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 41658| Komen: 123|Original author: Oleh : Hafiz BZ

Description: Baru-baru ini, heboh di media sosial memperkatakan tentang beberapa keping gambar penapis air terbakar.


Baru-baru ini, heboh di media sosial memperkatakan tentang beberapa keping gambar penapis air terbakar.

Pemilik akaun Twitter @enamalique (Ena) yang memuat naik gambar tersebut memberitahu bahawa penapis air yang terbakar di rumah ibu saudaranya itu berjenama Coway.


Bukan sahaja penapis air rentung, malah meja tempat di mana mesin penapis air itu diletakkan turut hangus terbakar sekaligus memusnahkan alas meja dan beberapa peralatan lain di sekitarnya.

Kejadian ini dikatakan berlaku ketika semua penghuni tiada di rumah. Punca sebenar kebakaran penapis air tersebut masih belum diketahui. Menurut Ena, suis mesin penapis air tersebut memang sentiasa dihidupkan setiap masa kerana mematuhi arahan jurujual penapis air tersebut.




Beberapa pengguna lain turut mendakwa pernah mengalami kejadian yang sama sebelum ini. Jesteru, ramai menasihatkan agar mematikan suis mesin penapis air jika tiada di rumah bagi mengelakkan kes sama berulang.



Kejadian penapis air Coway terbakar turut menarik perhatian seorang agen Coway dan berikut adalah respon beliau mengenai kes kebakaran penapis air ini.


“Assalammualaikum dan selamat pagi semua,pada customer akak semoga sihat selalu 

Isu coway terbakar???kami agent senyum je dengan isu cam nie,sebab ape….sebab coway memang ade pengiktirafan dari SIRIM, so kejadian ini sedang di siasat oleh pihak bomba.

Sebulan kami dapat order dari customer sebanyak 18k-20k order,sekarang kami sudah menjual sebanyak 650ribu unit product coway.cuma 1 sahaja yang terbakar,mungkin ade lah tu penyebab2 kenapa terbakar.kite tuggu laporan bomba nanti
.
Kepada pengguna2 coway jugak perlu ade kesedaran k,bile pakai barang elektrik kene prihatin jangan main boh je tau 
.
Nak coway cari sy k,saya agent sah coway  

“Berkenaan kes penapis air Coway terbakar, Coway Malaysia telah mengambil tindakan segera untuk mencari puncanya.

Pihak Coway ingin menenangkan hati para pengguna Coway bahawa semua produk kami disahkan SIRIM dan memenuhi standard keselamatan untuk kualiti yang dikehendak.

Selain itu, kami juga ingin meminta maaf atas kesulitan dan kerisauan yang ditimbulkan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 1800-888-111 (Isnin ke Jumaat, 9am-6pm) atau menghantar mesej melalui akaun FB di https://www.facebook.com/CowayMalaysia/. Kami akan balas soalan anda secepat mungkin.”


Seram sejuk juga baca perkongsian ini. Apa pun, kita tunggu dulu keputusan hasil siasatan pihak Bomba kerana punca sebenar kebakaran tersebut masih belum disahkan. - CARI


3

Bagus

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 18-9-2017 12:42 PM
Perlu ke cakap senyum je baca news macam ni sambil brag sebulan jual berapa. Tak payah la comment apa2, tak pun cakap tunggu je hasil siasatan.
Quote umbut 18-9-2017 12:47 PM
Berlagak pulak ejen coway ni.. baca sambil senyum..
Quote Themilo 18-9-2017 12:47 PM
vanillaninja replied at 18-9-2017 04:42 AM
Perlu ke cakap senyum je baca news macam ni sambil brag sebulan jual berapa. Tak payah la comment ap ...

itu la fitrah salesman / salesgirl kat Malaysia nih..

kalau rumah client tu terbakar ke, ada yang rentung ke, mampukah akak coway ni senyum je? by the way, iols memang nak terminate coway kat rumah parents, since Cuckoo punya lagi murah.. tapi tak pasti plak T&C coway masa sign agreement dulu..
Quote pearl.silver 18-9-2017 12:52 PM
Tp iklan coway tu duta dia hensem sgt...

Duta cukoo hensem gk tapi jambu sangat
Quote vanillaninja 18-9-2017 12:56 PM
Themilo replied at 18-9-2017 04:47 AM
itu la fitrah salesman / salesgirl kat Malaysia nih..

kalau rumah client tu te ...

I pakai Cuckoo. Coway tak boleh terminate before 5 years rasanya kan.
Quote Mary_jane 18-9-2017 01:05 PM
Alahai meletup2 plak. Kiranya acik tu bukan mangsa pertama lah sebab anak buahnya punya set pun pernah meletup gak. Hish ya sa tu boleh plak senyum simpul. Patut ucaplah takziah ke apa.
Quote mommymonster82 18-9-2017 01:06 PM
Biadap punya agent..bukan nak mintak maaf...
Rumah orang hampir terbakar hampir hilang nyawa kot..

Quote Cyempaka 18-9-2017 01:13 PM
Aku pun rasa cara dia jawab bodoh dan biadap. Rasa nak doa je meletup yg kat rumah kau tu.. Tgk bleh senyum lagi ke tak. Kuang ajaq.
Quote BedahBedul 18-9-2017 01:17 PM
Naseb baik iols tak pakai coway
Tapi choii betul agent dia ni, biadap
Quote meya 18-9-2017 01:20 PM
Biasalah dah dia jual ..mestilah up barangnya.  Angkuh aje bunyinya.

COWAY ni pun asal barang dari kilang mana?
Quote Rainrein 18-9-2017 01:21 PM
Biadap agent tuh. Kalu hangus rentung rumah orang tu coway nak bertanggungjawab ke? Lagi nak brag pasal dah berapa banyak sales coway kat mesia.

Tapi betul ke ajaran agent kat komen tu cakap pasal jangan off plug? Ai tido malam pun off plug coway.  Kalu keluar lama sikit pun everything ai off.  Sejenis paranoid sebenarnye.
Quote idakamaruddin 18-9-2017 01:22 PM
poyo sungguh agent ni

kalau reply merendah diri takde org nk benci

ko jwb je la mgkn ada kesilapan kt mana2 n apa2 pn tggu keputusan bomba

ko lupa ke samsung yg dh berjuta sale tu bateri meletop jugak kak oiii

Quote dinopower2 18-9-2017 01:23 PM
mommymonster82 replied at 18-9-2017 01:06 PM
Biadap punya agent..bukan nak mintak maaf...
Rumah orang hampir terbakar hampir hilang nyawa kot..
...

tp kan cuba tgk plug tuan rumah tuh..... wiring segala....
menda makan power ni jgn la p pakai extension ke apa ka.... hr tu rumah lama ade psg air cond... plug share.... terbakar plug tuh... mujur ade kat rumah.. tetiba bau hangit huhu...
Quote mommymonster82 18-9-2017 01:29 PM
dinopower2 replied at 18-9-2017 01:23 PM
tp kan cuba tgk plug tuan rumah tuh..... wiring segala....
menda makan power ni jgn la p pakai ex ...

Me pon saspek mungkin ada gitu gak dino.
Tapi kot ye pon bahasa agent tu agak2la.. kalau mati terbakar.. so dorg bolehla tambah benda ni dalam nasihat dorg tu.. bukannya senyum sinis bagai.. sombong amat..

Mmg betullah benda2 gini jangan pakai extension.. direct dr main plug kalu boleh..
Quote makton 18-9-2017 01:46 PM
agent ni nak cover hati sendiri je tu.. padahal dalam hati duk minta doa spya client tak lari & sale masih masuk
Quote chinta89 18-9-2017 02:06 PM
bodohnya kau, siap ckp senyum? acah2 mcm di pihak yg benar khuens??? ko yakin eh coway x penah silap sampai ko nk senyum2 happy sgt hanat?

dasar penjual coway yg sesuai ngn status kije ko sbg penjual murahan!
Quote mizruncing 18-9-2017 02:10 PM
hurmmmm ape pown kne berhati2
Quote manjalara_01 18-9-2017 02:10 PM
vanillaninja replied at 18-9-2017 12:42 PM
Perlu ke cakap senyum je baca news macam ni sambil brag sebulan jual berapa. Tak payah la comment ap ...

X phm lagi cara nak handle pelanggan yg tgh stress....

Quote manjalara_01 18-9-2017 02:13 PM
Themilo replied at 18-9-2017 12:47 PM
itu la fitrah salesman / salesgirl kat Malaysia nih..

kalau rumah client tu te ...

Cucko buatan mana u? Price range pulak brape? I tgh cari2 waterfilter baru....x tau lagi jenama ape yg bgs & affordable..

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.129661 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top