CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Amiel Nak Tolong Ibu Ayah Masuk Syurga- Sebak Baca Surat Terakhir Mangsa Kebakaran Tahfiz

15-9-2017 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3660| Komen: 5|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Hati ibu mana yang tidak remuk selepas mendapat khabar anaknya mati terbakar di dalam asrama sekolah tahfiz.
Hati ibu mana yang tidak remuk selepas mendapat khabar anaknya mati terbakar di dalam asrama sekolah tahfiz.

Apa yang dikongsikan oleh Norhayati Khalid, ibu kepada salah seorang pelajar yang maut dalam tragedi di Pusat Tahfiz Darul-Quran Ittifiqayah ini mampu membuatkan sesiapa pun menitiskan air mata.


Baru semalam berjumpa, hari ini sudah hilang sekelip mata. Dalam pertemuan singkat sebelum hari kejadian, anaknya iaitu  Amiel Asyraf Abdul Rashid sempat memberikannya sepucuk surat.

Sumber: mStar Online
Sehelai kertas betulisan tangan itu membawa seribu satu makna dan antara kandungannya, Amiel mahu membawa ibu bapanya masuk ke syurga.

"Amiel tak tahu macam mana nak balas jasa budi ayah dan ibu. Hanya ini sahaja yang Amiel mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk syurga firdaus."


Seolah-olah dapat merasakan dirinya akan pergi buat selama-lamanya, Amiel sempat memohon maaf kepada ibu dan bapanya.

"Ibu dan ayah, Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa. Ibu ayah, Amiel sayangkan ibu dan dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini."

Antara pelajar yang menjadi korban kebakaran
Menurut Norhayati lagi, anak bongsunya juga sempat meminta nasi goreng pattaya ketika mereka datang melawatnya pada hari tiu.

Tidak disangka ianya adalah pertemuan terakhir. Netizen juga turut meluahkan rasa sedih mereka tentang tragedi ini.

Sama-sama kita doakan agar kesemua roh mangsa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. -CARI
13

Bagus
24

Marah
16

Terkejut
15

Sedih
5

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Soorayahas 15-9-2017 11:29 AM
sedih tapi yakin Allah lebih syg mereka...al-Fatihah buat anak2 syurga ini..
Quote opahJan 15-9-2017 01:24 PM
Semoga adik amiel tenang di sana. InshaAllah.
Quote selendangungu 15-9-2017 03:17 PM
Ya Allah....sedihnya bila kita ditempat ibu bapanya....anak yang dikasihi bagi surat macam tu..
semoga Allah melindungi anak2 syurga ini..
Quote diss69 16-9-2017 02:24 PM
Sebagai ibu akk dpt rasakan perasaan ibu arwah..moga arwah ameil ditempatkan bersama org2 beriman..
Quote mizruncing 18-9-2017 04:31 PM
sedihnyaaa.  

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.196828 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top