CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ini Semua Salah DAP, Punca Utama Pulau Pinang Banjir" - Netizen Politikkan Isu Banjir

15-9-2017 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4004| Komen: 5|Original author: Oleh : Hafiz BZ

Description: Hujan lebat berterusan selama hampir 10 jam yang melanda beberapa..


Hujan lebat berterusan selama hampir 10 jam yang melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak tengah malam tadi telah mengundang banjir di beberapa kawasan rendah awal pagi tadi.

Antara kawasan yang teruk terjejas akibat banjir kilat ialah sekitar George Town, Jalan P. Ramlee, Jalan Perak, Bayan Lepas, Teluk Kumbar dan Paya Terubong.

Seperti banjir sebelumnya, punca bencana banjir kali ini turut dipolitikkan dan mencetus perdebatan hangat di kalangan netizen. 

Terdapat segelintir netizen yang menunding jari menyalahkan Parti DAP iaitu selaku pemerintah Pulau Pinang yang menjadi salah punca utama terjadinya banjir kilat ini. Berikut adalah komen-komen netizen.



Ketika banjir kilat melanda Pulau Pinang pada tahun 2014 yang lalu, Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow juga mencipta isu kononnya pembangunan berlebihan di negeri tersebut sebagai punca banjir kilat.

Namun beliau dibidas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Air Itam, Wong Hon Wai yang mengatakan banjir besar turut melanda kawasan Thean Teik, Air Itam pada tahun 1990-an, semasa Pulau Pinang di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

“Banjir besar berlaku pada masa itu ekoran pembangunan yang diluluskan oleh BN dan menyebabkan banjir besar setinggi lapan kaki. Banjir tersebut menyebabkan kerosakan harta benda kepada rumah dan sekolah sekelilingnya.

“Banjir begitu besar sehingga keranda terapung apabila satu keluarga yang sedang menguruskan upacara kematian tidak sempat lari apabila banjir melanda. Itu betul-betul banjir besar angkara pembangunan berlebihan Barisan Nasional,” kata Wong dalam kenyataannya tiga tahun lalu.

Persoalannya, wajarkah kita mempolitikkan semua perkara termasuk bencana yang melanda negara? - CARI


4

Bagus
8

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
11

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rocksteady 15-9-2017 03:40 PM

kalau dah politaik tu. dunia tengah kiamat pun  dok nunding jari lari.bodoh..baik la pakat tolong kan lagi bagus
Quote mizruncing 15-9-2017 03:46 PM
x hbs2 slhkan masing2
Quote Skuau 15-9-2017 04:22 PM
Terbakar dalam hujan..banjir dalam kemarau...takdir yg memastikan-dinamik...
Quote AbukRokok 15-9-2017 04:26 PM
salahkan cina la... tebang bukit buat kondo...cina gila kondo atas bukit
Quote Forsaken 16-9-2017 10:14 AM
Tahu cari salah org jer dap ni...kena negeri sendiri pun masih nk salahkan org lain...mmg politaik...rakyat yg menderita.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.051175 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top