CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Larikan Gelang Emas, Wanita Jadi Buruan Polis

5-8-2017 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9582| Komen: 90

Description: Jurujual kedai emas di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi, terkedu apabila seorang pelanggan melarikan gelang emas dianggarkan bernilai RM10,000 di depan matanya kira-kira jam 1 tengah hari, semalam.
Jurujual kedai emas di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi, terkedu apabila seorang pelanggan melarikan gelang emas dianggarkan bernilai RM10,000 di depan matanya kira-kira jam 1 tengah hari, semalam.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada jurujual terbabit berusia 28 tahun, lapor Harian Metro.


Foto: Harian Metro/FB Aishah Yusoff

"Menurut mangsa, pelanggan wanita berusia lingkungan 20-an masuk ke kedai berkenaan dan bertanyakan harga gelang emas di ruang pameran.

"Suspek dikatakan mencuba satu gelang emas dan memulangkannya semula kepada pekerja terbabit. Bagaimanapun, dia mahu mencuba satu lagi gelang emas.


"Ketika pekerja terbabit meletakkan semula gelang emas pertama, 
suspek terus melarikan diri bersama dengan perhiasan itu," katanya.

Kejadian itu tular selepas pengguna Facebook dikenali sebagai Aishah Yusoff berkongsi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai terbabit.

"Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," tambah Ahmad Dzaffir. - CARI

18

Bagus
16

Marah
28

Terkejut
6

Sedih
23

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edee_91 5-8-2017 07:22 AM
tepek gambar untuk buru suspek, tapi blurkan. cakap bodoh kang marah pulak.
Quote cengkihgirl 5-8-2017 08:33 AM
edee_91 replied at 5-8-2017 07:22 AM
tepek gambar untuk buru suspek, tapi blurkan. cakap bodoh kang marah pulak.

Ha a kan?
Kasi tunjuk la muka jelas dan terang. Senang nak cam. Mana tahu kot terserempak kat mana2, terus tangkap je
Ni tidak, rakyat marhaen mana tahu sapa penyangak ni
Quote spenderterselit 5-8-2017 08:56 AM
Selalu dikaburkan wajah pencuri.Dah tu nak tolong tangkap macamana kalo terserempak.
Quote insulin 5-8-2017 09:57 AM
Terdesak mencuri untuk bayar hutang ah-long kut. Yang newspaper ni pula kenapa blurkan gambar pencuri ni? Susah orang nak tolong identify pencuri ni di luar sana. Atau masih nak jaga aib pencuri ni?
Quote Manjahati 5-8-2017 10:03 AM
Klu nak blur kan tang muka tu..., baiklah ko x payah tunjuk terus...
Quote FanTasyCreaTioN 5-8-2017 10:04 AM
edee_91 replied at 5-8-2017 07:22 AM
tepek gambar untuk buru suspek, tapi blurkan. cakap bodoh kang marah pulak.
baru nak tulis
Quote lasagnaklcc 5-8-2017 10:05 AM
Kedai emas ni kat tempat tersorok ke? Tak perasan plak ada kedai emas kat bangi gateway.  

Kedai mcm ni better ada guard.
Quote redapple10 5-8-2017 10:10 AM
Confident gila curi gelang x ttp muka...
Quote FanTasyCreaTioN 5-8-2017 10:11 AM
Jumpa dan bideo nya

[fbp]https://www.facebook.com/rizalhakimm/videos/1915994805393558/[/fbp]
Quote FanTasyCreaTioN 5-8-2017 10:16 AM

Quote FanTasyCreaTioN 5-8-2017 10:17 AM
edee_91 replied at 5-8-2017 07:22 AM
tepek gambar untuk buru suspek, tapi blurkan. cakap bodoh kang marah pulak.

Quote edee_91 5-8-2017 10:21 AM

hah sebesar-besar alam terus gambarnya. puas hati.
Quote FanTasyCreaTioN 5-8-2017 10:27 AM
edee_91 replied at 5-8-2017 10:21 AM
hah sebesar-besar alam terus gambarnya. puas hati.
somi akak jurujual tu viral kan

mesti sangat marah tu .. tu sebesar-besar alam d taruk nya

tapikan ..
kalau yang preehair ke saja nak buat dajal
dia pakai tudung dan curi
pastu preehair balik
susah la kot nak cari
ada orang muka sangat berbeza bertudung dan tak bertudung


Quote lasagnaklcc 5-8-2017 10:30 AM
FanTasyCreaTioN replied at 5-8-2017 10:11 AM
Jumpa dan bideo nya

Tq dik FC yg byk berjasa bagi extra info

Ter-stunned akak kedai emas tu tiba2 acik pencuri lari.
Quote Jorja 5-8-2017 10:31 AM
Macam mana lah dapat keberanian untuk bawa lari emas rega mcm tu.. apa dia rasa sekarang ni bila muka dah viral mencuri
Quote FanTasyCreaTioN 5-8-2017 10:39 AM
lasagnaklcc replied at 5-8-2017 10:30 AM
Tq dik FC yg byk berjasa bagi extra info  

Ter-stunned akak kedai emas tu tiba2 acik pencuri  ...
Sesamer
kalo pree gni la kak 24/7 ngadap lappy
ada masa memang nak porum pun tak sempat .. takat login dan biar ja

tu la kan ..
part last tu la
lahai relax ja pencuri tu keluar
sampai akak kedai tu terkedu ..
kalo kita pun kompom jadi lagu tu juga



Quote doubleA 5-8-2017 10:43 AM
Kalau tengok dari body language asal pun takda gaya nak membeli. Tak rilek2 tengok2 emas dah macam nak cepat rupanya dia pecut dulu
Quote amiraira 5-8-2017 10:56 AM
wat malu je
Quote cahaya_almas 5-8-2017 11:13 AM
Kedai emas...mcm sunyi je...sorang je pekerjanya...pompuan lak tu sorang2....mmg nmpk gaya tkde langsung nk beli brg acik tu....patutlah simpan tenaga n nk cepat2 tuk pecut 10m..org skrg bertudung tuk ambik kesempata  je....

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.104847 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top