CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Doa Moga Tidak Laku Lagi, Kamal Adli Terasa Hati Dengan Pengarah Filem Itu..

15-9-2017 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 14207| Komen: 59|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Kamal Adli jelas terasa apabila pengarah filem Datuk Jurey Latiff 'melahar' dirinya kerana gagal muncul pada malam tayangan filem Malay Regiment pada 29 Ogos lalu.Mstar melaporkan Kamal tampil memberi ...
Kamal Adli jelas terasa apabila pengarah filem Datuk Jurey Latiff 'melahar' dirinya kerana gagal muncul pada malam tayangan filem Malay Regiment pada 29 Ogos lalu. 


Mstar melaporkan Kamal tampil memberikan penjelasan yang dia sebenarnya sedang menjalani penggambaran drama Duda Pujaan Dara seterusnya menyebabkan dia sukar keluar dari lokasi penggambaran. 

"Pada mulanya saya diam sahaja sebab tiada ada masalah dengan abang Jurey. Tapi tak sangka dia keluarkan kenyataan di akhbar saya tak muncul malam tayangan filem itu.

"Apa yang dia katakan itu membuatkan saya betul-betul terasa. Saya dah maklumkan kepada pihak produksinya. 

"Kalau sempat memang saya akan hadir sebab ada penggambaran drama Duda Pujaan Dara. Tapi pihak produksi drama tidak dapat lepaskan saya sebab masa tidak cukup," ujarnya kepada Mstar.


Tambahan pula, Kamal berkata dia bukanlah pelakon utama seperti yang didakwa dan nyata sekali dia berkecil hati kerana pengarah itu mendoakan dia tidak laku selepas ini. 

"Apa yang dia katakan, doakan saya tak laku, memang saya terasa. Pihak dia pun tidak menghubungi saya selepas itu.
 
"Tapi saya nak betulkan dekat sini, saya bukan pelakon utama seperti yang dikatakannya. Saya hanya pelakon sampingan. Malah, gambar saya pun tidak ada dalam poster filem itu," katanya lagi. 

"Bagi pihak saya minta maaf jika saya ada buat salah dan tidak dapat hadir pada malam itu. Tapi saya masih promosi filem ini di laman sosial," tambahnya. - CARI

Foto: Carian internet
4

Bagus
5

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
3

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raradhia 14-9-2017 07:47 PM
alamak, TUANKU

xsabar tunggu drama tuanku dgn emma, mesti syiok. .yeahhh
Quote idakamaruddin 14-9-2017 09:33 PM
dah lama aku x layan cite melayu
cite SHMP ngn cite HSC pn aku x layan

tp cite ni melekat plak..lawak tgk gedik si aini n kecomelan danda tu

tuanku pn cool je

Quote fadz84 14-9-2017 10:18 PM
Mcm best je tgk trailer film kolestrol vs cinta tu.. Tiz Zaqyah berlakon natural..
Quote raradhia 14-9-2017 11:27 PM
fadz84 replied at 14-9-2017 10:18 PM
Mcm best je tgk trailer film kolestrol vs cinta tu.. Tiz Zaqyah berlakon natural..

kat sini xada pawagam, kalau x iols nak tengok jgak. .alaaaaa
Quote raradhia 14-9-2017 11:28 PM
idakamaruddin replied at 14-9-2017 09:33 PM
dah lama aku x layan cite melayu
cite SHMP ngn cite HSC pn aku x layan


minggu dpn last dah sis drama ni, jgn lupa tgok. .kikiki
Quote Aduradura 14-9-2017 11:32 PM
raradhia replied at 14-9-2017 11:27 PM
kat sini xada pawagam, kalau x iols nak tengok jgak. .alaaaaa

Kesiannya sis tempat chuolls takde pawagam....tinggal kat maner tu
Quote de_ikea 14-9-2017 11:35 PM
Iols akui kamal makin busuk dari zaman hero remaja dulu. Tp iols suka bakat lakonan dia. Keep it up kamal. Cecepat kawen jga dgn emma ya.
Quote raradhia 14-9-2017 11:36 PM
Aduradura replied at 14-9-2017 11:32 PM
Kesiannya sis tempat chuolls takde pawagam....tinggal kat maner tu

kesian kan, kwsn terpencil d sabah. .hihihi
Quote Aduradura 14-9-2017 11:39 PM
raradhia replied at 14-9-2017 11:36 PM
kesian kan, kwsn terpencil d sabah. .hihihi


Owww, sis , filem filem melayu yg kepam2 ni tengok online je laaa hahahhaaha
Quote raradhia 14-9-2017 11:48 PM
Aduradura replied at 14-9-2017 11:39 PM
Owww, sis , filem filem melayu yg kepam2 ni tengok online je laaa hahahhaaha

on9 ja laa harapan ni sis, kalau x mmg kempunan iols nak tgok filem. .
Quote gebugebas 15-9-2017 12:04 AM
Iols suke lakonan Kamal...spontan jek...dlm super spontan pon die kelakar..hhaha
Quote lotionmilo 15-9-2017 12:13 AM
Tuanku!!!
Ok i suka tengok cite ni duda pujaan dara ni
Terus terminat kamal
Quote ALDRIN 15-9-2017 12:15 AM
Jurey Latiff bila dpt Dato tuu? Dato' tepi pagar ke Dato tepi tangga? Juhara Ayob jd Datin la ye?

Kamal nih napa nmpk busuk sentiasa dah nk masuk tahap hanyehhh... jugak nih

Quote munchkin 15-9-2017 12:16 AM
kalau ko percaya naskah ko apa keperluan nak sentap kalau pelakon tak hadir. so contradicting statement
Quote bukan_ustazah 15-9-2017 01:11 AM
Sesuai dia dengan zahira tu. Bagi i zahira tu lawa okey! Ema hati2
Quote KelisaOren 15-9-2017 01:41 AM
Kamal ni berbakat...walaupun debab iols suka sgt dia dlm duda pujaan dara
Quote syue86 15-9-2017 09:12 AM
suka kamal ni wpn busuk ke ape ke
tp berbakat n kelakar..huhuhu
kat luar pn ramah je
Quote balakkampung 15-9-2017 09:48 AM
kamal adli mendoniaaa...
Quote asmara_me 15-9-2017 10:05 AM
betul la ape KA ni cakap, dia bukan pelakon utama, dan dia pun dah bgtau dia ada shooting dengan produksi lain, sesape pun kena petik camni pun akan sentap.

kamal kalau watak macam tuanku tu mmg dia sesuai, bukan sejenis bajet nak nampak acah hemsem dengan macho 24 jam haha, zahira tu mmg tingtong comel pleaseeee..  

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.087230 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top